Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 24 Jun 2011

Stadium Hoki Kompleks Keningau 2011



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Mewahnya stadium Hoki di Kompleks Keningau yang belum berapa sempurna secara keseluruhannya penyiapan tahun 2011. Ekoran dari sukan SAGA iaitu Keningau sebagai tuan rumah telah diberikan royalti jutaan ringgit pembinaan stadium hoki  yang sungguh mewah ini.

Selaku peminat sukan hoki, gelanggang seperti ini amat-amat dibanggakan dan pasti impak dari terbinanya stadium hoki ini, pastinya atlit-atlit atau penggemar sukan hoki akan merasa begitu bersemangat beraksi di stadium ini setiap petang atau setiap hari.

Selang 14 minit lebih kurang masa itu, stadium ini akan di basahkan dengan pancutan air yang disembur ke seluruh gelanggang jika ada permainan berlangsung. Nampak percikan air menyegarkan alas stadium bak permaidani hijau. Terpesona melihat suasana semasa air dari tiap penjuru.

Difahamkan bahawa pengguna pertama stadium ini ialah para atlit dari pelusuk Sabah sempena sukan SAGA baru - baru ini. Dan julung kalinya kejohanan hoki peringkat Zon Pegalan, Keningau pada 22hb Jun dan 23hb Jun 2011 telah menggunakan stadium ini sebagai tempat kejohanan hoki tersebut. Ini bermakna para atlit hoki dari Zon Pegalan yang dianjurkan oleh SK. Penagatan, Keningau merupakan perintis kedua yang berjaya menggunakan stadium ini. Syabas SK. Penagatan, Keningau.





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

Adie Achim berkata...

Wah hebatnya! bangga dengan Keningau!

Unknown berkata...

Ya kami bangga..kena bersyukur..kepada yang esa..