skip to main |
skip to sidebar
Banyaknya faktor kita mendapat sakit, ada berbagai punca, kerana memang kita sangat terdedah kepada penyakit. Asap yang pelbagai punca, asap rokok paling jelas merata area disekeliling kita, habuk tak dapat kira banyakknya zarah-zarah tu, angin yang berdebu dan berbaur busuk juga menusuk lubang hidung menyumbat kotoran ke ruang dalam hidung. Semuanya itu punca kita mendapat penyakit selesma dan demam.
Tak terkecuali saya sediri, demam dan sakit tekak hingga sukar nak tarik suara. Ada suara rock yang menyakitkan tekak, nak telan makanan dan minum air juga terasalah perit. Perit..tau, hanya berdoa dan bersabar dan terima ujian itu baru rasa lega dan tenang.
Bila suara menjadi ROCK, adalah teman sezaman memberikan petua, itu petanda ada insan yang ikhlas berkongsi, tidak terkecuali juga ada yang hanya tersenyum bagaikan perkara biasa bila mendengar suara ROCK bila diserang selesma. Kadang2 merasa malu bila suara asal rosak dek kerana penyakit sakit tekak ini.
Saya nak kongsikan petua yang teman sezaman beri petang kemarin, rasa bersyukur ada orang lain yang sudi memberikan petua menyembuhkan tekak sakit dan memulihkan suara yang rosak akibat selesma. Inilah petua teman sezaman itu.
*Gunakan limau nipis ( belah 2 )
*Air ( digunakan untuk umerebus limau nipis )
*Kunyit hidup
*Halia
Dan tambah madu jika mahu.
Kesemua bahan tersebut direbus, bila mendidih masukkan ke dalam gelas. Sejukkan, minumlah air rebusan itu dengan lafaz bisimmilah. Insha Allah cepat reda sakit tekak kita. ( Alhamdulillah saya dah mulai amalkan hari ini, tengoklah kesan nanti, semoga Allah percepatkan proses sembuh sakit tekak dan pulihkan suara ROCK ke suara normal saya). Amin.
@hakcipta etuza
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini
12 Pesona Kata Hati Mereka:
Cepat baik ye :)
musim panas ni mmg mudah sakit tekak.... kena rajin minum air mineral
keadaan cuaca tak menentukan skarangkan...
erm...nanti boleh cuba ptua tu.. :)
wahh.. kalo suara rock mesti best kalo karok tu..hihi.. gurau je cikgu..moga cpt smbuh ye. ;)
petua yg bagus...boleh diamalkan semoga cikgu cepat sembuh
bagus tip tu bro.... boleh diamalkan... musim panas tak menentu nie...... memang kekadang badan kekadang tak beberapa nak sihat
Tips yg pertama kali baca :)
Memahami keadaan cikgu dengan suara rock begitu :)
Paling teruk pernah kena pada tahun 2004 :)
Bukan rock, tapi tanpa suara terus hihihi.. ubatnya perahan lemon dan madu.. Tetapi saya lebih suka minum lebih air putih :) Kerap mandi (setiap masuknya waktu solat) untuk mengurangkan panas badan atau jika tak mampu sejukkan badan selalu dengan wuduk. InsyaAllah mdah-mudahan :)
terima kasih kerana sudi berkongsi ye cikgu :)
Saya redakan suara rock pakai air asam jawa je. 3 kali minum insyallah oklah tu.
petua yg bagus cikgu....2 3 hari yg lepas suara saya pun rock jugak hihihi
boleh diamalkan petua ni. tq cikgu..
terima kasih share...:)
Catat Ulasan