السلام عليكم ورحمة الله وبركات
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
2012
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Untuk lebih jelas dan terpericni klik saja http://
D. AMARAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN
1. Dilarang membawa sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas, telefon bimbit
atau alat-alat komunikasi, kotak pensel, beg dan Jadual Waktu Peperiksaan ke dalam
dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
2. Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
3. Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 5
4. Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
5. Dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di
dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa isyarat untuk tujuan
meniru.
6. Dilarang mendedahkan kertas soalan atau/dan skrip jawapan peperiksaan sehingga boleh
dibaca oleh calon lain.
7. Dilarang menukar kertas soalan atau/dan skrip jawapan peperiksaan dengan calon lain.
8. Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua
Pengawas Peperiksaan.
9. Dilarang membawa kertas soalan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
10. Dilarang membawa kertas soalan tertutup dan skrip jawapan peperiksaan keluar dari
dewan/bilik peperiksaan.
11. Dilarang membawa kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan
keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
12. Dilarang keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan
10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan.
13. Dilarang melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah
digunakan.
14. Dilarang mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan
semasa peperiksaan.
15. Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata.
16. Dilarang merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
17. Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan akan
menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau
apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga
Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku di atas boleh
dikenakan tindakan berikut:-
17.1 Keseluruhan keputusan peperiksaan digantung;
17.2 Keputusan mata pelajaran berkenaan dibatalkan;
17.3 Keseluruhan keputusan peperiksaan dibatalkan;
17.4 Keseluruhan peperiksaan pusat berkenaan dibatalkan
Info : Masa itu ibarat iskrim yang akan cair jika tidak dimanfaatkan.
Masa bukan menunggu kita, tetapi kita yang mengejar masa.
16 Pesona Kata Hati Mereka:
hm, skang nie ader yg ske sgt meniru, bawak henset.....
info yg bagus ni :)
"Masa itu ais krim?" Peribahasa baru tu...kalau murid2 jawab bagi menggantikan "masa itu emas" pasti dapat 2 markah kan?
banyak nya amaran..huhuhu
Terasa nk nk exam plak bc ni..hehe
harusnya, ditampal setiap meja budak2 upsr tu cikgu..kasi highlihgt biar trg..
salam cikgu.. sgt2 betul.. masa itu ibarat aiskrim :D..
Kepada semua..
" masa itu ibarat aiskrim" ini kata2 kiasan tentang masa yg tak dapat dihalang putarannya, aiskrim jika kita lama biarkan ..rugilah beli ya..
meleleh gitu ja..sedangkan rasanya sedap.
JR " masa itu emas, kata orang dah biasa sangat org pakai, namun dalam ayat Bahasa Malaysia, khasnya penulisan ..saya sendiri lebih suka kiasan masa itu b=ibarat emas. lagi tinggi harganya..tq drop komen yg membina
dah lama tak jaga budak2 upsr... huhu jenuh nak menunggu satu jam diorang abis peksa, sedangkan diorang tak cukup masa menjawab. lama kita rasa, cepat diorang rasa
last year, sy jadi pengawar UPSR. byk juga pengalaman yg sy dpt;D
last year, sy jadi pengawar UPSR. byk juga pengalaman yg sy dpt;D
budak upsr kena baca ni cikgu..fahamkan mereka betul2.hhihi
Ya sebab itu awal2 buat entry ni..copy ja. Benar kata AS ya..kena baca awal apa rule..
Terima kasih atas perkongsian yang sgt bermanfaat ini... dan terima kasih jg sudi follow..salam ukhwah cikgu..
salam singgah wahai sahabat ◕‿◕
Salam Etuza,
Terima kasih berkongsi maklumat.
Catat Ulasan