Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 4 Julai 2012

Sesuatu yang tidak disengajakan & Uniknya bunga baru di laman etuza

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


      Tidak pernah terniat hendak membunuh apa saja haiwan atau serangga yang tidak bersalah di halaman tempat tinggal etuza, dan apa yang berlaku apabila ada serangga atau haiwan yang terbunuh adalah tanpa sengeja dan diluar jangkaan etuza. Hanya dapat menyatakan tidak sengeja dan memang tidak pernah ada niat hendak membunuh. Apakan daya, berlaku juga sesuatu yang tidak disengajakan. Iaitu tiga ekor anak burung pipit ini akhirnya mati di laman etuza. Dan bukan sengeja hal ini berlaku.


      Untuk pengetahuan semua yang berkunjung di Pesona Blog ini, inilah sarang burung pipit yang etuza nampak jatuh dari atas pokok ditiup angin lalu jatuh ke tanah. Etuza ingat tiada anak burung dalam sarang ini dan hendak mengambil dan bakar sarang ini kerana menyemak halaman rumah etuza. Mujurlah etuza cuba melihat ke dalam sarang, rupanya ada 3 ekor anak burung yang masih hidup dan sihat kelihatannya. 3 orang anak etuza yang masih di sekolah rendah berlari menerpa etuza dengan penuh rasa gembira sambil memegang anak-anak burung pipit tersebut.  Etuza mula memikirkan untuk mengembalikan sarang tersebut ke tempat asal dengan harapan ibu anak burung pipit ini datang memberikan makanan kepada anak-anaknya. Niat itu terlaksana tetapi etuza letakkan sarang burung itu di atas pokok bunga yang berdaun rimbun di bawah pokok mangga di hadapan laman etuza. Kejadian ini berlaku jam 9.00 pagi pada ahad lalu, kemudian etuza datang melihat sarang burung ini pada jam 2.00 petang, tetapi amat terkejut kerana 3 ekor anak burung pipit ini telah mati kelaparan. Sekali lagi etuza nyatakan tiada niat membunuh.


          Uniknya bunga baru etuza ini, berbungga kuning kemudian daripada rimbunan dedaunnya akan ada satu daun berdekatan dengan kelopak bunga itu  berwarna kuning seperti dalam gambar. Benih bunga ini baru etuza beli dengan harga RM 2.50 sen. Uniknya bunga ini, nampak keajaiban kuasaNya. Etuza beranggapan bahawa tidak diciptakan sesuatu itu dengan tiada tujuan tetapi ada kegunaannya kepada makhluk lain. Seperti kita manusia yang akan terhibur melihat keindahan bunga-bungaan dan alam semulajadi.

Kepada kawan2 blogger adakah yang nak komen?

Unik di laman etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

10 Pesona Kata Hati Mereka: