Inilah Logo Kemerdekaan 2014
Untuk Lebih lanjut dan jelas makna logo ini anda diminta klik
KEMAMAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menyampaikan amanat penting pada pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya esok, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Perdana Menteri dijangka menyampaikan satu amanat penting esok dan ia berkaitan dengan sambutan kemerdekaan serta beberapa perkara yang berlaku kepada negara baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah tamah peringkat Parlimen Kemaman di sini, hari ini.
Beliau berkata, kira-kira 20,000 orang termasuk penjawat awam akan menghadiri majlis itu.
Ucapan Etuza Blogger Sabah
Kita seharusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Kibarkan jalur gemilang dan laungkan merdeka merdeka merdeka, merdeka dari segenap perasaan yang membunuh kedamaian merosakkan kebahagiaan kita bernegara. Mohon kepada Allah agar kita tetap bersatu dalam payung negara Malaysia kita yang aman dan damai. Kemerdekaan yang sebenar apabila kita rela berkorban demi negara, agama dan bangsa. Hidup Malaysiaku tercinta. Selamat menyambut bulan merdeka dari Blog Pesona Etuza 2014. Kepada sahabat blogger etuza ucapkan teruskan berkarya, kerana kita adalah antara aset yang menyumbang informasi yang menyihatkan minda kepada ramai rakyat Negara Malaysia. Hidup Blogger demi khazana dan warisan untuk genarasi akan datang.
Hakcipta@etuza
3 Pesona Kata Hati Mereka:
Selamat menyambut bulan merdeka yang akan dilancarkan esok oleh PM
Disini Lahirnya Sebuah Cinta....Salam Merdeka...
malaysia tanah tumpah darahku..selamat menyambut bulan kemerdekaan di sekolah mesti sedang meriah dengan bendera kan
Catat Ulasan