Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 4 Ogos 2012

Elakkan 7 perkara ketika berbuka puasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Masa berbuka puasa, terasa nikmat makanan
yang disajikan. Tetapi tabiat makan yang
perlu dielakkan di bulan puasa pun ada juga 
jadi eloklah kita mengambil juadah berbuka 
biarlah berpada- pada.


Memang saat berbuka puasalah yang amat ditunggu2 oleh orang Islam yang berpuasa. Berkat berbuka puasa ada pahala yang tersirat. Masa sahur ketika imsak juga disediakan oleh Allah nikmat pahala. Beruntung benarlah hamba-hambanya yang mendapat imbalan pahala ini, semoga kita juga tergolong orang-orang yang mendapat pahala ketika sahur dan ketika berbuka puasa.

Bagaimana pun kadang2 kita lupa suatu perkara ketika mengambil juadah berbuka. Iaitu mengambil juadah berbuka sehingga berlebihan hingga menimbulkan kesihatan yang tidak sihat. Padahal amalan berpuasa itu sesungguhnya antara cara untuk menjana kesihatan dan menghapus segala penyakit yang bermula dari usus yang kotor.

Etuza ada terbaca dalam satu majalah tentang tabiat makan yang perlu dielakkan di bulan puasa. Kepada yang suka tu, jemput baca ya, sebab dengan membaca kita akan tahu beberapa ilmu berkaitan sikap mengambil juadah semasa berbuka puasa.

1. Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelakkan kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
2. Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
3. Kurangkan makanan tinggi gula.
4. Kurangkan minuman berkaifen seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
5. Elakkan makanan yng diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
6. Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.
7. Kurangkan mengambil air sejuk ( ais ) yang berlebihan, takut perut buncit.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

Miss N™ berkata...

info yg menarik..
terima kaseh atas perkongsian ini cikgu..

Nick Nashram berkata...

puasa ne biasanye ramai yg berbuka dengan nasi berulam air..lebih2 lagi kalo makan terus minum ais..perut jadi buncit sebab ianya menyekat makanan yg berminyak.sebab tu kalo boleh amal minum air suam atau air limau nipis.

~Cik Sweety~ berkata...

insyaallah..akan diamalkan tips2 ini..

Chic Na berkata...

menarik. Insyaallah akan cuba elakkan. :)

Si Matatajam berkata...

Memang perkongsian yg bermanfaat cikgu...Walaupun Ada yg M dah tau, tapi beringat tu mmg bagus supaya kita tak lupa..

Deq's Qienz berkata...

nice sharing..perkongsian yg baek di pagi ahad nihh..

JR berkata...

Info yg sangat membantu. Semuanya saya rasa boleh ikut, kecuali nombor 7, memang jika tak ada ais rasa spt kehilangan sesuatu!!

THE AUTHOR berkata...

Terima kasih utk perkongsian

Cendol berkata...

nice share :)
mmg kan kalau mkn bebnyk tu smpe rase nak terkeluar balik.huh better jgn mkn dasat2 sgt.

9n0L4 berkata...

best tips cekgu. bykkan air masak kan. ;)

caliph shuriken berkata...

klau x silap sy minuman ais bila bercampur dgn makanan bersup dlm perut, kombinasi ni plg x elok sbb lemak2 akan berkumpul, lama2 nanti perut pun kembang dgn lemak, huh..

*etuza, utk en3 doa.. bole copy trus, xde masalah, nk guna ayat sendiri utk en3 etuza lagi elok.. sy inform kt sini sbb fibox etuza dh error loading ^^