Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 5 Ogos 2012

Alamak berdebar, akhirnya " PERAK " sahaja & Syukran masih bertahan.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
berdebar menyaksikan perlawanan akhir 2012 badminton  antara Malaysia VS China 

gambar dari internet copy paste

Malam ini sekembali dari solat terawih sempat etuza dan anak2 menyaksikan perlawanan  jaguh perseorangan badminton Malaysia, dato' Lee Chong Wei sekali dengan Lin Dan dari China. Lee Chong Wei sekali  lagi gagal menghadiahkan pingat emas yang pertama untuk Malaysia. Dalam perlawanan yang cukup mendebarkan, Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan gagal membalas dendam atas kekalahannya dalam final Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008. Etuza melihat saat akhir ada tekanan kepada LCW apabila servic kembali kepada Lin Dan pada mata 19 - 19. Etuza tengok gerakan Lin Dan agak tenang menentang LCW pada pungutan mata akhirnya menjadi 19 - 21. Alamak terus Lin Dan buka baju, tanda gembira mempertahankan kejuaraan. Sedih juga lihat LCW bersedih tanpa bersuara dan gerakan, nyata LCW frust kerana hampir merangkul EMAS untuk Malaysia. Tak apa lah LCW, anda balik sebagai juara dan wira negara dalam sukan badminton. Tahniah dapat perak sahaja.

 Saya dengar pengulas kata set pertama 21-15. Dalam set ini, Chong Wei bermain dengan begitu tenang menahan segala asakan dari pemain yang digelar "Super Dan" ini. Tetapi , akhirnya Lin Dan menang dalam set ke dua dengan 21-10. Set ketiga saat yang sangat mendebarkan rakyat Malaysia rasanya sebab etuza juga cukup berdebar. Apa nak buat LCW dah buat yang terbaik, hanya berpuas hati dengan pungutan perak buat kali ke 2 selepas perek juga pada tahun yang lalu.

Masuk ke 16 hari Aliya berpuasa


Kanak-kanak 7 tahun berpuasa ( apa karenah & keadaan )
1. Masa awal berpuasa 2, 3 atau ke 4 hari sering nak minta batalkan puasa, kata haus dahaga dan sakit perut.
2. Masuk ke 5, 6 dan seterusnya balik sekolah sahaja selalu tertidur hingga dekat maghrib.
3. Masuk 8, 9, 10 hingga seterusnya nampak lebih kuat dan masih cergas dan tak ada langsung nak batalkan puasa. 
4. Masuk ke 14, 15, 16 kalau hujung minggu jam 10 .00 pagi dah tertidur hingga petang. Kalau ditanya seronok tak puasa, aliya cakap seronok dan esok nak lagi puasa. Hari ini tanpa di arah aliya masuk bilik mandi sendiri, tu yang best selalunya dia minta mak temankan mandi tu.
5. Apapun keadaan kanak2 lain mybe berbeza dengan keadaan aliya berpuasa ya, maklumlah kami tak ada jiran, di kebun, so dia tiada teman nak bermain selain abangnya yang berumur 10 tahun.
6. Malam awal teridur selepas berbuka, melukis atau membaca sekejap lepas tu aliya tertidur, penat lah tu. So kanak2 cepat tertidur. Syabas dan tahniah untuk aliya etuza.

Debaran badminton Olympic Games
& versi kanak2 berpuasa.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

27 Pesona Kata Hati Mereka:

ewanthology berkata...

kalau Lin Dan ni takde..dah lama chong wei sapu bersih semua kejuaraan badminton.. hehehe

Unknown berkata...

yup setuju dengan anda TMM tq ya

Cendol berkata...

hmm tak pe lah ye.Chong Wei dh buat yg terbaik..okey le jgk dpt perak kann..
hmm bebudak mcm2 ni perangainye..InshaAllah boleh tu..hehe mcm2

Miss N™ berkata...

walaupun tewas, tapi chong wei ttp juara di hati kitakan..

apapun, mlm ni chong wei kalah BERGAYA..!

Chic Na berkata...

lee chong wei tetap terbaek.

waktu tidur kanak2 memang lebih lama dari orang dewasa kan. sebab tu aliya cepat mengantuk kot. :)

Domu-kon berkata...

namun persembg datuk sangt mantap tadi.. sedih tgok dia nangis aftr kalah.. apa pun.. terasa Malaysia akan sepi dari badminton..kita xd pelapis..

Si Matatajam berkata...

DLCW dah buat yg Terbaik dah tu..Syabas untuk beliau...
Mcm2 karenah budak2 ni ye cikgu..

Aine Ainun berkata...

X se,mpat tgk LCW, takpa dia da buat yg terbaik...

Bagus latih anak, n galakkan die puasa...

azieazah berkata...

Kita bangga dengan Dato' LCW!

Seronok juga tengok gelagat anak-anak kecil masa berpuasa.

Arina Shamsul berkata...

Thanks sharing cikgu..

Actually semalam saya terlepas tengok perlawanan ni..

Tahniah kepada aleya haraf2 genap sebulan puasanya..amin :)

Unknown berkata...

x tgk la pulak.. huhu... (nmpk benor aku tak minat sukan..muahaha)...
biasa la tu cikgu, budak2 nk belajar berpuasa... mcm deqla dulu la.. hikhik

Mrs Velentine berkata...

tiada nasib jak bah..tp kalah pun bergaya

gadisBunga™ berkata...

tetap bangga dengan chong wei!

Nyue berkata...

xpe...kekalahan d olimpik...tp pemenang di hati rakyat malaysia...

~Cik Sweety~ berkata...

kecewa juga saya LCW kalah.. tapi xpa..sekurangnya ada pingat utk Malaysia..

Wahh..bagus Aliya.. sikit lagi nak hampir sebulan la dia puasa.. tahniah utk Aliya yea..

lelamaisara berkata...

Walaupon tewas,die dah berusaha...Tahniah,anda juara di hati rakyat malaysia..:)

Cik Ai berkata...

wpun kalah ttp berbangga dgn Chong Wei..dia dh buat yg terbaik dan termampu :)

Cikgu Ma berkata...

dia dh buat sehabis baik...

Emylin_Izlin berkata...

chong wei sudah melakukan yg terbaik...cuma bukan rezeki kita utk dpt emas....tak pe, mana tahu akan dtg, ader pelapis yang bakal bersinar jugak kan :-)

Nurul Says berkata...

salam ramadhan cikgu Etuza..maaf lama tak singgah cni :(

9n0L4 berkata...

nmpk sgt die kecewa kan. ape nak buat. bukan rezeki.

Semut Senyum berkata...

nampak sgt DLCW bersungguh2 merebut emas. tapi rezeki tidak berpihak pada Malaysia.. tapi saya kagum dgn rakyat Malaysia yang mmg sokong DLCW..

Tahniah atas didikan utk anak berpuasa... =)

khaifaiz berkata...

Mantap dan sengit.. Tahniah kedua-duanya... Anda adalah juara...

Abang Karu berkata...

Tak pe...perak pun perak lah...LCW dh cuba sedaya upayanya....tahniah buat beliau..

Anak2 mmg perlu di latih sejak kecil lg :)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

perak pun dh okay...dia dh buat yg terbaik

dya nasir berkata...

walaupun dapat perak..tpi tetap bngga dgn dato lee chong wei

THE AUTHOR berkata...

Tahniah buat Aliya..masih maintain berpuasa..Cayokk!!!
Dan Untuk LCW you still the best...set ke 3 memang mendebarkan..