Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 1 Disember 2012

Tiba-Tiba Aku Teringat Kata Ini.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku berterus terang bahawa kita terdedah dengan berbagai  cara untuk belajar dan mengamalkan sesuatu ilmu, lebih- lebih lagi ilmu yang bermanfaat berguna kepada diri, keluarga dan masyarakat. Hingga akhirnya kita mendapat rahmat dan berkat kehidupan daripada Allah subahanawataala.

Justeru itu aku teringat kata-kata ini yang aku kurang pasti sama ada aku ketahui menerusi pembacaan ku pada buku-buku agama ataupun aku terdengar dari seseorang yang mengungkapkan kata-kata ini dihadapanku, sehingga aku tak pernah lupa sebenarnya kata-kata yang ku pahat  rapi dalam hatiku ini. Inilah kata-kata yang penuh azimat bagiku.

"Apabila kamu lupa Allah terlebih dahulu Allah melupakanmu, tetapi apabila kamu mengingati Allah, terlebih dahulu Allah mengingatimu"

"Sebaik kamu lupa Allah, maka pintu-pintu kejahatan akan terbuka luas, sayitan akan segera membisikkan kejahatan ke atas jiwamu"

"Dengan mudahnya kamu melakukan kejahatan, kerana kamu bukan lagi dalam ingatan Allah, oleh itu bersegeralah mengingati Allah, kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengurnia"

Inilah kata-kata atau ayat yang aku pegang sehingga kini, sebaik aku mendengar ayat-ayat ini. Kurang pasti menerusi pembacaan ku kah atau aku terdengar dari seseorang. Apapun itu tidak penting, tetapi sungguh dalam kata-kata ini kita harus mengiakannya memang benar. Kalaulah Allah terlebih dahulu melupakan kita alangkah bahayanya layar kehidupan kita. Wallahualam.
@hak terpelihara byetuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

18 Pesona Kata Hati Mereka:

Jahirah berkata...

nice quote...kata2 mcm ni mampu sedarkan diri...

Miss N™ berkata...

seakan memotivasi diri bila baca ayat tu..

kinara kinatara berkata...

stuju dengan kata2 nyh..allah maha menerima taubat hambanya..:)


p/s:cikgu nak header macam mana?

kina pm kat facebook ya:)

kinara kinatara berkata...

alaamak x leh anta msg kat fb:)

huhu..hubunggi kina ya nanti..:)

JR berkata...

Bukan saja manusia melupakan Allah, tapi yg lebih malang ada yg berani memperlekeh-lekehkan hukum Allah sama ada dgn kata2 atau perbuatan...

Unknown berkata...

Sebab itu JR kita yg masih aktif blog ..kongsilah pelbagai risalah hal kebenaran hukumNya. Apapun segala apa yg berlaku kesilapan kita..mohon ampun dan kita bertaqwa ( takut )..
Dunia akhir zaman inilah keadaan

dieyna berkata...

Kena sentiasa mengingatiNya....

Si Matatajam berkata...

Tq untuk peringatan ni Cikgu..

Lokman berkata...

datang untuk berkenalan.. semoga allah merahmati kita semua

Unknown berkata...

tqvm Lokman

Lokman berkata...

sama-sama.. harap kita dapat menyumbangkan info-info yang berguna buat diri sendiri dan orang lain.

Deq's Qienz berkata...

betul tuh..nice sharing ;)

Unknown berkata...

betul tu sahabat...
jgn sesekali kita lupa kepada yg kuasa.......

boni kacak berkata...

terima kasih sebab mengingatkan :)

Fzda berkata...

salam disember!!!

THE AUTHOR berkata...

Terima kasih atss peringatan..
Kita manusia sering lupa

Mawardi yunus berkata...

insafnya diri ini :"(

9n0L4 berkata...

saling ingat mengingati. itulah ukhuwah maya. :)