Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 13 Februari 2010

Semangat kesukanan tetap berkobar biarpun 1 emas 1 gangsa menjelang MSSSZP 2010

Antara guru jurulatih Perbarisan SK. Penagatan,
(Hehe! kami pakai payung, terik sangat..bukan
kami saja ya, hampir semua penonton pakai
payung, kecuali penonton yang berada di atas
astaka ini)

Guru2 wanita SKPK menyaksikan wakil sekolah
ke MSSSZP 2010 di kompleks Sukan Keningau
pada 9/10.2.2010
Wajah Ismat Afif ( anak lelaki etuza berusia 9
tahun 3 bulan 3hari) Murid tahun 4
1 emas dan 1 gansa sahaja.
( alamak semua tandingan kami besar2 bah
sigu) Inilah antara kata2 atlit SKPK 2010.
Salam ceria.
Selamat menambut CNY pada warga Malaysia yang merayakan perayaan ini. Pesan saya, sempena perayaan ini menjelang jagalah keselamatan, kerana keselamatan diri dan harta benda adalah lebih utama.

Pada 09 dan 10 hb. Feb 2010 yang lalu, MSSS Zon Pegalan di langsungkan di padang Kompleks Daerah Keningau, dengan menampilkan 10 buah sekolah di Zon Pegalan. Antaranya ialah SKPK, SKMK, SKSK, SKAK, SKRBK, SKKBK, SKPK11, SKMEK, SKAK dan terakhir SKMBK. SK. Pekan 11, menjuarai kesukanan kali ini. Syabas dan tahniah kepada sekolah yang berprestasi cemerlang di trek kesukanan MSSSZP kali ke 42 2010.

Kata pengerusi penganjur, tiap kali ada pemenang mesti ada pengalah. Tiap kali kita membuat yang terbaik ada lagi orang yang membuat lebih terbaik dari kita. Kepada yang berjaya katanya syabas dan tahniah. Kelemahan harus di atasi dengan mengubah konsep agar memperolehi kemajuan.

SK. Penagatan, setakat 1 Emas dan 1 Perak. kami terima dengan hati terbuka, kerana purata atlit SKPK adalah murid tahun 4 dan 5 sahaja. Tahniah kepada Ceroline Fredy dan Ikhymal Husain Saidin kerana bertahan dan menyumbang nama mengharumkan sekolah. Apapun yang terjadi semangat kesukanan tetap berkobar di jiwa kami. Tengoklah gambar aksi menonton temasya ini dilangsungkan.

Tahun ini, hanya Ikhmal, Ceroline, Evarencia, Iskandar dan Wildan Iszac sahaja murid tahun enam yang menyertai kejohanan ini. Manakala yang lain tidak mampu melepasi stamina atau kelajuan yang dikehendaki. Sebaliknya Ismat Afif, Mohd Azim, Aidil Aizat, Macjunior, Nurul Ayisah, Aslia dan Suhani merupakan murid tahun empat dan lima mampu menunjukkan prestasi yang terbaik sebagai wakl sekolah kami ke temasya sukan ini.

Apabila beraksi di trek kita perhatikan fizikal atlet sekolah lain nampak begitu tap dengan ketinggian dan fizikal yang besar, pejal dan kuat. Bayangkan Ismat Afif murid yang baru berusia 9 tahun dan beberapa bulan murid tahun 4 bersaing dengan atlit lain yang tinggi dan besar serta usia 12 tahun. Apapun atlit yang masih di tahun 4 sebenarnya jika memang dia kuat dan berlari laju tidak mustahil boleh mengalahkan atlit berusia 12 tahun. Hehe! nampaknya Ismat Afif dan Mohd Azim bkanlah sekuat mana. Tetapi semangat mereka tinggi untuk bersaing. InsyaAllah tahun 2011 mungin waktu mereka nanti untk beraksi lebih hebat. Semoga impian ini tercapai.

Salam 1 Malaysia. Majulah sukan untuk negara.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

tahniah buat yang berjaya

Kamsiah yusoff berkata...

kalah menang adat bertanding...yg penting semangat utk bersaing secara sihat...sukan jugak menyatukan semua,kan...

Unknown berkata...

Saya sokong kam's.Tepat di sini ada unsur perpaduan terjalin, melalui sukan kita leraikan stress murid. Mereka gembira berlari di trek yang sihat.Tq visit my site.