Asalamualaikum ukhuwa fillahi alaika
Salam hormat diangin nan lalu. Apa khabar temanku yang sedang membaca, sudah sarapan ke? atau sedang membaca ke tu atau sekadar melihat sahaja. Apapun anda buat hari ini, semoga teman2 ku semua sihat walafiat hendaknya.
Saya hendak meluahkan isi hati pada sesiapa sahaja. Katalah catatan saya remeh temeh, apa2lah yang penting saya puas hati kerana meluahkan apa yang terbuku di mindaku, minda salah seorang pemblogger aktif masa kini. Chewa...kononlah.
Baca tajuk entri saya itu, ha tentang itulah saya hendak luahkan. Adakah pula jiwaku bertanya apa yang saya dapat setelah sekian lama berblogger hampir tiap hari ada saja catatan baru mengisi mayaku. Bukan itu saja tiba-tiba saja saya yang dah berumur ni masuk Facebook pula, macamlah saya mahu bersaing pula. Eh! tiadalah macam itu, sebenarnya ICT dunia tanpa sempadan ini bagi kebebasan pada siapa sahaja tidak kira apa status dan darjat kita. Bagi saya inilah prinsip saya " lebih baik mencuba sesuatu yang baik dari tidak mencuba, berterus terang adalah lebih baik dari memendam rasa".
Oklah apa yang saya dapat setelah berblog dan ada facebook? ada manfaat ke? hehe saya dapat duit ke? saya jadi apa2 lah. Bacalah apa yang saya dapat bila ada blog sendiri dan ada facebook.
Berblog
* Saya dpt mempelajari ilmu ICT menerusi penerokaan ternet dan bertanya dengan kawan2 blogger yang lain. Ilmu ict dulu sedikit kini ada pertambahan ilmu ict.( ha bestkan)
* Saya dapt manfaatkan masa lapang dengan banyak membaca catatan orang lain. Of course blog kegemaranku ialah:
Detik indah dalam hidupku ( kamsiah)
Alimaz kembara terasing ( inamaz)
Askara cinta Ilahi ( azrai)
Menuju insan taqwa ( Ustaz Rosli)
Zik the jalanan sepi perantau
Persiapan mati
Choy blog
Keningaukini
( banyak lagi yang lain, tetapi inilah blog antara top updated ya. Tq kepada mereka kerana menyajikan saya dengan catatan yang banyak manfaat pada kita semua)
* Saya dapat ramai kenalan dekat dan jauh di merata di Malaysia.
* Hatiku merasa bahagia apabila membaca catatan yang berbentuk nasihat menasihati.
* menyedari kelemahan diriku sendiri, menginsafi kesilapan dan berusaha mendekatkan diri pada Allah.
* Jiwaku tenang apabila kekadang ada masalah yang melanda, tetapi terjawab apabila membaca catatan kekawan lain. samada hal rumahtangga dan pendidikan anak2.
* menjadikan saya seorang yang perihatin terhadap sesuatu situasi. Contoh saya seolah menjadi agen maklumat penting. Kerana ada juga sudut iklan dan teguran membina sikap dalam blogku. Contoh cara belajar yang betul dalam kelas dan lain-lain.
* Mendapat sahabat blogger yang begitu memahami.
* Mendapat sokongan moral agar terus berkarya. Nak tahu siapa orang itu ( Kamsiah- detik indah dalam hidupku dan saudara Azrai-aksara cinta ilahi) dan ZIK- jalnan sepi perantau, mereka seolah memberiku semangat. Kadangkala mereka buat ulasan tanpa minta di balas, mereka ada keikhlasan nampak jelas. Saya merasa amat di sokong oleh tiga manusia ini. Saya terus terang ada rasa menyayangi mereka, ada rasa kami dekat dan mereka membahagiakan hari-hariku. Saya tak malu cakap bahawa mereka antara yang saya sayang selain seluruh keluargaku. Memangpun kita sesama Islam adalah bersaudara.
* Dapat banyak ilmu, input2 pengetahuan semasa, jimat kos beli koran, apabila linkkan sabah time dan berita harian.
* dan banyak lagi yang saya dapat bila ada blog, memadailah di atas, mahu bagitau semua apa itu, rasanya esokpun tak siap. Hehe! tengok tu banyakkan saya dapat. Hukhuk! duit masuk tak adalah, bayar line RM 68 kepada celcom every month adalah .HEEEEE....x bayar x adalah buat blog, betul tak!
Facebook.
* Of course dapat jejaki kenalan lama dan yang baru.
* Dapat sembang pula lagi dengan bekas2 murid yang kini ada kerjaya, berkahwin dan mereka kini macam kawan2 ku.
* Hehe! dapat manfatkan gambar2 lama dalam PC kita atau di dalam CD rom.Terserah kita nak kreatifkan penampilan album photo tu.
* Paling best kita boleh linkkan maklumat yang penting kepada semua sahabat kita.
Itulah yang saya dapat apabila saya sekian lama berblog dan berkecimpung pula dalam dunia facebook. Alhamdulillh..harap tiada yang tersinggung dengan tag catatanku, bukan itu tujuanku melainkan saya mahu amalkan berkongsi maklumat agar dpt di manfaatkan bersama. Setidaknya saya an anak-anak dapat mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat menerusi blog dan facebook. Jika kawan-kawan sudi dan ikhlas buat ulasan dan komen apa saja tentang blog saya, saya dengan rasa rendah diri bersyukur atas nikmat itu, ianya bagaikan warna dalam kehidupanku.
Wasalamualaikum. See u again.
9 Pesona Kata Hati Mereka:
terima kasih pakcik, terharu rasanya.., tak pernah dalam dunia ini orang nak buat entry khas macam ini, insyallah saya buat mana yang termampu..sama-sama kita berjuang, atas dasar tanggungjawab sebagai umat islam dan khalifah..dimuka bumi...
Alhamdulillah zik dah baca tag baru pcik tu. Saya buat catatan itu kerana saya terfikir pekara tersirat sepanjang saya aktif menulis dalam blog dan facebook. Hasilnya rupanya macam itu di minda pcik. Ok Zik tahniah. Tq pembacaan zik..ya.
Yup! saya dah berumur Choy, selayaknya panggilan itu. Lagipun my first child 16 years old.
Saya suka Choy also call me like that, it's ok. Not bad for me.
Hehe! rasa lucu pula. Tq
terimakasih cikgu
kerana blog saya tak tak seberapa tu masuk dlm list ...
sebenarnya kalau masa mengizinkan...saya ingin melawat blog semua kekawan...setiap hari...namun kdg2 tuntutan kerja2 rumah terlalu byk..
semoga cikgu terus berblog...tanpa jemu...
Salam untuk kamsiah family.
Sepatutnya kita buat keutamaan dahulu. Kadang-kadang secara tiba2 orng2 dalam catatan saya tu buat ulasan dan memberi sokongan dan nasihat. Hari tu sya putus asa nak ceriakan blog, tak semea-mena hilang semua maklumat, kamsiah adalah yng paling pertama memberi nasihat dn sokongan. oyes! saya bangun semula cari jati diri dalam blog, inilah yang saya mampu. Tq so much.
salam ziarah..
pekab0 pak cik?..m0ga sihat & ceria2 selalu..
huhU, sunGguh sy terharu membaca tag ini..1st time spnjang berbloGging ini terasa begitu dihargai..syukran yer..
m0ga kita terus ikhlas dlm brukhwah, saling mnGuatkan & mnasihati..
act sy pun gemar mmbaca di sini c0z gaya bahasa pakcik yG indah tu..maybe kerjaya sebagai guru byk mmbantu =)
wasalam azrai.
Alhamdulillah,azrai dah baca. Pcik amat menghargainya, bersyukur sangat kerana ada jg kekawan membaca catatan sya tu. Azrai pcik terpanggil membuat tag entri macam tu, sebab terasa perkara tersirat dalam berblog itulah yang kita dpt pada pandangan pcik. Antaranya kita dpt kawan2 sesama bloger.
Azrai termasuk kawan blogger yang sering buat ulasan tanpa jemu di laman pkcik. Catatan azrai kelihatan ikhlas kerana, seolah macam cara pkcik jga. Susah nak terangkan sedalamnya kenapa pkcik begitu mempercayai wibawa azrai, zik dan kamsiah tu. Of course kamu 3 orang ni pemblogger yg prihatin.
Kadang catatan pcik tu 0 ulasan, tiba2 ada ulasan dri azrai. Percayalah pcki terharu ada yang membaca dan ikhlas buat ulasan. lepas tu dalam ruang sembang pakcik azrai tak lokek menyapa kami. Inilah tanda azrai menghargai orang jauh. Harap catatan ini membuka minda kita semua.
Salam ukhuwa fillahi.
salam..kalau tidak kerana dunia blog tak mingkin kita kenal kan...walaupun kita jauh...terasa macm dekat sanagt..apa khabar etuza dan keluarga....
Wasalam, alhamdulilah, semua sihat, anak2 dah balik hostel pagi hari ni. Inilah anugerah Allah pada tiap ungkapan salam dan sapa kita. Semakin mesra dan kita umpama saling sokong menyokong selebihnya kita mendapat imput2 pengetahuan yang bermanfaat.
Salam
Catat Ulasan