Asalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kekadang saya suka mendengar Radio dan lagu-lagu yang diputarkan oleh DJ bertugas. Tidak kiralah dimana Radio itu. Kalau di Keningau mestilah Keningau FM saya akan pasang line.
Hari itu saya ada berkesempatan mendengar slot iklan di mana seorang artis Malaysia memberi atau menyampaikan kata-kata perumpamaan berkaitan dengan pokok padi serta dia kaitkan dengan kelebihan manusia.
Artis tersebut ialah Dr. Fadzli ( pelakon cuci bersama awie dan papadom) Kata-kata berbentuk iklan tetapi menyedarkan saya dan saya sangat menyukai kata-kata dia. Kata-kata itu berbentuk motivasi yang membawa pendengar berfikir. Lebih kurang begini kata-kata keramat Dr. Fadzli.
Jadilah seperti rasmi padi semakin berisi semakin tunduk. Katanya situasi padi semakin berisi semakin tunduk mempunyai pelbagai keadaan yang menghubungkan sikap manusia. Umpamanya seseorang yang semakin kaya, seharusnya semakin merendahkan diri dan membantu orang lain yang dalam kesusahan. Tidak menyombong diri dan sentiasa mengingati Allah. Taat pada perintahNya. Jika kita kaya dengan ilmu kita kongsikan ilmu itu dengan orang lain, pasti anda disukai oleh orang lain. Bukan bertindak membanggakan diri, hingga kawan2 hilang satu persatu.
Kata Dr Fadzli lagi ialah, jadilah seperti pokok padi, yang pada kesemua termasuk batangnya, daunnya, bijinya dan hempas padi berguna kepada penggunanya termasuk kegunaan manusia dan binatang lainnya. Dalam situasi manusia seperti kita, kata Dr. Fadzli, jangan kita terhad kepada satu-satu kemahiran sahaja, tetapi kita cuba pelbagaikan kemahiran atau juga kegiatan selagi masih hidup. Inilah kata-kata yang saya suka dari ungkapan seorang artis semasa membuat satu iklan di corong Radio.
Kata Dr. Fadzli, bila kita pelbagaikan kegiatan dan kemahiran kita telah menggunakan diri kita dengan sebaiknya menerusi kemahiran fizikal dan minda. Umpama kita seperti batang pokok padi yang keseluruhan padi itu bermanfaat kepada kehidupan manusia. Contoh lain yang boleh kita kaitkan dalam hal ini ialah, kemahiran memasak sesuatu resipi masakan, kita pelbagaikan agar kita boleh timba pengalaman baru. Bersukan bukan terhad kepada satu genre permainan, berkawan biar ramai dan jika suka menanam pokok buahan kita pelbagaikan agar kita dapat merasai nikmat buahan itu. Dulu kita belajar bermaklumat melalui blog, mengapa tidak mencuba ke Facebook pula. Buat pelbagai penulisan yang menarik perhatian umum seperti sajak, cerita ringkas dan sebagainya.Sudah pandai berbasikal, kita belajar menunggang motosikal, selepas itu kita cuba pula memandu kereta.
Inilah huraian saya serba sedikit tentang kata-kata perumpamaan Dr. Fadzli yang mengatakan bahawa jadilah seperti rasmi pokok padi yang mampu dimanfaatkan secara keseluruhannya.
Adakah kita tergolong dari orang2 yang dikategorikan oleh Dr Fadzli ini.
Apapun kita semua mampu membuatnya jika kita tidak amalkan sikap bermalasan. Tetapi menggantikan dengan sikap suka dan berani membua sesuatu yang membawa keseronokan dan kemanisan dalam hidup kita.

0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan