Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 12 Februari 2010

Tidak rugi berbudi kepada tanah ( puas menikmatinya pun ada)






Salam sejahtera semua.

Buatlah apa saja yang kita rasakan ada manfaatnya kepada diri kita mahupun manfaat kepada orang lain khasnya keluarga dan saudara mara kita, pasti tiada yang memarahi dan tiada yang tidak menyukai perbuatan anda.
Jadilah seperti adat dan rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Jadilah seperti pokok padi, jeraminya, bijinya serta hempasnya. Perumpamaan ini bermaksud dua perkara. Iaitu semakin berisi semakin tunduk membawa pengertian bahawa semakin kita berilmu semakin kita merendahkan diri dengan cara menjadi orang yang tidak sombong, tidak bongkak dan selalu membatu orang yang susah apabila kita ada daya upaya. Selain itu jika kita kaya kita tidak akan berhenti setakat di situ tetapi terus berusaha dan berusaha pada jalan yang betul. Menambahkan mana-mana rezeki yang ada dan disamping itu sentiasa menghulur bantuan kepada yang memerlukan. kata orang lebih banyak kita bersedekah peluang untuk menambahkan rezeki akan Allah buka walau di mana kita berada. InsyaAllah.

Keduanya, jadilah seperti pokok padi yang dari batang dan daunnya hingga biji dan hempasnya dapat digunakan untuk kepentingan kita sebagai manusia. batang dan jerami padi boleh jadi baja organik, bijinya kita makan dan boleh dijadikan pelbagai produk yang kita mahu. Hempasnya juga boleh dijadikan baja dan bahan makanan binatang tertentu. Kalau pokok padi boleh diguna tiap bahagiannya mengapa pula kita sebagai manusia tidak dapat menggunakan seluruh fizikal yang kita ada serta minda kita untuk dimanfaatkan oleh kita sendiri atau memberi manfaat kepada orang lain.

Di sinilah letak menariknya perumpamaan ini, iaitu jadilah pokok padi yang boleh berguna seluruh bahagiannya. Sebagai manusia, buatlah pelbagai perkara yang kita mampu selagi kita hidup. Dalam kehidupan kita boleh pelbagaikan kegiatan dengan tidak membataskan satu satu perkara sahaja. Jika kita tahu memasak satu jenis masakan ayuh kita cuba resepi masakan yang lain, jika kita suka menanam bunga pelbagaikan jenis bunga anda, pasti menarikkan, jika kita sudah tahu bermain sukan badminton kita cuba mainan lain seperti main pingpong dan bola sepak pula, jika kita tahu menulis novel, mengapa tidak mencuba penulisan sajak dan genre tulisan yang lain. Kita suka memelihara ikan kita buat mini kolem dekat rumah.

Lihat buah-buahan dalam gambar entri ini. Pelbagai dan kita dapat menikmati keenakan buah-buahan ini. Apabila kita tidak larat menghabiskannya sila sedekahkan kepada jiran dan sahabat handai. Pasti yang menerima rasa sangat gembira. Tidak rugi berbudi kepada tanah, tidak merosakkan jari jemari kita tanah-tanah hitam di celahan kuku dan jari, malah ianya memberikan kita nikmat hasil dari tanaman kita sendiri.

Salam 1 Malaysia, makanlah buah-buahan tempatan.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Hairun Azmi berkata...

Berbudi pada tanah pasti tidak merugikan...