Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 23 Disember 2012

Keningau Kini Bertaraf Bandar

klik gambar agar nampak jelas..Tq
Cerita 1 ~ Keningau kini sedang pesat membangun, semakin maju dari segi infrastruktur, jalan raya kebanyakannya kini berturap ( aspal ). Masyarakat daerah Keningau kini, seharusnya bersyukur pada peluang kemajuan ini. Kalau dahulu memang terlalu jauh beza dengan sekarang. 

Terbaru di Keningau pada bulan November 2012 satu kemajuan telah terlaksana dan kini dinikamati oleh warga Keningau. Terutamanya para pejalan kaki. Tengok gambar tu ( time hujan diambil petang hari ini ) kelihatan tepi jalan telah siap dibina atap pelindung lorong jalan kaki dari simpang Perkasa Hotel hingga ke simpang menuju ke Pejabat Pos Daerah Keningau. Pengguna lorong jalan ini, kini tidak lagi merasa bimbang kerana kalau hujan baju tidak akan basah kuyup dan kalau musim panas pun tidak lagi terlalu kepanasan oleh terik matahari. 

Selain itu, Daerah Keningau kini kelihatan lebih cantik dengan siapnya pemasangan atap pada lorong jalan ini, apabila atap tersebut dicat dengan ton warna yang menarik iaitu, merah, kuning, putih dan biru. Pada waktu malam warna atap tersebut akan memantulkan cahaya yang sangat menarik. Keningau Kini sebenarnya telah diiktiraf sebagai BANDAR. Marilah berbangga dan bersyukur menjadi warga Keningau.

( gambar mama dan ibu mertua etuza )

Cerita 2 ~  Gambar ni diambil di pintu gerbang Restoran Cili Padi Di Kampung Bayangan. Dan Pemilik restoran ini di kenali sebagai Tuan Haji Kaipin Rosmin  yang memang berasal dari Kampung Bayangan. Keningau. Selain tu etuza nak bagi happy ibu mertua, dia tak berapa sihat, kerana kurang selera makan. Seharian tak makan kelmarin. Mama dan etuza jemputlah dia di rumah adik ipar di Kampung Laut untuk  ke Hospital Besar Keningau. Selepas itu, etuza bawa mereka ke Restoran Cili Padi ni, nampak ibu mertua happy apabila dihidangkan dengan nasi, lauk ayam masak kicap dan sayur tumis bendi. Habis nasi dan lauk tu ibu makan, semoga badan dia akan lebih bertenaga lepas ni.

Mama ( isteri etuza ) cadang hantar ibu mertua ke rumah adiknya di Taman Jutaya 2, Keningau. Ini kerana esok kami sekeluarga akan ke Daerah Ranau, Sabah kerana ada urusan yang sangat penting. So, ibu mertua dihantar semalaman ke rumah ipar etuza di Taman Jutaya 2. 25hb Dis baru jemput ibu mertua pula ke rumah etuza dan mama akan jaga ibunya sehingga sembuh dan pulih seperti biasa. Etuza amat bersyukur mama amat sabar dalam menangani setiap kali  masalah kesihatan ibu mertua. Alhamdulillah..itu saja urusan etuza hari ini. Dan Keningau  hari ini  masih hujan sejak jam 9.00 pagi hingga kini. 

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

25 Pesona Kata Hati Mereka: