Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 8 Jun 2013

Pesona Bunga Kantan

Banyak aktiviti sempena cuti 2 minggu..
Selain bersama anak-anak sekeluarga..
Boleh lah meninjau tanaman di kebun..
Kebun pun depan rumah...
Mudahlah untuk membersihkan..
Kawasan tanaman yang semak..

Tanpa terduga bila dibersihkan..
Ternampak sebujur bunga warna pink..
Yang sangat menarik kelihatannya..
Memang familiar dengan objek ini..
Cuma seingat saya baru kali ke dua..
Saya sebagai pemilik pokok ini..
Nampak buahnya...
Rupanya bunga kantan...
Ada 2 bunga...1 dah merekah..dan 
1 lagi bunga kantan masih berbunguks..
Terasa nak ambil gambar ..
Malas pula hayun kaki balik rumah..
Maka melihat dan biarkan saja
Sibunga kantan itu..

Isteri kata, kenapa lah kantan ..
Yang awak tanam tu..jarang berbuah...
Pokok2 besar2 tinggi-tinggi pula tu..
Tapi tak ada pula buahnya..
Sebijipun tak ada...

Tujuan nak bersihkan kawasan pokok2 kantan
Berselisih pula dengan pokok-pokok lengkuas..
Nampak sedap mata memandang kala bersih..
Bila sidia nampak bunga kantan ...
Tangan mula dah gatal nak petik..
Biarlah ..dia kata naka masak..
Kantan ni campur kat sup 
Ikan patin masak tomato..
Sedap tu ...
Terliur dah dengar nama masakan ini..

Untuk tidak hampakan para tetamu 
Blog Pesona ..yang tak ada pun Pesonnya..
Maka saksikan keunikan dan Pesona 
Bunga kantan..
Sekilas juga resipi sidia..
Ikan patin masak tomato berkantan..
Mohon maaf lah ya..
Hanya gambar itu
Rasanya memukau minda..
Seketika..dan inilah..
Kehebatan bahasa alam semulajadi..
Yakni tumbuhan ciptaan yang Esa.

 memang nampak unik..subahanallah..

 ikan patin masak tomato berkantan..
boleh lah ...memang ada aroma 
bunga kantan..
Ni lah antara 
Masyarakat Malaysia 
Gemar makan ..
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka: