Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 1 Disember 2012

Disember Ku Mulakan Dengan Kuih Lapis 3 Warna

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dulu entry resipi etuza berkaitan kuih lapis kukus agak pelik dengan bertakhtakan kelapa parut goreng dengan gula melaka pada permukaan atas kuih tersebut. Sesiapa yang melihat agak keliru dan membayangkan itulah kuih lapis orang2 Sabah. Sebenarnya bukan macam tu, kuih tu saja etuza hiaskan dengan kelapa parut goreng dengan gula melaka agar rasa lebih enak dan lebih pesona serta anak-anak timbulkan selera anak-anak etuza.
Hari ini 1hb  Disember 2012 ( Sabtu ) sekali lagi etuza memasak kuih lapis kukus selepas solat subuh bersama mama. Antara tujuan nak masak kuih kukus lapis, ialah untuk mantapkan resepi kuih lapis kukus yang kami pelajari, harapan agar melekat dalam ingatan hingga bila-bila. Manalah tahu ada orang lain nak tanya cara masak kuih lapis kukus. Boleh bagi tahu tanpa melihat resipi. ( setujukan )

Sekarang dah siap kuih kukus lapis etuza dan mama, anak-anak bangun pagi hari ini dihidangkan dengan kuih lapis kukus dan Nescafe. Semuanya menyatakan sedaplah ayah masak. Untuk buktikan kepada teman maya boleh klik gambar kuih kukus lapis etuza.  Kepada semua bulan Disember 2012 keluarga etuza mulakan dengan bersarapan kuih lapis kukus, semoga bulan yang penuh kenangan ini akan diakhiri dengan warna-warna kehidupan yang lebih bermakna dengan pelbagai pengisian kehidupan & percutian yang bakal dihadapi.Amin.

Etuza gemar memasak kuih lapis kukus kerana sangat mudah pantas siap dan tak banyak bahan. Jika semua ada gaulkan kacau hingga sebati tuang ke loyang dan kukus, siap hidangkan dan makan selepas baca bisimillah.

Pantun Untuk Teman Maya.

Bulan Disember kini menjelang
Membawa khabar yang sungguh bermakna
Mulakan hidupmu dengan senyuman girang
Disember bakal melakar 1 hari 1 catatan diminda

Disember datangmu kami hargai
Penuhi dairi pesona warna - warna kehidupan
Akan melengkapi tabir setahun kehidupan ini
Tersirat kenangan yang bakal terpahat dihati

Salam 1 Blogger 
Hak Cipta Etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka:

dieyna berkata...

Pandai cikgu etuza buat kuih tradisi macam ni.. bertuah isteri dan anak2 ye..

ps : Hari tu nama Dieyna tersenarai gak dalam pengomen blog ini tapi since bertukar nama ni,, huhu namaku langsung tak tersenarai.. uhuh

Unknown berkata...

salam 1 december dari remy.....
teringin nak mkn kuih lapis 3 kaler tu......

Miss N™ berkata...

wahh..nampak sedap.. :)

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum.

Uncle, kat sini, saya biasa jumpa kuih lapis dua warna je..huhu. Warna pink selang seli dgn warna putih..

Sikit je lagi nak tiba tahun 2013..ya Allah, kejap je rasa..

Si Matatajam berkata...

Sedap nampak... Bertuah family cikgu

kinara kinatara berkata...

pandai cikgu buat kuih lapis..kina suka kueh 2..sedap..:)

9n0L4 berkata...

bab bab buat kueh ni cekgu mmg handal ehhh. untungggg isteri cekgu. :)