Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 11 Februari 2010

Barang rampasan yang dilelong oleh Majlis Daerah Keningau (MDK) mendapat sambutan luar biasa daripada berpuluh pembida.

KENINGAU: Barang rampasan yang dilelong oleh Majlis Daerah Keningau (MDK) mendapat sambutan luar biasa daripada berpuluh pembida.

“Mereka bersaing sesama sendiri untuk memiliki barang lelongan,” jelas Pegawai Kerja MDK – Alfian Koroh.

Antara barang yang dilelong ialah basikal, jam, tali pinggang, baldi serta kain yang kesemuanya dirampas daripada penjaja haram di daerah ini.

Alfian berkata, kebanyakan barang rampasan itu disimpan di antara dua hingga tiga tahun, dan dirampas daripada penjaja yang enggan mematuhi undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan.

Katanya, MDK telah memberikan tempoh yang begitu lama kepada pemilik untuk membuat tuntutan, namun mereka tidak berbuat demikian kerana menyedari kesalahan yang mereka dilakukan.

“Jalan penyelesaiannya adalah melelong barang rampasan itu kepada orang ramai,” tambahnya.

MDK adalah yang pertama di negeri ini yang menjalankan lelongan ke atas barang-barang rampasan, daripada penjaja haram yang bertujuan untuk memperkasakan penguatkuasaan undang-undang di daerah ini.

Kesemua barang lelongan itu habis bertukar tangan dalam tempoh dua jam.

Ditemui selepas majlis itu, Alfian menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan lessen daripada pihak berkuasa tempatan, sebelum menjalankan sebarang bentuk perniagaan.

“Sesiapa pun berhak untuk mendapatkan lesen .. tidak ada pilih kasih, asalkan mereka layak,” katanya.

Beliau memberitahu, menjalankan perniagaan tanpa sebarang lesen adalah salah, dan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa mengira kedudukan.

Menjawab satu soalan, Alfian menasihatkan para peniaga di Bandar itu, supaya mengutamakan kebersihan.

“Saya dapati masyarakat di sini masih tidak menghiraukan kebersihan,” katanya dan menambah, tabiat suka membuang sampah di merata tempat masih berleluasa.

Pegawai Kerja itu menegaskan, MDK telah menetapkan selama dua bulan untuk masyarakat di daerah ini, untuk memahami penguatkuasaan undang-undang mengenai kebersihan Bandar, dan selepas itu mereka yang didapati mengabaikan kebersihan boleh dikenakan denda dengan serta-merta.

“Tidak ada kompromi selepas ini,” jelasnya.

Kempen kebersihan Bandar dilancarkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Hj. Mohd Noor pada 26 Januari lepas.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: