السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap daripada kita perlu menjaga kesihatan diri, mental dan fizikal. Tugas menjaga kesihatan ini amat dituntut oleh agama kita. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa semua kita punya cara tersendiri untuk mengekalkan kesihatan. Dan paling asas menjaga kesihatan ialah dengan cara memakan makanan seimbang.
Katalah kita sakit-sakit badan, pening dan muntah serta pelbagai hal penyakit, sudah pasti kita tidak berjaya melakukan apa sahaja kerja dengan sempurna. Semua yang kita lakukan akan tertangguh hingga kekadang kita akan merasa lebih lagi tekanan dalam kehidupan hanya kerana apabila kita sakit menderita.
Marilah menjaga kesihatan dengan amalkan gaya hidup yang sihat. Menjauhkan amalan-amalan yang memudaratkan kesihatan. Fikirkan perkara-perkara yang baik dan yang mendatangkan kebaikan dalam kehidupan kita. Ini bererti ada hubungkait kesihatan pemikiran dengan tubuh badan kita. Perkara yang akan dilarang oleh agama kita, marilah jauhinya kerana apabila kita kaya dengan iman dan keyakinan kepada sang pencipta pasti kita akan mendapat hidayah dan petunjuk.
Terlalu banyak perkara yang kita boleh hadapi apabila tubuh badan kita sihat. Seperti menunaikan solat serta apa sahaja yang perlu kita lakukan. Jika kita punyai tubuh badan yang sihat kita akan mampu menjayakan hasrat ibubapa dan impian kita. Mampu mengorak langkah menimba ilmu setinggi mana kehendak kita, boleh apa sahaja asalkan tidak mendatangkan kesan buruk kepada diri, masyarakat bangsa dan agama. Allah memang sangat menggesa hambaNya menjaga kesihatan. Untuk tujuan kesihatan kita boleh menjana kesihatan dengan cara apa sahaja menerusi pengalaman dan pemerhatian lalu aplikasikan aktiviti itu secara rutin agar tubuh badan kita sentiasa sihat dan segar.
Oleh itu tunggu apa lagi ramai-ramai kita menjaga kesihatan, mempastikan sentiasa selamat dari perkara yang merosakkan kesihatan kita.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan