Updates Pageviews
Comments awaiting moderation | 0 » |
Published comments | 4057 » |
Pageviews today | 291 » |
Posts | 635 » |
Followers | 843 » |
Malam ini terdetik hati hendak klik2 beberapa item paparan google pada ruang dashbord template blogspot etuza. Rasa anda tak hairan ke jika etuza katakan bahawa semua item selain post settings etuza tak pernah klik tuk ketahui. Antaranya yang tak pernah etuza klik ialah PAGEVIEWS dan item2 lain yang berjiran dengan perkataan pageviews. Etuza tak klik kerana bagi etuza cukuplah ada post baru dan tak hilang paparan entry baru etuza di dalam blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan.
Tapi entah kenapa malam ini, selepas BW dari blog ke blog, jejari etuza klik pada perkataan PAGEVIEWS tersebut dan semua item-itemn lain yang tak pernah etuza klik2 kerana tak minat nak tahu apa kah kandungan item tersebut. Teruk betul etuza ni kan..sejak 2009 berblog hingga sekarang baru nak belajar benda2 itu. Siapa senyum dan ketawa geli hati silakan ya. Tak apa.
Bila etuza klik terpampang Pageviews today = 291. Bukan kah sangat mengharukan, sebab selama ini etuza anggap Blog Pesona daif tak ada apa2 handek dibanggakan. Hanya mengandungi gambar2 yang tidak lah penting sangat untuk dikongsi. Etuza faham, kan internet ni jaringan maya bagaikan jendela dunia, sesiapa pun boleh klik laman2 sossial termasuk blog etuza. Dalam banyak- banyak blog etuza berfikir tak akan ada terjumpa blog etuza selain yang pernah dan kerap drop komen ke laman etuza. Rupa-rupanya andaian etuza tu salah. Sebab anda sendiri dapat tengok dengan jelas kan UPDATES PAGEVIEWS tu hari ini. Ialah tak ramai manapun berbanding pagevies pada blog anda.Cuma pada etuza cukup2 terharu dan amat2 bersyukur sesungguhnya etuza dapat rasakan nikmat tersirat berblog danb mempunyai blog sendiri sebagai perkongsian maya.
Untuk itu TERIMA KASIH GOOGLE, terima kasih, terima kasih. Dan terima kasih sungguh terharu. Alhamdulillah ada juga pemerhati blog etuza ini.
Nilai ilmu
etuza terharu.
8 Pesona Kata Hati Mereka:
Tahniah cikgu.. trafik blog tu penting gak... seronok jika dapat tgk trafik tinggi... lebih seronok kalau kita sediakan ruang iklan nuffnang di blog.. sambil2 kita berblog.. kita meraih pendapatan kerana menyediakan tapak untuk beriklan..
tinggi jugak pageview nya.tahniah cikgu.semoga trafik blog cikgu makin bertambah.
tahniah cikgu..kalau bunda lagi tak tau apa2 pasal ni n tak pernah ambil tau pun..lepas ni baru rasa nak cek pulak..
alhamdulillah...
baguslah... anggaplah ianya sebagai suatu motivasi untuk terus berblog... Mungkin di suatu ketika kita merasakan kita hanya sekadar mampu menyusun kata melalui nukilan. Dan nukilan itu mungkin tidak membawa sebarang pengertian yang khusus. Namun, mungkin jua di suatu sudut, di suautu ketika ada yang terkesan melalui hasil nukilan itu secara sedar mahupun tidak sedar....
trafik tinggi. ramai yg suka blog cikgu. ;)
Alhamdulillah..tahniah
Alhamdulillah :)
wah..alhamdulillah..bersyukur kan bila masih ade yang sudi ke blog kita:)
Catat Ulasan