السلام عليكم ورحمة الله وبركات
ke 10, 11 Keistimewaan Ramadhan al mubaraq.
kepada semua, hanya 11 sahaja yang etuza paparkan tentang keistimewaan ramadhan. Sesungguhnya banyak lagi keistimewaan ramadhan sebenarnya, sesiapa yang klik untuk info keistemewaan ramadhan pasti akan mengetahuinya selain pembacaan dari buku2 agama.
10. Sejarah berlakunya perang Badar Al-Kubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.
11. Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan. Pada malam permulaan Ramadan, Nabi bersabda:
11. Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan. Pada malam permulaan Ramadan, Nabi bersabda:
Pada permulaan malam Ramadan, para syaitan dan jin yang jahat dibelenggu serta pintu-pintu Neraka dikunci, tidak ada satu pun yang terbuka. Pintu-pintu Syurga dibuka dan tidak ada satu pun yang dikunci. Pada setiap malam ada yang memanggil: "Hai orang yang mendambakan kebajikan menghadaplah, dan hai orang yang mendambakan keburukan, menyingkirlah. Allah pada setiap malamnya akan membebaskan ramai orang neraka
Etuza tak akan pernah berhenti menasihati
kerana itulah yang terbaik.

Ini adalah antara anak2 etuza. Kebetulan pakai serba
hitam, gambar diambil di rumah mak ada acara
doa selamat. Yang senyum tulah antara anak etuza ya.

ini anak etuza juga. Belum raya tahun 2012, ini
gambar dia beraya 2011
Gambar dia kena apit( tengah ) juga 2011 ya.
Sekarang ni terbaru gambarnya belum ada
kekadang ambil gambar dia mengelak, tak suka
ayahnya nak ambil gambar. Dengan kawan2
di FB ada pula gambar. tak apalah ya..janji
ikut nasihat.

Selepas solat maghrib hari ini, etuza teringin menasihati anak2 sebelum ke surau untuk jemaah isyak dan terawih.Puasa dah ke 10, maka berakhir entry etuza hal keistemewaan ramadhan almubaraq, hanya 11 sahaja etuza highlightkan, dan sesungguhnya masih banyak hal keistimewaan ramadhan.
Apa nasihat etuza pada anak2 etuza yang antara yang mendengar adalah yang dalam gambar ya. Kalau ke surau nak solat jangan lupa berdoa sungguh2 pada Allah....sempena dibulan ramadhan, bulan ramadhan dibuka kan pintu2 syurga dan ditutup neraka.
1. Doa2 banyak2 dan sungguh2..pada Allah, minta ampun pada segala dosa2 lalu.
2. Minta ditenangkan hati agar terhapus segala perasaan malas belajar, minta digantikan dengan rasa gembira dan mudah untuk belajar.
3.Minta agar dapat kuatkan semangat dan dapat melawan perasaan ingin selalu tidur berpanjangan hingga tak larat nak bangun. Mintalah sungguh2 pada Allah.
4. Bulan ramadhan bulan pengampunan dari Allah, kerana sebaik sahaja menjelang 1 syawal akan tiada kehebatan keampunan dari Allah.
5. Sebaik 1 syawal kita tidak akan dapat temui lagi sinar dan keistemewaan Ramadhan. Segala pintu syurga akan ditutup, gangguan akan muncul dan sesungguhnya dibulan ramadhan syaitan dirantai.Ingat tu...
6. Bila solat, solat secara khyusuk tul2, jangan fikiran melayang ingat itu dan ini,ingat sesungguhnya bila kita khyusuk solat Allah akan membantu kita dan kita dirahmati. Ingat tu...nasihat ayah.Akhir sekali etuza pesan lagi...
7. Kalau pandu kereta tu jangan rasing, pandu guna gear rendah, bukannya jauh sangat surau tu. Pandu berhati-hati dan bagi tahu ayah jika kurang bar minyak, jangan macam 3 hari lalu habis minyak kereta kat tangki tapi lupa bagitahu ayah...ingat tu..
Semoga anak2 etuza mendengar dan memahami nasihat serta pesan etuza ini. Semoga Allah kabulkan doa etuza untuk anak2. Kepada yang bergelar ayah..sesungguhnya cabaran mendidik anak sungguh berat. Namun dengan sabar dan mohon kekuatan dari Allah insyaallah tiap masalah akan dapat dileraikan. Marilah berjuang membina genarasi yang mantap akidah dan beriman kepada Allah, merekalah yang akan medoakan kita bila kita di alam barzak.
Keistimewaan ramadhan 10,11
Kasih sayang &
hemah Pesona Etuza
24 Pesona Kata Hati Mereka:
smoga ank2 etuza mnjd ank2 yg soleh...ank soleh mndoakn ibu bapanya nnti:)
dah besar2 anak cikgu...sweet je diorg
bukan saja untuk anak2 cikgu, tapi nasihat ini juga boleh diguna pakai untuk nur ni.. :)
bagusnya nasihat2 cikgu tu utk anak2. moga mereka menjadi anak yg soleh & solehah.
cikgu..anak dara tu seiras dgn mamanya...manis..!!
ramainya ank cikgu..dah besar2..cantik dan manis pulak tu ank dara cikgu...moga trs menjadi ayah mithali ya cikgu.. :)
singgah bls kunjungn sambil follow
bujang sdh anak2 cikgu ni tau..
semoga nasihat seorang ayah akan dijadikan amalan oleh anak2..:)
comel dan segak permata hati cikgu yee..semoga mereka menjadi anak2 yang terbaik,..insyaallah..
Ramadhan memang banyak keistimewaannya..semoga kita diberkati...amin
semoga anak2 cikgu menjadi insan yg berguna dan bertawakal :)
semoga menjadi anak yang baik
moga keberkatan dan keistimewaan ramadan diperolehi ...
tq atas perkongsiannya cikgu:)
dah ank dara ank cikgu Etuza ye..sweet je :)
semoga anak2 cikgu jdi anak2 yg soleh dan solehah..=)
semoga nak2 cikgu menjadi anak2 yg soleh
Satu sumber yg menarik untuk kita dan ank2...
Salam uncle.
Terasa tumpahnya kasih sayang seorang ayah pada anaknya bila baca entry uncle ini..
Sedikit perkongsian lah ya uncle, saya ada seorg adik lelaki, dan pengalaman saya, bab2 menasihat anak lelaki dan perempuan, biar sama adil. Kalau anak perempuan, kita salu pesan, "jaga maruah diri dan keluarga." Tapi pada anak laki, kita selalu lupa. Sepatutnya pada anak lelaki pun, begitu juga.. dan pesan pada anak lelaki, "jaga maruah anggota keluarga perempuan kamu juga"
Dan satu lagi, memandangkan anak lelaki lebih diberi kebebasan tuk keluar, slalulah pesan padanya ttg keselamatan diri. Salu sangat dah dengar diberita, anak muda meninggal dunia macam tu saja dijalan rya..gara2 tiada pemantauan ibubapa, bawa kenderaan laju2, kuar lewat malam dgn kawan2..
Saya doakan anak2 uncle membesar menjadi anak yg soleh dan solehah..
Semua orang berdoa anak2 kita menjadi lebih baik dan terbaik dari kita..insyaallah
manis jak anak gadis cikgu..:) lelaki itu pun tidak kurangnya..
mudah2an mereka menjadi anak yang soleh dan solehah ye cikgu :)kita selaku ibu bapa hanya mendoakan yang terbaik dan mendidik mereka sebaik2nya..:)
terima kasih berkongsi info yang sangat baik ini ya cikgu :)
wahh bagus famili ni..anak2 Etuza pn dah besar dh..moga mnjadi soleh solehah belaka.
bulan ramadhan bnyk peristiwa kemenangan umat islam
lawa anak dara cekgu. hee. ;)
Untuk Tlana, syukran atas buah fikiran yang baik ya.
Kepada yang drop komen, semoga Allah ampunkan kita, dapat kekalkan nilai sabar dalam mendidik anak2 yg masih kecil mahupun yang dah remaja . insyaallah doa ibubapa pasti menyejukkan jiwa anak2. Doalah..
Catat Ulasan