Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 7 Februari 2013

Salahkah Informasiku Ini & Mohonlah Pengertian Yang Ikhlas

      Memang banyak pembacaan yang aku lakukan, merangkumi aspek kesihatan dan sebenarnya aku ni seorang yang rajin juga bertanya, rajin pula menegur dan menasihati orang terutamanya golongan pelajar. Almaklumla mereka ni golongan Gen Y ( genarasi muda) pelapis jentera negara.

Nak mengelak ke mana pun susahnya, aku bagaikan terjerat, bukan " Jerat Percintaan" tapi jerat asap ke sana - sini. Bukan lah nak sombong apa apa lah, tetapi sebagai orang yang hendak menyedut udara segar agak tak selesalah kalau sana-sini asap melingkari.

Entahlah ya, semakin dibendung semakin menular pula sebenarnya hal ni. Kempen sana-sini tetapi masih berleluasa, malah budak kecilpun ada aku tengok dan mula berasap, ha menyumbang juga asap dia merosakkan udara sekitar kita. Adui ...umur masih kanak-kanak dan berasap. 

Lepas tu, aku tengok mereka yang berasap tu dah tak merasa malu, mereka berani didepan ku tunjukkan lagi batang berasap tu. Aku tersenyum ...nak salahkan siapa sebenarnya hal berasap-asap ni. Nak salahkan juga ibubapa ke? Kalau aku ..rasanya aku tak dapat terima, bukannya aku biarkan anak-anak bebas kat luar sana semata-mata nak anak belajar berasap, apa yang berlaku itu adalah masalah diri remaja itu sendiri, mereka lemah dan sebab itu mudahnya pengaruh menguasai diri.
Sayang sekali pada usia yang begitu muda, teganya mereka berasap dan merosakkan paru-paru yang Allah kurniakan. Ialah satu-satunya organ dalaman paru-paru dan jantung yang merah bersih dengan cairan urat darah ke seluruh badan, kini hitam disaluti asap-asap yang menerjah ke jantung mereka. Hahaha...jantung kita juga sedang terancam sebenarnya, kerana sana-sini asap berkepul-kepul. Hai entahlah. Nak kata jantung aku sihat paru-paru aku juga masih sihat pun susah dah sekarang. Kan baru tadi, siang tadi, malam tadi kita kena asap. Tak tau lagi ke ? asap rokok lah ...

Kenapa teganya rosakkan diri dengan rokok ni? terang dan jelas asap rokok tu bahaya untuk kesihatan, tapi kenapa ramainya para lelaki remaja yang amalkan merokok. Malah kini para wanita juga kini gemar berasap rokok. 

Nilah nak kata, nasihat pun tak taulah informasi aku ni, nak kata aku menegurpun tak juga tau! . Cuma yang aku rasa ni ialah hairan saja, mengapa dah tahu perkara itu tak baik untuk kesihatan mengapa masih nak amalkan. Tau dah kan akan ada jantung orang lain, jiran lain yang akan terkena asap tapi masih bangganya mereka berasap di depan kita.
Ni baru nasihat ya...kalau lah nak berasap, pergilah ke tempat yang agak jauh dari orang ramai, tak apa lah dah habit awak, awak dan awak semua. Sebab dah sebati dalam diri kalau tak mereokok tu rasa gian kan( ketagihan) So ubatnya kena beli lah rokok kan. Boleh tak berusaha dengan penuh iltizam agar kurangkan merokok, lama-lama akan dapat juga berhenti merokok. Yakinlah jika kita istiqomah akan berjaya mengatasi maka akan bertambahlah sihat jantung awak. Cubalah..usahakan..manalah tahu awak berjaya berhenti merokok dan berasap.

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

12 Pesona Kata Hati Mereka:

Mrs Velentine berkata...

entahlah cikgu...susah mau cakap..benda yg tentu2 lagi bikin dtg penyakit tue yg diambil

Bunda_nora berkata...

bunda pernah terserempak anak2 bawah umur ni bersap kat restoren, selamber jer, berkepul2...macam tak bersalah jer..

Miss N™ berkata...

boleh..tapi mgkin susah..kena pupuk perlahan2....insyaAllah berjaya....

Solehah Shamsuddin berkata...

solehah xsuka laki yang merokok. not my taste...

Kamsiah yusoff berkata...

betul tu cikgu..nak salahkan ibubapa 100% pun tak adil juga,sbb kdg2 anak2 nakal ni..kat rumah,depan ibubapa..pijak semut pun tak mati...pandai mereka makan,pandai juga mereka simpan...tp kalau kat luar,bila bersama2 kawan2..huhhhh ..

Unknown berkata...

alamak.. hubby deqla perokok.. hurm.. mudah2an dia berjaya benti merokok dgn cara ni ya cikgu? amin.. thanks ats perkongsian ni.. ;)

Nyue berkata...

perkara yg sukar nak dibendung cikgu...

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum.

Satu dunia, setiap negara ada kempen larangan merokok.

Kadang2 sya kasihan juga pda perokok tegar, bukan mudah meningglkn aktiviti ksygn mreka ni uncle.

Cuma, mungkin msykt umum mcm kita ni, kena juga bantu mreka. Skdr bagitau amaln merokok ni merosakkan kesihtn je tak ckup, mreka sndiri tahu ttg keburukannya.


Hazmin Hamudin berkata...

Semakin berkempen, semakin menjadi pulak ye. Mungkin perlu diketatkan peguatkuasaan larangan di tempat awam.. Ni tanda larangan je ada, tapi tiada tindakan yang diambil

lelamaisara berkata...

susah nak cakap hal ni kan....dah tak pk bahaya semua...

JR berkata...

Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan hukum merokok dari pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam. Dah tahu HARAM tapi orang kita masih melakukan benda-benda haram tu...

Unknown berkata...

merekalah pembayar cukai yang tegar ...sama tegarnya merokok...