Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 23 Disember 2012

Keningau Kini Bertaraf Bandar

klik gambar agar nampak jelas..Tq
Cerita 1 ~ Keningau kini sedang pesat membangun, semakin maju dari segi infrastruktur, jalan raya kebanyakannya kini berturap ( aspal ). Masyarakat daerah Keningau kini, seharusnya bersyukur pada peluang kemajuan ini. Kalau dahulu memang terlalu jauh beza dengan sekarang. 

Terbaru di Keningau pada bulan November 2012 satu kemajuan telah terlaksana dan kini dinikamati oleh warga Keningau. Terutamanya para pejalan kaki. Tengok gambar tu ( time hujan diambil petang hari ini ) kelihatan tepi jalan telah siap dibina atap pelindung lorong jalan kaki dari simpang Perkasa Hotel hingga ke simpang menuju ke Pejabat Pos Daerah Keningau. Pengguna lorong jalan ini, kini tidak lagi merasa bimbang kerana kalau hujan baju tidak akan basah kuyup dan kalau musim panas pun tidak lagi terlalu kepanasan oleh terik matahari. 

Selain itu, Daerah Keningau kini kelihatan lebih cantik dengan siapnya pemasangan atap pada lorong jalan ini, apabila atap tersebut dicat dengan ton warna yang menarik iaitu, merah, kuning, putih dan biru. Pada waktu malam warna atap tersebut akan memantulkan cahaya yang sangat menarik. Keningau Kini sebenarnya telah diiktiraf sebagai BANDAR. Marilah berbangga dan bersyukur menjadi warga Keningau.

( gambar mama dan ibu mertua etuza )

Cerita 2 ~  Gambar ni diambil di pintu gerbang Restoran Cili Padi Di Kampung Bayangan. Dan Pemilik restoran ini di kenali sebagai Tuan Haji Kaipin Rosmin  yang memang berasal dari Kampung Bayangan. Keningau. Selain tu etuza nak bagi happy ibu mertua, dia tak berapa sihat, kerana kurang selera makan. Seharian tak makan kelmarin. Mama dan etuza jemputlah dia di rumah adik ipar di Kampung Laut untuk  ke Hospital Besar Keningau. Selepas itu, etuza bawa mereka ke Restoran Cili Padi ni, nampak ibu mertua happy apabila dihidangkan dengan nasi, lauk ayam masak kicap dan sayur tumis bendi. Habis nasi dan lauk tu ibu makan, semoga badan dia akan lebih bertenaga lepas ni.

Mama ( isteri etuza ) cadang hantar ibu mertua ke rumah adiknya di Taman Jutaya 2, Keningau. Ini kerana esok kami sekeluarga akan ke Daerah Ranau, Sabah kerana ada urusan yang sangat penting. So, ibu mertua dihantar semalaman ke rumah ipar etuza di Taman Jutaya 2. 25hb Dis baru jemput ibu mertua pula ke rumah etuza dan mama akan jaga ibunya sehingga sembuh dan pulih seperti biasa. Etuza amat bersyukur mama amat sabar dalam menangani setiap kali  masalah kesihatan ibu mertua. Alhamdulillah..itu saja urusan etuza hari ini. Dan Keningau  hari ini  masih hujan sejak jam 9.00 pagi hingga kini. 

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

25 Pesona Kata Hati Mereka:

kinara kinatara berkata...

wah..cantik laluan perjalan kaki 2..hehe:)

semoga MIL cikgu akan lebih berselera lepas nie..:)

Unknown berkata...

terima kasih doa tu ya kina...

dieyna berkata...

Mestilah ibu mertua cikgu happy kerana dihargai...

dieyna berkata...

oh ya, laluan pejalan kaki berbumbung juga dikenali sebagai Laluan Gajah Menyusur....

Abam Kie berkata...

salam. terkilan gak semasa mengajar di Papar dulu sy x berkesempatan ke Keningau. InsyaAllah kalau ada rezeki sy nak ke Sabah lagi. Cuti2 Malaysia gitu!

Ana Fatihah berkata...

kakak saya kerja kat keningau..cikgu j-qaf..bilalaa nak smpai sana ni :)

ewanthology berkata...

Semoga kembali sihat seperti sediakala

Hermanbagus berkata...

Amin Cik Gu :)

JR berkata...

Saya pernah beberapa kali ke Sabah, tapi sayang tak pernah lagi ke Keningau. Cuma bila sebut Keningau, selalu teringat Datuk Pairin Katingan...

Unknown berkata...

nnti nk bagi hubby baca entri ni..sbb keningau adalah tmpt kelahiran dia.. :)

Mrs Velentine berkata...

maju bah sdh keningau...sy aorg sabah pun nda pernah smpi..rugi kan

Busyra Takiyudin berkata...

cantik laluan pejalan kaki.. :)

Cikrosecute berkata...

makin maju ya keningau...cr tak pernah sampai sabah...

dya nasir berkata...

teringin nk pergi sabah..huhu..pemandangn cntik2

Miss N™ berkata...

perubahan yang baguss...

Bunda_nora berkata...

maju lagi setapak..moga akan terus maju..

Si Matatajam berkata...

X pernah sampai lagi..hubby Deqla lahir kat Keningau rupanya..

Nurul Says berkata...

lama sudah tidak ke Keningau..

Cik Ai berkata...

lps ni jd bandar keningau lah kan..
bila lah nk smp sana ye :)

ALoNa CintamaniszLite berkata...

mengenali suasana di sabah melalui blog etuza...

Tanpa Nama berkata...

x boleh lupa bila datuk masidi manjun kutuk keningau di putatan.'putatan jgn jadi mcm keningau, bandar rojak...' tempat dia sendiri apa dia buat?.sbnrnya dia jealous.cari mana daerah lain ada shoping complex selain kgau (tolak putatan sbb area kk jgk). org sjung bru smpi kgau pun rasa pelik.bangga jadi warga kgau (walaupn bkn asal kgau)

Tanpa Nama berkata...

Best ni....sy jgk org kgau

Tanpa Nama berkata...

Putatan lagi rojak lah....kubu kuat bn tapi bandar yg x strategik.hari2 sy di putatan tengok bandar yg berkembang Tampa perancangan....APA INI YB.?..... kalau nmpak Dari jalanbesar putatan begitu sesak tp Kalau masuk bangunan belakang sunyi sepi walaupun waktu siang.....area 1 place mall x nmpak kemajuan....putatan pintu masuk bandaraya kk. Kebersihan yg jadi masalh Dan keindahan bandar kurang....jalan jem.....sblm pru kata akan upgrade jalan d putatan...tp APA? Dah menang korek lg projek Lain ....projek lam jadi kanji manismu sahaja.....keningau lagi maju Dari putatan.....

Unknown berkata...

Hidup keningau.!!

Unknown berkata...

Hidup keningau.!!