Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 2 Mac 2013

Artis Tersohor Sewaktu Dengan Etuza..Kebetulan Memang Etuza Minati...

Dulu dan Sekarang 
Apa bezanya tu..
Ada ke kaitan gambar awak ni..
hai ada2 ja Encik Etuza..
Tapi bukan niat nak goda awak ye..!!
sekadar mewarnakan blog Pesona..
Sesuailah header " WARNA-WARNA KEHIDUPAN"
Kononlah gambar ni belum kahwin..
aik iyalah usia dah mencecah 20an lah
time ni..memang pernah menang main badminton
peringkat sekolah saja tempat mengajar, acara permainan
dengan kawan-kawan guru ..pernah
kalahkan Guru Besar yang masa tu memang
Guru Besar kami hebat main badminton..
lastly alamak GB tu kalah..
Masa ni..ala tak banyak fikir..yang 
ada hanya sekeping hati yang tak reti2 nak berjimat..
Belum berkereta..tapi ramainya kawan2 etuza
syok main gitar dengan mereka...
balik kerja tumpang kawan yang ada kereta..
ala...sekolah tu pun jauh tau di daerah Sook, 
Memang jauhlah..jalan mak oiii grable..
tapi sekarang mudah ja ke sana..
jalan dan berturap ( licin kena make up )
aik dah aspal lah....so pergi balik ja 
kawan saya pergi mengajar di sekolah lama 
etuza tu. 

Alahai..ni pun gambar belum kahwin lah ...
Ada tak bergaya...muuhahaha...perasan lah.
Tak apa..kan kita wajib bersyukur padaNya apa 
yang ada sempurna fizikal dah sangat BERSYUKUR.
Ni ...latihan mengajar kat sekolah di Daerah Sook,
untuk pengetahuan you all..lepas Daerah sook,
terus jalan jumpalah pula Daerah Nabawan dan terus
ke Daerah Pansiangan yang bersempadan dengan 
Negara Indonesia.
Masa ni..ok lah dah dekat nak kahwin 
kononyalah dah habis kurus di Maktab Perguruan
Nak terus bujang sebab nak mantapkan kewangan
kononnya lah..tapi, takutlah sidia dikebas orang..
Biasalah mabuk cinta kan nak elaklah
tak senonoh..ada jugalah gatal-gatal normal
masa tu. Adis!..tak lah sekadar berjalan 
beriringan ja..kan dia dah ISTERIKU saat ini.
Ok...kumpul wang terus kahwin ...
Oklah umur kan 20an..
Nampak tak 2005..etuza tak bohong awaklah..
dah 6 anak masa ni pun..
Lepas tu bulan Mei 2005 lahir lagi
puteri etuza Nuraliya namanya..
Masa ni..banyak cabaran dilalui..
mana nak belajar..
mana nak ajar anak sendiri dan anak orang..
mana nak kos biaya belajar di IPTA
mana nak belanja keluarga anak, isteri,
pusing juga kepala masa ni..
Sedang belajar ..nak tambah ilmu ..
Masa tu Kementerian Pelajaran Malaysia
amat2 menggesa para guru sambung belajar
kerana nak naikkan taraf professionalism
pendidikan di Negara Malaysia..



 Ok..versi 2013 muncul lah sudah..
memang nampak kini jelas barubah..
ada kawan kata perut dah ke depan..
di FB asyik kena serang ja dengan kata2 ini..
Hi etuza perut dah ke depan..
tak nafikannya pun...jelas dah berumur..
beza benar dahulu dan sekarang
kehidupan masa dulu pun  beza sangat jelas..
segalanya di hujung jari..
takkan nak pertahankan yang dulu..
kalau nak juga pertahan kan masa dahulu..
alamatlah tak akan ada perubahan
kehidupan kita..sebab kini kan dan moden
zaman moden bro!
maknanya kita kena nikmati kehidupan 
moden ni..
Alamak!, lastly inilah sebenar kaitan tajuk
entry baru etuza pesona blog..


Dialah penyanyi artis tersohor
Malaysia kan..
Siapa lah tak kenal Datin Siti Nurhaliza Taruddin ni
Suami diapun siapa tak kenal Datuk K..
Nilah nak bagitahu..apalah sangat tayang artiskan
di blog Pesona...
Ok ..Dia lahir 11hb Jan..so sama tarikh..
dengan etuza lah, memang saya lahir tarikh tu..
cuma beza tahun sahaja. Kalau nak tahu..
lagi Siti dah bertudung..saya ambil gambar dia ni depan mata 
etuza. Hahaha depan TV masa sesi Primodana minggu lalu..
Depan mata..tau awak carilah kat mana-mana
tak akan jumpa gambar Siti ni..kecuali
di Blog Pesona..
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

24 Pesona Kata Hati Mereka: