Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 3 Ogos 2012

Juadah Berbuka Family Etuza & Sajian Pesona Putih Menyambut Hari Lebaran.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Sajian berbuka puasa family etuza.

1. Kurma yang lemak rasanya ~ wajib ada
2. Kuih mesti ada ~ antaranya yang pernah disajikan kuih lenggang dan qusui
3. Buah-buahan ( hari ini ada nanas yang masak ranum dan pisang barangan )

Bersedekahlah dibulan Ramadhan.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik menyebutkan bahwa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemurkaan Allah dan menolak kejelekan (HR At-Tirmizi)."

kurma , kuih lenggang dan kuih qusui ( kuih kukus bersira kelapa )

Sajian Pesona Putih ( bunga ) Menyambut 
Lebaran ( hari kemenangan familiy
etuza 30 hari berpuasa )
Nak beritahu 1. Lampu warna warni
etuza dah pasang semalam~ subahanallah berkelip2 n
nampak ceria diwaktu malam.
2. Lampu dekat kolam dah pasang semalam juga, 
ialah manalah tahu ada teman taulan etuza nak tengok ikan.
3. Paling istemewa ~ bunga2 etuza dah berbunga juga, seakan
memahami bahawa tidak lama lagi family etuza akan merayakan hari
kemenangan berpuasa sebulan ( hari lebaran / hari raya kita ~ Umat Nabi
akhir zaman)
Inilah antara bunga2 yang sedang kembang
di laman etuza. Petang hari ini sambil siram etuza
ambil gambar bunga2 putih berseri ini untuk etuza
persembahkan di alam maya menerusi blog PESONA.
untuk tambah jelas klik ja ya ...

aduhai cantiknya ~ bunga melati ( boleh diambil letak dalam baldi dan
guna untuk mandi, jika nak badan harum dan wangi ya )
bunga ini, jenis bunga berjuntai juga semakin banyak bunganya tu..
bunga raya putih. tak pernah henti berbunga, terbaru ada keluar 
sekuntum kelopak bunga raya warna pink tapi pada batang bunga 
raya putih ini. Seingat etuza tak ada pun cangkuk sebab belum 
pernah mencangkuk. Apapun itu kuasaNya.


Ini bunga jasmin, benar2 wangian memenuhi halaman depan rumah 
etuza..etuza dapat rasakan ada tenaga dalam badan bila menghidu
wangian bunga jasmin.

Ini juga unik, berbunga juga dan jika banyak dahan pasti tiap pucuk 
dahan bunga ini meriah dengan bunganya memanjang mendongak langit biru.
Nikmatilah keindahan bunga pasti nampak kebesaranNya.

Ku mengharap Ramadhan Kali Ini!
Lebih bermakna..........
Selepas solat maghrib hari ini, dipuasa yang ke 13 hari, etuza dapat rasakan sesuatu perasaan sendu, rasa seperti menangisi semakin ramadhan beradu. Tak hentinya zikir munajat menadah tangan memohon keampunan dariNya. Tidak pernah lupa mendoakan genarasiku yang akan meneruskan kehidupan ini. Ketakutan yang amat sangat kala mengingati dosa-dosa lalu, terlalu malu denganNya. Kerana kekadang lupa diri di mana kaki berpijak. Takut jika diri yang kerdil ini tergolong dalam himpunan manusia hambaNya yang semata mementingkan dunia, sedang di akhirat itu yang  kekal abadi. Wahai Allah ampunkan kami, ampunkan kami, ampunkan kami. Amin.

Menyambut lebaran
Familiy etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

14 Pesona Kata Hati Mereka:

Si Matatajam berkata...

Salam Ramadhan Cikgu...terpesona M tgk bunga cantik2 kat sini...

9n0L4 berkata...

cantiknye bunga jasmin. mesti sejuk je kat rumah cekgu. :)

Arina Shamsul berkata...

Subhanallah..sangat cantik bunga2 itu cikgu :) mesti halaman rumah cikgu berseri2 dan harum mewangi sekarang ini. :)

dya nasir berkata...

bunga raya putih tu ada khasiatkan?huhuh

Miss N™ berkata...

mesti rumah cikgu harum sentiasa dengan bau2 bunga segar kan.. :)

seronoknya.... :)

umah nur malam 10 ramadhan dah pasang lampu kelip2..hihi

~Cik Sweety~ berkata...

assalam cikgu etuza..terasa syahdu menyentuh tangkai hati bila cikgu mengingatkan bahawa ramadhan akan berlalu meninggalkan kita..ntah kenapa, lain benar rasa ini cikgu.. moga Allah ampunkan dosa2 kita semua..Amin..

Semut Senyum berkata...

SElamat berpuasa...

Kamsiah yusoff berkata...

cikgu...kuih lenggang tu kuih ketayap ya..??

Tinta Lana berkata...

Salam uncle..ya..kurma dan kuih mmg wajib ada..tpi buah plak tade dimeja saya,heh3.

Hurmm..alhamdulillah..berkat kesabaran, berbunga2 dah uncle punya tanaman.. teringin nak gi rumah uncle..hehehe

Abang Karu berkata...

kuih gulung tu saya selalu juga beli tuk juadah berbuka :-)

lelamaisara berkata...

selamat berpuasa cikgu...
saya punye juadah berbuka pon mesti kena ada kuih..;)

RIZZNA berkata...

Salam 15 ramadhan. Dah separuhkannnn...terasa sendu bila ia smakin brlalu tinggalkn kita...
Mstg taman umah etuza brbau harum kannn

ecadwinkyasha berkata...

cantiknya bunga2 tu cikgu..teringin nak menanam pula.hehehe

dya nasir berkata...

cantiklah bunga tu.. =)