Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 12 Jun 2013

Mesti Dihukum Pancung..

Assalamualikum..
Inilah nanas ketika masih memakai mahkotanya..
kepada adik2 yang belum tahu tu...ha cepat2lah
tengok nanas di kebun etuza..

 Spesis nanas yang ditanam ini
sebenarnya dari Kampung Babagon Sabah..
saya beli anak benihnya..lama dah sejak 2007..
agaknya tahun itulah..
Memang banyak buahnya sebelum ini..
selalulah makan acar nanas..
nanas masak kari..
sambal nanas dan macam2
rasa nanas..
sedap...

 Sebahagian dari spesis benih nanas  juga
ada yang dari kawan, kawan yang bagi serta ada
juga yang saya ambil benihnya di kebun ayah..
Bila semua dah berbuah etuza dah..
tak berapa kenal mana satu..
buah nanas benih dari Kampung Babagon Sabah ni..
Cuma kalau dilihat ada buah nanas yang besar..
besar dari kepala etuza. Maka saya andaikan ..
itulah buah nanas dari kampung Babagon Sabah.


Untuk info lanjut Daerah Babagon Sabah
sebenarnya satu kawasan pengeluar nanas 
di Sabah. Tidak hairan jika buah nanas di Babagon
bersaiz besar..bujur dan kelihatan sangat cantik..
bila dah masak ..
Sayang..masa etuza bersihkan..
kebun nanas etuza..belum ada..
yang masak kekuningan ..
Insha Allah akan saya..
kongsikan jika ada nanas yang masak ..
Apapun info saya ialah..
Inilah keadaan dan bentuk nanas 
ketika bermahkota..
Bila dah besar mahkota tu kena pancung..
kerana orang tua kata..
kalau tak pancung mahkotanya ..
buah nanas tu menjadi buah yang kecil..
Maka kalau nak buah nanas yang besar..
puas hati pancunglah mahkotanya..

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka: