Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 7 Julai 2012

Sudah mulakan Pesona..asyiknya & indahnya ...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


UNTUK LEBIH BESAR SUDILAH KLIK YA
KITA SAMA2 MELIHAT PESONA BUNGA
ETUZA.TQ

Tidak tahu lah apa nama bunga ni! ada yang 
sudi bagi tahu ke? mama kata bunga bawang
sebap kalau terhidu bau bunga ni masa kembang
iyalah bau bawang ja ..
Ini bunga Jasmin, baru nak berbunga
lebatnya , dah kawasan kolam etuza
wangi harumnya...sedap tau wangi bunga ni
harap2 boleh jadi terapi minda bila hidu hehe..
but sure wangi..
Bunga baiduri, sungguh etuza paling suka
bunga ni..bunga2an nya tu pelbagai warna
dan tahan lama serta tahan dengan cuaca panas
yg penting siram jika tanah dalam pasu
kering..marilah tanam bunga baiduri..
Tidak tahu bunga ni..tapi bunganya unik sangat
macam baldu atau plastik, tapi bunga sebenarnya..
ha ini bunga itik, bunganya pun pelbagai
tak sah lah jika bunga ni tak ada di laman etuza
tak payah tanam pun..kejap2 muncul/ tumbuh
berduyun2.macam nak makan saja bunga ni
sangat mempersona.
Off !!! jangan petik ya, ini bunga ros mama/ wife 
etuza. dia paling gemar bunga ros..hehe setiap pagi 
etuza ambil satu kelopak bunga ni..makan, manalah
tahu awet muda macam yg etuza baca kat maya
tentang bunga ros ni.ajaibkan..tapi benar
etuza suka makan kelopak bunga ros..
kalau dapat amalkan 4o hari tau..
baru mujarab..eik..pastilah baca selawat b4
makan ..
Taka tahu juga nama bunga ni, walhal etuza
paling suka juga pelihara bunga ni, paling
cepat tumbuh dan banyak cabang. bungapun
kuning berseri seri tau..


Bunga2 di laman etuza dah berbunga
mula memepersembahkan pesona yang indah
Seronoknya melihat kuntuman bunga dan
wangian yang semerbak ...
Wangian yang original menerusi
bunga2an seperti bunga jasmin
dan bunga2an yang lain.

Hanya nak katakan bahawa etuza
amat terhibur menyaksikan pelbagai 
bunga2an etuza kini kembang menghiasi laman
pastinya akan bertambah seri pesonanya
dari hari kehari.
Terima kasih Ya Allah
Syukran Ya Allah
kerana kesempatan
melihat bunga ciptaanMu.

7hbJulai2012
versi laman etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

24 Pesona Kata Hati Mereka: