Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 19 Disember 2012

Blog Pesona Bertukar Blog Resipi Dah....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Resipi : Pesona  Apam Kelapa Muda
Bahan2nya adalah..
1 cawan kelapa parut muda
1 cawan air kelapa muda 
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 biji telur 
1 sudu teh garam
1 cawan air suam
minyak ( disapu pada kuali)

Caranya pula..
Gaul rata semua bahan, Bancuhkan sedikit cair
Panaskan kuali sapu minyak sedikit 
Letakkan satu senduk adunan dan tunggu hingga kekuningan
Ingat masak dengan api sederhana
Balikkan adunan dan angkat
Lipat bentuk segitiga dan hidangkan
bersama gulai ayam atau ayam rendang
Best!!! anak2 menjilat jari..

gambar2 nya pula ialah...

Apam Kelapa muda dah jadi...


 Ayam Rendang


Cara nak hidang 


Air susu cincau etuza
Bahan ( air susu, susu cair dan cincau dalam tin, gula 
dan kiub ais )


@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

17 Pesona Kata Hati Mereka: