Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 1 Julai 2012

Helang terbang tinggi di awan biru & Banjaran Croker, Keningau, Sabah

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

      Tidak sangka, kali ini di Temaysa Sukan peringkat sekolah etuza kali ke -8 tahun 2012. Pasukan rumah helang atau rumah merah benar2 terbang tinggi di awan nan biru. Dengan pungutan emas 17 mengalahkan pasukan rumah, kuning, biru dan hijau. Pada tahun lalu 2011 rumah helang hanya berpuas hati dikedudukan tempat ke-3 dengan pungutan 7 emas.  Paling bersejarah apabila olaragawan dan olahragawati dimiliki oleh Lazarus Mampur dengan 4 emas serta Donysia Marius menggondol 5 pingat emas. Acara perbarisan pasukan helang hanya mendapat tempat ke-2 sahaja. Tahniah kepada atlit2 rumah helang yang berjuang menyahut cabaran bersaing dengan pelari2 dari pasukan lawan yang handal2 belaka.

Sebagai penghargaan kepada para atlit rumah helang maka kami 7 orang guru pembimbing atau jurulatih sukan pasukan helang telah sepakat meraikan kemenangan ini dengan mengadakan jamuan di Pusat Sumber pada hari rabu yang lalu. Kelihatan atlit2 yang terlibat sangat gembira menjamu selera serta menikmati puding dan kek yang ditempah dari Ustazah Anis Syakila Ismail.Guru-guru lain juga dijemput sementera Guru Besar sekolah telah memberi ucapan alu-aluan serba ringkas.




      Sekolah etuza telah 2 kali mengadakan kem motivasi UPSR  fasa 2 bertempat di Banjaran Croker. Dan kali ini etuza bersama isteri berkesempatan menyertai kerana tahun lalu kami tidak terlibat ekoran dari sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan. Rupanya Banjaran Croker sangat2 menarik dan sebuah tempat yang amat sesuai dalam mengadakan perkemahan yang melibatkan murid sekolah. Asrama penginapan yang disediakan juga sangat selesa, dan ramai dikalangan guru-guru atau kawan-kawan etuza yang menginap selama 2 malam. Keadaan sekeliling yang penuh dengan pokok2 serta kehijauan pokok2 amat menyegarkan suasana dan udara, cuaca sejuk juga menyengat, tetapi dengan memakai pakaian tebal kala malam bolehlah nenyak tidur. Tahniah kepada warga sekolah etuza kerana berjaya menyahut cabaran pendidikan ini. Moga ada hikmah disebalik usaha guru-guru kepada murid calon UPSR hingga menghasilkan kejayaan cemerlang dalam exam UPSR 2012 yang tidak lama lagi.

Kenangan etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

22 Pesona Kata Hati Mereka:

Muttallif berkata...

Kepada anak2 murid etuza...selamat berjaya...kepada Etuza, semoga didikan etuza menjadikan mereka insan cemerlang :)

~Cik Sweety~ berkata...

wahh cikgu..patutlah blog tak berhapdet..rupanya sebok mengendalikan kem motivasi dan sukan sekolah..apapun, tahniah yea cikgu..(^_^)

insan_marhaen berkata...

Tahniah.. atas kemenangan tersebut

ewanthology berkata...

berita gembira sahaja dalam entry ini.

Alhamdulillah :-)

Nurul Says berkata...

saya dulu pun rumah merah juga !yeh

dya nasir berkata...

mesti tenangkan pergi tmpt tu..kehijauan..

nasir hamzah berkata...

Tahniah pada mereka, tahniah juga pada etuza dan guru yang berkenaan, kerana kalau tiada guru tiadalah kemenangan ini..

dieyna berkata...

sekolah saya tak buat pun lagi sukan.. dengarnya selepas upsr baru buat

Si Matatajam berkata...

Teringin plak nak p berkhemah kat banjaran croker.. Tapi jauh la plak..

Unknown berkata...

teringat ketika2 sekolah dulu.. waktu sukan paling meriah

Arina Shamsul berkata...

tahniah buat semua :)

Mrs Velentine berkata...

tahniah cikgu..

Nyue berkata...

wahhh...best je aktivinya...sabah tuuu

Kamsiah yusoff berkata...

cikgu..th ni sukan diadakan bulan jun...agak lewat dari th2 lepas,kan...biasanya awal tahun..

Reena Sidek berkata...

Tahniah kepada warga sekolah etuza...

Miss N™ berkata...

tahniah kepada kumpulan helang..
moga terus gah lagi terbang di awan biru..!

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum uncle..maaf sudah lama tidak berkunjung kesini :)

Agak lama juga saya tak mendengar perkataan banjaran Crocker tu..kali terakhir, zmn sekolah rasanya,huhuhu.

Tahniah cikgu, dalam sibuk mendidik anak bangsa, masih sempat berkongsi rasa gembira dgn kami semua..

Semoga anak2 murid cikgu nmpk kesungguhan pendidik mereka dalam memastikan kecemerlangn ank bngsa.. ^_^

9n0L4 berkata...

sekolah saye punye sukan, ditangguhkan lps upsr. ;)

Masha Meisters berkata...

hehe...bestnyer...tahniah pasukan helang...pasti mencengkam dan terbang tinggi lagi tahun depan ye :)

Solehah Shamsuddin berkata...

Cikgu,dh lama solehah xdtg sini.anyways,smoga cikgu sntiasa ceria dan tabah ketika mnjadi cikgu.smoga pengorbanan cikgu berbaloi :)

lelamaisara berkata...

oh...rupenye sedang sibuk bersukan...:)

Unknown berkata...

terima kasih kerana masih datang membuat pembacaan di blog Pesona