Dulu dan Sekarang
Apa bezanya tu..
Ada ke kaitan gambar awak ni..
hai ada2 ja Encik Etuza..
Tapi bukan niat nak goda awak ye..!!
sekadar mewarnakan blog Pesona..
Sesuailah header " WARNA-WARNA KEHIDUPAN"
Kononlah gambar ni belum kahwin..
aik iyalah usia dah mencecah 20an lah
time ni..memang pernah menang main badminton
peringkat sekolah saja tempat mengajar, acara permainan
dengan kawan-kawan guru ..pernah
kalahkan Guru Besar yang masa tu memang
Guru Besar kami hebat main badminton..
lastly alamak GB tu kalah..
Masa ni..ala tak banyak fikir..yang
ada hanya sekeping hati yang tak reti2 nak berjimat..
Belum berkereta..tapi ramainya kawan2 etuza
syok main gitar dengan mereka...
balik kerja tumpang kawan yang ada kereta..
ala...sekolah tu pun jauh tau di daerah Sook,
Memang jauhlah..jalan mak oiii grable..
tapi sekarang mudah ja ke sana..
jalan dan berturap ( licin kena make up )
aik dah aspal lah....so pergi balik ja
kawan saya pergi mengajar di sekolah lama
etuza tu.
Alahai..ni pun gambar belum kahwin lah ...
Ada tak bergaya...muuhahaha...perasan lah.
Tak apa..kan kita wajib bersyukur padaNya apa
yang ada sempurna fizikal dah sangat BERSYUKUR.
Ni ...latihan mengajar kat sekolah di Daerah Sook,
untuk pengetahuan you all..lepas Daerah sook,
terus jalan jumpalah pula Daerah Nabawan dan terus
ke Daerah Pansiangan yang bersempadan dengan
Negara Indonesia.
Masa ni..ok lah dah dekat nak kahwin
kononyalah dah habis kurus di Maktab Perguruan
Nak terus bujang sebab nak mantapkan kewangan
kononnya lah..tapi, takutlah sidia dikebas orang..
Biasalah mabuk cinta kan nak elaklah
tak senonoh..ada jugalah gatal-gatal normal
masa tu. Adis!..tak lah sekadar berjalan
beriringan ja..kan dia dah ISTERIKU saat ini.
Ok...kumpul wang terus kahwin ...
Oklah umur kan 20an..
Nampak tak 2005..etuza tak bohong awaklah..
dah 6 anak masa ni pun..
Lepas tu bulan Mei 2005 lahir lagi
puteri etuza Nuraliya namanya..
Masa ni..banyak cabaran dilalui..
mana nak belajar..
mana nak ajar anak sendiri dan anak orang..
mana nak kos biaya belajar di IPTA
mana nak belanja keluarga anak, isteri,
pusing juga kepala masa ni..
Sedang belajar ..nak tambah ilmu ..
Masa tu Kementerian Pelajaran Malaysia
amat2 menggesa para guru sambung belajar
kerana nak naikkan taraf professionalism
pendidikan di Negara Malaysia..
Ok..versi 2013 muncul lah sudah..
memang nampak kini jelas barubah..
ada kawan kata perut dah ke depan..
di FB asyik kena serang ja dengan kata2 ini..
Hi etuza perut dah ke depan..
tak nafikannya pun...jelas dah berumur..
beza benar dahulu dan sekarang
kehidupan masa dulu pun beza sangat jelas..
segalanya di hujung jari..
takkan nak pertahankan yang dulu..
kalau nak juga pertahan kan masa dahulu..
alamatlah tak akan ada perubahan
kehidupan kita..sebab kini kan dan moden
zaman moden bro!
maknanya kita kena nikmati kehidupan
moden ni..
Alamak!, lastly inilah sebenar kaitan tajuk
entry baru etuza pesona blog..
Dialah penyanyi artis tersohor
Malaysia kan..
Siapa lah tak kenal Datin Siti Nurhaliza Taruddin ni
Suami diapun siapa tak kenal Datuk K..
Nilah nak bagitahu..apalah sangat tayang artiskan
di blog Pesona...
Ok ..Dia lahir 11hb Jan..so sama tarikh..
dengan etuza lah, memang saya lahir tarikh tu..
cuma beza tahun sahaja. Kalau nak tahu..
lagi Siti dah bertudung..saya ambil gambar dia ni depan mata
etuza. Hahaha depan TV masa sesi Primodana minggu lalu..
Depan mata..tau awak carilah kat mana-mana
tak akan jumpa gambar Siti ni..kecuali
di Blog Pesona..
@hakcipta etuza
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini
23 Pesona Kata Hati Mereka:
hihi gambar siti nurhaliza eksklusif di blog etuza..keh3
biasalah proses pembesaran..ada yg berubah hahaha
salam. biasalah tu..masa merubah segalanya. masa mengajar di majakir dulu memang la sy slim n hensem sampai murid2 panggil 'handsome boy' tapi skrg ni org panggil boroi man plak. heheheheh!
fulamakkk...hensemnya cikgu masa2 muda2...mana la mama tak tergoda hehe
Wah Siti. Solehah minat Siti sangat2. Alangkah bagusnya dapat jumpa Siti depan2 mata yg real ni kan, cikgu :)
perghh.. jambu la cikgu masa muda...hihi.. tp skng ni lebeh segak bergaya... =)
Perut ke depan....? Hahahaha, samalah kita, bila semakin berusia adalah sedikit pertambahab dekat perut, itu sukar nak dielakkan. Kalau malas bersenam lagilah cepat naik busut kat depan perut tu. JR yg hampir setiap hari berjoging dan malam jarang2 makan pun kena juga sikit2 penyakit perut ke depan atau di sini dipanggil PJK (Perut Jengul Kedepan)...apa nak buat..
etuza dengan datuk K ada iras2 skit la :-)
nda jauh berubah bah muka cigu..size ja lah ada naik sikit kih3x.. pose siring pintu tu jg terbaik
sama birthday dengan dato' siti rupanya... patut la sama-sama macam tak dimakan usia..! :D
hehhehe...betul kata dela..cikgu jambu betul time muda2 dulu.. :)
muka cikgu tak berubah sangat la. maintain.
Thіs is the рerfect site foг anyone
who wantѕ to find out abοut this
topіc. Yоu understаnԁ sο much its almоst haгd to аrguе wіth you (not thаt ӏ actuallу wіll nеeԁ to…HaHa).
You ԁefinіtely put a brand nеw spin οn а tοpic whіch has been dіscussed foг yeaгs.
Wоnderful ѕtuff, јust ωοnderful!
Аlso vіsit mу wеb-ѕіte
- personal loans
mesti ramai peminat masa muda2
masih handsome macam dulu, hehe
Hensem gak cikgu masa muda.....kikkkkkk.
Kenangan dulu satu memori dalam memantapkan kehidupan kita...
Siti...saya adalah sakah seorang yg membeli first album hingga album keempatnya....lepas Cindai saya stop.
terimakasih sobat informasinya :) Silaturahmi dari Hermanbagus
wahhhhh wajah dulu dan kini...
wah wah cikgu etuza hensem gitu diwaktu remaja..hehehhee
andu bah hensem juga cikgu time muda..hehehe..oh sama pula birthday kamuorg
Best tengok gambar masa muda-muda kan... cewah! nampak macam-macam perubahan. dari kecik jadi besar. kurus jadi gemuk... sebelum kawin, dan selepas kawin.
gambar muda2 tu ada iras penyanyi 80n yg popular, razis ismail..
yang 2 bawah tu rupa datuk k pun ada..heee
bro dari dulu maintain kehemseman......
Catat Ulasan