Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 10 Ogos 2012

Ceramah agama bertajuk : ZAKAT ~ Di Dewan, Hasil Negeri, Cawangan Keningau.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Ceramah bermula pada jam 8.45 pagi.
Penceramah : Ustaz Hadiq Ismail Samion
Dari Maahad Al-Kautsar Tambunan, Sabah.

Syukran alhamdulillah rupanya banyak hikmah apabila datang ke majlis ceramah agama di Dewan hasil negeri cawangan Keningau pada pagi hari ini jam 8.45 minit pagi.

Penceramah handal dan hebat iaitu Tuan Ustaz Hadiq Ismail Samion dari sekolah Tahfiz di Tambunan menyampaikan ceramah bertajuk Zakat. Zakat merupakan rukun Islam yang ke empat. Zakat wajib ke atas semua Islam yang berkemampuan. Sungguh terkesan dengan ceramah yang Ustaz Hadiq sampaikan. Sungguh melahirkan kesedaran dan keinsafan bahawa kita yakni sebagai manusia adalah amat kerdil disisi Allah.

Fungsi zakat katanya antaranya ialah:-
1. Menjadikan sosial negara menjadi hebat, maju dan selamat dari kemiskinan.
2. Mengeluarkan zakat menjadikan seseorang hambanya itu bertaqwa kepada Allah.
3. Menjadikan harta benda bersih dan menyuburkan rezeki yang Allah anugerahkan.
4. Meningkatkan kesyukuran kepada Allah atas rezeki yang dilimpahkan.
5. HambaNya yang berzakat akan diberi pahala ganjaran dariNya.
6. Dijanjikan syurga bagi seorang Islam yang mengeluarkan zakat.
antara inilah yang etuza faham dari isi ceramah tuan ustaz Hadiq.

Ustaz Hadiq Ismail Samion, dalam menyampaikan ceramah sesekali menyelitkan bahasa KadazanDusun menyebabkan semua pendengar tak mengantuk dalam keadaan berpuasa. Seronok yang luar biasa etuza rasakan takkala mendengar ceramah Zakat dari ustaz Hadiq. Sememangnya pengalaman dan ilmu pengetahuan yang tinggi yang ustaz Hadiq miliki menjadikan ceramah itu amat mantap dan sungguh bermanfaat.

Dalam ceramah ustaz Hadiq ada juga menyampaikan hal puasa, peristiwa antara Nabi sulaiman dan kerajaan Puteri Balqis. Hal kehandalan dan keganasan Umar Alkhatab yang akhirnya memeluk agama Islam selepas mencederakan kepada Fatimah adiknya sendiri. Ada juga menceritakan kesabaran Nabi Muhammad, nabi akhir zaman. Seorang nabi yang amat dibenci oleh Umar Alkhatab suatu masa yang lalu. 

Ustaz Hadiq juga tak lupa memberikan tip-tip bacaan yang amat baik sebagai bacaan setiap hari dalam mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh dan taat kepada perintah Allah. Etuza ingat nak ambil ayat2 tersebut untuk dibaca setiap hari, ayat2 seperti ayat Toha, ayat Ibrah dan ayat Surah sulaiman amat baik sebagai bacaan zikrulllah dengan niat mencari keredhaanNya di Dunia dan di Akhirat.


Walaupun kurang bersedia, kerana tidak diberitahu secara jelas tentang tugas membawa murid yang layak menerima baucer, wang raya dan kuih raya pada hari ini, etuza pergi juga demi tanggungjawab sebagai seorang hambaNya. Rasa sedih juga kerana hari ini ada majlis sempena Ihia Ramadhan di sekolah etuza, dan hanya sebagai juru gambar sahaja tugas yang diberikan pada etuza. Nampaknya kena jalankan tugas lain pula, padahal semua etuza plan nak ambil gambar untuk menjadi sekurang-kurang kenangan murid2 yang sukakan kenangan dalam beberapa pertandingan seperti pertandingan azan dan naysid. oleh kerana ada juga guru lain sebagai jurugambar pergilah juga etuza ke majlis penyerahan baucer dan biskut raya kepada 10 murid dari sekolah etuza yang layak menerima.


Ini adalah antara murid sekolah etuza yang mendapat baucer zakat, duit raya dan biskut pada pagi hari ini. Antaranya ialah Noraina Balqis, Maisarah, Azri, Amirun, Ahmad Lokman, Idawati, Norhayati, Hafiz, Nurizzati dan Aryani. Semoga mereka dapat manfaatkan baucer itu dengan membeli pakaian hari raya yang akan digunakan di Kedai Dubbai Collections pada hari esok ( sabtu ) 11. 08.2012.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

21 Pesona Kata Hati Mereka:

lelamaisara berkata...

syukur alhamdulillah...:)

Hans Hanis berkata...

alhamdulillah
terima kasih atas perkongsian ini

Miss N™ berkata...

Terima kaseh sudi berkongsi.. :)

Cikgu, boleh tak send alamat.
tinggalkan di ruang komen..
Nur tak publish...

Aine Ainun berkata...

Mmg sangat banyak hikmah berzakat...
Mekasih berkongsi ya cikgu..

Si Matatajam berkata...

Alhamdulillah bertambah lagi ilmu cikgu etuza yek...

THE AUTHOR berkata...

Syukur alhamdulilah

Cik Ai berkata...

terima kasih ye Cikgu etuza bkongsi di bulan mulia ni..
sama2 menambah ilmu :)

Unknown berkata...

thanks cikgu sebab share kan.. dapat juga ilmu saya malam2 ni

Unknown berkata...

Terima kasih inagatan dan drop komen ikhlas anda semua ya.

Kancil 8349 berkata...

syukur alhamdulillah

dya nasir berkata...

syukur alhamdulillah..

Hans Hanis berkata...

sama2 :-)

9n0L4 berkata...

baru nak bayar zakat mlm ni. ;)

mummyrinazone beauty berkata...

alhamdulillah boleh cedok ilmu lagi tentang zakat=)tq sharing cikgu

Nurul Says berkata...

seronoknya dpt vocher bj raya :)

mummyrinazone beauty berkata...

cikgu etuza..nurul pun nak ucap selamat hari raya n maaf sepanjang kenal ada tersalah bahasa kay..

arinie last day kerja esok alik kelantan.makan jemlah jawabnya..

k ,salam lebaran buat cikgu etuza sekeluarga.maaf zahir batin

vendoline berkata...

bgusnye anjur event2 cmni

ewanthology berkata...

betapa pentingnya zakat dalam kehidupan. yang mampu dapat membantu yang kurang mampu.

ANIM berkata...

selamat hari raya utk etuza seisi keluarga..maaf andai ada tersilap bicara di alam maya

vendoline berkata...

kunjungan sempena raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum Uncle. ^_^

Uncle, saya minta maaf ya..komen ini tiada kaitan dengan entry sebenarnya..

Sementara saya masih online ni, saya nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat uncle sekeluarga disana.. :)

Saya minta maaf ea kalau saya ada buat silap, ada terkasar bhsa sepanjg perkenalan didunia maya ni.. Selamat bergembira dihari raya nanti :)

Untuk uncle:
http://lianapm.blogspot.com/2012/08/eid-ul-fitr.html

Dan, insyaAllah, kita sambung kembali berblog pas raya ^_^

Doakan perjalanan lana selamat ea >_<