Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 20 Jun 2011

Setiap insan ada kebijaksanaannya sendiri..kita usah perlekehkan wibawa mereka..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Selagi hidup, selagi bernyawa dan selagi ada daya upaya selagi itu kita akan berdepan dengan kehidupan yang bagaikan mendesak kita untuk mencipta kelainan dalam irama hidup kita, yakni keinginan untuk berjaya dan mengotakan semua impian. Mendepani situasi kehidupan hari ini kita samalah  berhadapan dengan seribu kemungkian rasa kehidupan yang akan kita alami.

Dalam lingkungan maya hidup ini,semua kita tidak terkecuali, malah sukar untuk melepaskan diri, kerana realiti kehidupan yang kita lalui ini kadang ada pasang surut bak laut yang ada kala bergelora dan tenang tanpa ombak menghempas pantai. 

Dalam ruang kali ini, saya terpanggil membuat entry baru dalam laman sesawang saya EWWK berkaitan dengan tajuk di atas. Benarlah kata orang bahawa tak kenal maka tak cinta. Dulu mantan murid kini bagaikan sahabat atau kawan. Yang paling menarik ialah orang ini mampu menyalurkan hikmah atau kata-kata  luar biasa menerusi laman mayanya.Ya bukan sebenarnya himpunan kata-katanya itu ditujukan kepada individu secara khusus tetapi disampaikan secara umum. Bagaimana pun jika dikalangan kita berfikir secara positif informasi itu bagaikan amat berguna untuk dihayati dan di guna pakai, kerana selama ini saya sendiri tidak terfikir sejauh itu.

Inilah gunanya ada kawan yang cuba mengingatkan, sejujurnya dikatakan bahwa yang dahulu lahir itu lebih dulu makan garam berbanding yang baru lahir atau muda belia. Tetapi amat salah jika kita anggap yang muda itu jika memberi nasihat yang berumur tua seperti saya tidak mengindahkannya. Tindakan seumpama itu mat salah sekali. Percayalah bahawa kadang-kadang ada perkara lain dan bab lain yang kita alpa dan tidak terjangkau di dalam fikiran, tetapi mereka terfikir dan saluran memberitahu adalah secara maya. Tindakan seperti itu amat bijak dan berpedoman bagi saya. Syabas dan tahniah kepada golongan muda remaja yang mampu berfikir jauh dek kerana memberitahu sesuatu yang memang ada tetapi kita tidak tahu selama ini.

Sebab itu, hakikat kehidupan manusia itu harus dipegang bahawa dikatakan setiap individu itu pasti ada kelebihannya sendiri. Justru usah memandang rendah kepada mereka hanya kerana kita hipokrit dengan darjat dan pangkat kita, hanya kerana ego pada umur tua kita dan menyombong dengan kekukuhan kewangan berbanding mereka. Percayalah bahawa masih ada kelemahan kita, masih ada yang perlu diperbetulkan dan selayaknya kita golongan berumur tinggi ini tidak boleh dengan mudahnya memperlekehkan peranan dan kata-kata nasihat dari golongan remaja muda belia. 

Terima kasih dan kalau sudi memberilah lagi info-info yang menarik dan bermanfaat. Syukran alhamdulillah..


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

5 Pesona Kata Hati Mereka:

cik_sna berkata...

"Justru usah memandang rendah kepada mereka hanya kerana kita hipokrit dengan darjat dan pangkat kita, hanya kerana ego pada umur tua kita"
agree!. terlalu banyak kelamahan diri ini.
blogwalking di pagi hari =)

Unknown berkata...

Kadang2 perlu org muda memberitahu mana2 hal yg kita dah berumur tidak tahu. Bermakna adalah lebih bererti kehidupan ini jika kita saling menerima sesuatu yang baik secara positif..alhmdulilah..terima kasih memberi sokongan ya cik -sna.

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
pekab0 pakcik? =)
tajuknya saja pun dah tepat, apalagi ulasannya..setuju sangat..
aku atau dia, masing-masing perlu bersama..mencari bahgia =)

Unknown berkata...

Wasalm..azrai..
alhamdulillah..manusia ni dalam bab bermasyarakat saling memerlukan. maka yang muda usah ragu menegur sesetengah yd dewasa..saluran info masa kini sangat luas, melalui laman pun boleh kita baca..manfaatkan mana yg baik..tq ya

Tanpa Nama berkata...

Ebook tutorial Ebook tutorial Read books tutorials