Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 24 Mac 2013

Panorama Di Sabah Teh & Sungai Tagal Luanti Ranau

Antara lain pengisian Program Karnival NILAM
2013 peringkat Negeri Sabah ialah
Lawatan Ilmu di SABAH Teh 

sedikit infor tentang Teh Sabah
 Terletak di kawasan tropikal Malaysia yang menghijau di sekitar warisan dunia, Gunung Kinabalu, ladang teh tersebut terletak di kawasan seluas 6, 200 ekar pada aras ketinggian 2,272 di atas paras laut. Ladang ini dikelilingi oleh hutan hujan tertua yang berusia selama 130 juta tahun.
Turut menjadi kebanggaan kepada negara ini, Teh Sabah juga merupakan perladangan komersil terbesar di Borneo. Setiap langkah bakal membawa kepada penghasilan teh yang berkualiti dari proses memetik teh, mengeringkan, fermentasi dan keseluruhannya akan anda saksikan di dalam Tea Tracker.
“Teh Sabah amat berbesar hati menjadi sebahagian rancangan travelog sebegini yang penuh inovatif. Ia merupakan rancangan yang juga menghiburkan dan penuh dengan keindahan pemandangan, warna dan bunyi yang berjaya dihidupkan oleh pengacaranya dan mereka yang terlibat di dalam penghasilan teh. Saya perlu katakan bahawa Tea Tracker banyak menyumbang sebagai jambatan penghubung budaya di antara masyarakat seluruh dunia jika atau apabila rancangan di bawa di peringkat antarabangsa,” kata Encik Goh Mung Chwee, Pengarah Eksekutif Teh Sabah Sdn Bhd.

 klik agar lebih besar...

.

Gambar-gambar ini pula ketika lawatan di Sungai
Tagal Luanti Ranau. Memang best bermain dengan 
ikan yang sangat jinak..
Besar-besar pula tu..
macam nak tangkap ja bawa pulang ke rumah..
Sebab jinak sangat sambil urut kaki ..
Tengok jal lah kat kaki kawan tu.


 Sempat juga membelai ikan...licin dan lembut
subahanallah..satu keajiaban bahasa alam
ciptaanNya.

Pakej untuk melawat ke sungai tagal Luanti Ranau.
RM 2.00 tiket dikenakan..
Untuk sekali masuk hanya dibenarkan 51 orang.
Sementara 1 jam berada di sungai tersebut..
Siren akan dibunyikan apabila masa sudah  tamat..
Siapa nak melawat ke sini memang best..
sangat2 menarik...
Ikan tu tak boleh diangkat
Ikan harus disentuh dengan lembut..
beri makanan..
ingat tu...

@hakcipta etuza






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka:

Amin A. R berkata...

saya tengok ikan tu dah rasa seram, apa lagi nak letak kaki dalam sungai tu..hihi

JR berkata...

Asal tak ada piranha dlm sungai tu sudahlah...

Miss N™ berkata...

wahhhh...jinaknya ikan2 tu

Cik Ai berkata...

amboiiii
kemain lagi Cikgu kita main air..nmpk best sgt tmp tu :)

9n0L4 berkata...

teh sabah dh bape lame ye cekgu. belum ke sane lagi.

Unknown berkata...

bro...cantik2 tempat tu... sungguh mendamaikan.....teringin nak membelai ikan2 tu.....

Unknown berkata...

bestnye.... sgt2 cantik tmpt tu cikgu.. =)