السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1. Kasih sayang.
Dinyatakan bahawa kanak-kanak suka dibelai dan dimanja. Situasi itu memang tiada siapa menyangkal. Sedang ketika dalam kandungan siibu lagi bayi itu sudah memerlukan kasih sayang ibu dengan membelai perutnya ketika mengandungkan anaknya. Menurut motivasi secara mendalam bahawa ungkapan ayah kepada anak " ayah sayang adik" kepada anaknya sudah pasti hubungan lebih erat akan terjalin yang akan memberi kesan kepada kestabilan emosi anak-anak. Kasih sayang harus adil dan tidak membezakan dengan jentina anak, kerana potensi anak-anak itu adalah sama sahaja. Mereka adalah anugerah yang perlu di beri kasih sayang oleh ayah dan ibu.
2. Pendidikan kewangan
Kajian mendapati bahawa ayah yang baik adalah mahir dari segi pengurusan kewangan. Ini kerana penyediaan keperluan untuk perkembangan anak ini disediakan dengan baik termasuk pembelajaran, pemakanan dan kebajikannya. Maka tidak hairan jika ramai dikalangan glongan ayah yang sanggup kerja keras untuk menjana kewangan demi melaksanakan tanggungjawab kepada anak-anak dari segi keperluan wang sebagai material yang menyokong masa depan anak-anak. Adakah kita tergolong sebagai ayah yang seaktif ini. tanyalah pada diri sendiri. Atau adakah kita terlalu berkira dengan anak hingga tidak sanggup menggadaikan sedikit kewangan demi anak, demi keperluannya dan demi hak anak. Semoga kita golongan ayah tidak termasuk dalam lingkungan ini, bahaya.
3. Sokongan emosi.
Kanak-kanak memerlukan keseimbangan emosi daripada ibubapanya. Seorang ayah yang aktif akan mendengar dan memberi sokongan kepada anaknya tentang kegembiraan, kesedihan, ketakutan dan kekecewaan. Ayah yang aktif akan mencuba menggembirakan anak-anak dengan pelbagai cara secara positif. Anak merasa dihargai dan di sokong apabila tiap aduan anak untuk mendapatkan perhatian seorang ayah. Biasanya ayah harus bijak dalam membuat situasi agar semua anak-anak merasa diberi perhatian secara saksama. Kadangkala situasi akan berlaku tegang apabila anak-anak lelaki dan perempuan bergaduh dan saling ingin menang untuk mendapatkan satu benda. Peranan ayah sangat diperlukan dalam menjadikan jiwa anak-anak stabil dan salah satu dari anak tersebut harus belajar membuang ego lalu mengalah. Di sinilah letak kewibawaan seorang ayah. Adakah kita mempunyai kombinasi tiga situasi ini.
Fikir dan jadilah seorang ayah yang aktif dan berpandangan jauh bahawa anak itu adalah amanahNya dan anugerah yang benar-benar luar biasa dari yang esa.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan