Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 14 Februari 2010

Cinta dan kasih sayang sesama manusia itu adalah normal kemanusiaan. Kepada anak2ku belum waktu untuk C I N T A




Asalamualaikum dan selamat beristerehat malam ini.

Saya tahu masa remaja indah sekali. Berbagai perasaan mengamit diri. Dan masa remajalah detik waktu yang perlu dijaga, perlu diawasi agar jiwa tidak terlanjur melakukan kemaksiatan. Memang indah dunia remaja, kebabasan yang kita dapat usah dipersiakan kerana kelak kau remaja akan merana badan.

Saya dulu mengalami zaman remaja. Maka saya tahu apa yang tersirat dalam kalbu remaja. Bukan mudah menjadi remaja yang berdisiplin, bukan susah menjadi renaja yang terbaik untuk diri, keluarga dan masyarakat. Alangkah bahagia ibubapa yang berjaya mendidik anak remaja ke jalan yang benar dan diredahi tuhan. Alangkah gembira rasa hati apabila kita memilik anak remaja yang bejaya dalam persekolahannya tanpa gangguan cinta remaja.

Wahai remaja sebagaiman anak2 ku sendiri, mintalah lupakan dulu soal cinta di masa sekolahmu. Belum waktunya kalian memikul cinta yang bakal menyerabutkan akal mindamu. Yang akhirnya pelajaan entah ke mana perginya, jangan menyesal kemudian hari tidak akan berguna.

Cinta dan kasih sayang itu bagiku soal yang normal sesama insan lelaki dan perempuan. Remaja hingusan di bangku sekolah JANGAN bawa diri ke lembah cinta, nanti terbakar sukar di padam. terluka sukar di sembuhkan. PERCAYA lah bahawa remaja sekolah belum waktu mu untuk bercinta. CINTAI cita-citamu, ibubapamu, keluargamu dan masa depanmu. Pergilah pada jalan yang benar, ukirkan warna kehidupanmu dengan iman dan taqwa. Berjalanlah pada jalan yang diredahi oleh Allah yang rahman. Sirami jiwa remaja mu dengan ilmu pengetahuan yang berguna.

Wahai remaja eperti anak2ku. PERCAYALAH, suatu masa setelah kalian genggam kejayaan CINTA akan datang akhirnya menerpamu. Masa ini lahirlah cinta yang sejati berlandskan kjujuran dan keimanan serta direstui oleh seluruh insan di sekelilingmu.

Wahai remaja, yakinlah bahawa saya bukan menipu anda, bukan pula membawamu ke jalan yang gelap dan gelita. PERCAYA bahawa jalan ini terang cahaya mengiringi langkahmu ke medan kejayaan. Menunggu senyuman manis yang amat bermakna, senyum kebahagian dan bukan TANGISAN menyengat kalbumu remaja.

INGAT bahawa tiap lelaki yang baik dan beriman jodohnya adalah wanita yang baik dan beriman sebaliknya PERCAYA juga bahawa wanita yang baik dan beriman jodohnya adalah lelaki yang baik dan beriman. Tidak dijadikan lelaki dan wanita itu melainkan telah ditetapan olehNya pasangan masing-masing. InsyaAllah dan wallahualam.

Salam cintaku untuk anak2 tersayang.
Salam setulus hati buatmu yang membaca.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
huhU..entah kenapa bile baca entry nie terasa cam ada kaitan ngan diri sendiri.. =)

juz mGambil peluanG untuk brpesan kpd adik2ku (anak2 Etuza) supaya mndengar nasihat ayahmu ini..s0al cinta kalu tak bijak dikawal mmG mmbawa padah..sy dl pun tak pernah kenal cinta & c0uple, kecuali selepas SPM..itupun masih belum sesuai masa, keadaan & tempatnya..

usahlah difikirkan s0al cinta esp ketika masih brgelar pelajar, hatta student IPT sekalipun.. kerna sekali hati trpaut tiap kali jiwa kan diragut...

etuza berkata...

Ziarah azrai di sambut penuh girang.
Anak2 pacik dah semakin besar azrai.
Anak2 pakcik ada menceritakan baur cinta kekawan mereka di sekolah hinggakan jadi kes di sekolah. Putera saya pula menjadi perhatian bertalu mendapat kiriman salam, itu it's ok.
Saya risau jg bila mendengar cerita anak2 saya ni.
Alhamdulilah. Nasihat azrai sungguh mengharukan saya, insyaallah anak2 akan baca tu. Dalam semeja makan ada pcik beri mereka tips menangani gejala ini agar x tejebak.Malu pcik jika ada kes macam tu. Tinggal asrama belajar secara sihat bukan cari masalah ngan belajar becinta. Dua tugas ni berbeza, belajar akedamin dan belajar bercinta. Adui parah kalau tak tahu nkendalikan jiwa.
Salam & TQ catatan azrai tu.