Simponi yang indah bersama cintaku.
Salam hormat
Kita dipertemukan oleh kecanggihan teknologi..
Menyapa lalu pada angin bayu
Melihat seketika senyum dan sinar mata bercahaya
Cahaya persahabatan ukhuwa perpaduan
Ibarat menyatakan ketulusan hati
Sekadar itu yang mampu terluah..
Sesekali menyapa bagiku amat menceriakan hariku
Terasa ada insan yang menghargai
Mencintai sebagai hamba Allah
Lazimnya itulah hakikat kemanusiaan.
Kadang tersentak oleh sapa dan keinginan
Tersipu tak terungkap kata
Bukan dihalang oleh sesiapa
Cuma masa dan keadaan amat menyempitkan mindaku
Untuk lebih dari persahabatan menerusi teratak maya
Seolahnya akulah yang tidak bermampu
Kaki akulah yang dirantai erat oleh keadaan
Bukan pula usia membataskan gerakku
Tetapi kemampuanku tidak bisa ku ungkai kenapa?
Kepada yang memahami dan mengerti
Tiada pernah ku lafazkan janji
Tiada pernah ku lafazkan harapan
Cukup semuanya sama
Kita insan biasa yang tidak punya apa-apa
Hanya ilusi dan bayang menerusi teratak maya
Kita pertaruhkan hubungan kemanusiaan sejagat
Aku pasti ada yang tersinggung
Katalah aku hipokrit atau tidak ada hati budi
Katalah...kerana memang aku tak mampu
Melangkahkan kaki apabila rantai keadaan membelit diri
Kepada yang memahami
Terimalah SALAM KEMAAFAN SETULUS HATI
Jadikan keadaan sebagai suatu yang indah
Jadikan bahawa hakikatnya manusia emosi berlainan
Hakikat bahawa kekadang ada insan tidak sebaik anda
Hakikat bahawa ada insan lain menggurisi jiwa
Hanya kerana batasan lelangit dan daratan beronak
Aku terima namun cukuplah jika
Yang memahami itu memberiku
Rasa bermusahaba diri.
Karya etuza untuk someone .
3 Pesona Kata Hati Mereka:
Hehe! Choy slamt thn baru Cina. Tq kerna membaca catatan saya. Moga ada tambahan ilmu, mungkin sedikit tapi it's ok.
wah dikala zaman muda2 gitu.. machonya...hehe
Zik gmbr pakcik tu tahun 2004, dah ramai anak dah! 6 orang, yang ke 7 lahir 2005. Masa tu pcik di UMS sabah. hehe iya ke..tq zik. Take care ya.
Catat Ulasan