Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 10 Ogos 2012

Etuza & Nick Irfan buat biskut raya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Sudah masuk 10 hari terakhir ramadan al mubaraq, 10 terakhir ramadhan akan kita lalui malam lailatul qadar yang penuh dengan keistemewaan yang Allah janjikan. Semoga kita dapat memiliki malam lailatul qadar. wallahualam.

Lepas terawih malam ke 21 ni, memang dah pasang niat nak bantu mama buat biskut raya, etuza kalau setiap tahun tak sah jika tak turun padang buat biskut raya kegemaran etuza. Kadang tengok resipi biskut tetapi bila ada bahan yang tak lengkap tetapi ada pula bahan yang lain..haha campur adukkan jala jadinya kalau etuza ( lelaki ) turun ke dapur untuk membuat biskut raya. Dan memang tak dinafikan memang semangat nak beraya nak sambut raya, kerana merayakan kemenangan sebulan berpuasa. Kadang2 bertanya juga dalam hati ya, ada yang berlebih2han beraya tetapi bila diketahui puasa tak penuh, hanya puasa awal bulan tengah bulan dan hari puasa terakhir. Ada tau etuza dengar macam tu cerita. Apapun tak apa lah ya, janji semua umat Islam merayakan hari raya dengan meriahnya.

Dipendekkan cerita nah inilah biskut raya etuza. Nama, Biskut kacang hijau berhias badam. 
Bahan-bahan yang perlu ada ialah
1. 1kg tepung gandum
2. 1 cawan tepung jagung
3. 750g mentega
4. 3 sudu butter 
4. 1 sudu kecil serbuk penaik
5. 1 setengah cawan tepung kacang hijau
6. 1 cawan gula aising  atau gula halus
7. Serbuk badam 
8. Kuning telur

cara nak buat tu, gaulkan semua bahan tu, hingga menjadi
doh yang lembut serta boleh diterap ikut bentuk yang anda suka.
Etuza nak pesan agar gula halus atau aisingnya usah terlalu banyak 
agar manisnya hanya sederhana sahaja.


tengok tu siap dah simpan ke dalam bekas.
Untuk pengetahuan semua anak lelaki etuza yang berusia 14
tahu yang tolong sediakan telur kuning dan sapu ke permukaan
tiap biskut kacang hijau berhias badam etuza ni. Boleh
pula dia tolong etuza kali ini. Biasanya dia tukang tengok2 ja.
Malam ini ringan tangan pula dia menolong etuza.

ini biskut jem buah-buahan  
Tiap tahun jenis biskut ini harus ada family etuza sediakan.
tak tahulah kenapa, tetapi etuza tertarik kerana biskut ni
nampak berseri dengan jem di tengah dan kelihatan menarik 
apabila disajikan di dalam bekas biskut raya.
Kali ini anak gadis etuza yang membuat biskut ni. 




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

13 Pesona Kata Hati Mereka:

Si Matatajam berkata...

Rajinnya cikgu tolong wife buat kuih raya....

9n0L4 berkata...

amboihh. siap resepi tu. hee.

Chic Na berkata...

bestnya semua tolong menolong. :)

Unknown berkata...

rajinnya cikgu.. untung la wife cikgu kan..nmpk sdp biskut tu...dua2 deqla suka mkn jugak!

dya nasir berkata...

pic biskut yg ada jem tu nmpak menarik..dya kuih tunjuk je

Cikgu Ma berkata...

tahun ni mak mcm x plan buat biskut raya...maybe buat ketupat, rendang, atau cari kerepek dan makanan tambahan lain mcm laksa atau soto..

lelamaisara berkata...

wah,,,rajinnye cikgu tolong wife...
sedap nampak kuh raye tu....

Miss N™ berkata...

rajinnya cikgu, namapk sedaplah biskut jem tu..!
cantikk dan sedap..!

Unknown berkata...

biskut tu kena juga ada masa raya, apapun the most mesti jg ada nasi makan bersama rendang kan...

Aine Ainun berkata...

Rajinnya cikgu...

Biskut jem tu kat sini panggil kuih tart..

Liyana Anuar berkata...

wah..rajinnya..nampak sedap pulak tu..hehe~

Khai_Sol berkata...

wah,sedapnya.. Salam ramadhan =)

mummyrinazone beauty berkata...

nampak menjadi biskutnya2..pandai juga irfan menolong