Ceramah & Bengkel iQPSS
di Pusat Kegiatan Guru Keningau, Sabah
iQPSS dalam ceramah yang disampaikan oleh Encik Irwan adalah satu sistem secara online untuk membantu guru-guru Pusat Sumber Sekolah mengenalpasti mana-mana item yang diperuntukkan seperti data-data penting sesebuah Pusat Sumber. Sistem atas talian ini merupakan anjakan pengurusan pentadbiran Pusat Sumber yang dipertingkatkan agar apa sahaja maklumat penting pengurusan sesebuah Pusat Sumber dapat dihantar ke pihak atasan dengan cepat dan pantas.
Encik Irwan juga mengatakan bahawa selain Iqpss, i Nilam juga seiring dalam sistem ini, bermakna tiada lagi masalah sepatutnya timbul dalam penghantaran data NILAM pada masa akan datang. Untuk data Pusat Sumber dan sebarang program peningkatan kualiti Pusat Sumber untuk tahun 2012 tarikh tutup pengisian data di atas talian ialah pada 1hb April 2013. En. Irwan menegaskan agar Pusat Sumber yang masih di zon MERAH bertindak cepat selepas ceramah dan bengkel ini.
Pn. Jamilah Padli ( Timbalan Pegawai Pelajaran daerah Keningau) yang datang merasmikan bengkel dan ceramah itu meminta agar guru-guru sumber jangan matikan nadi di sekolah, kerana katanya Pusat Sumber itu adalah nadi bagi sesebuah sekolah. Fikirkan pelbagai program yang menjurus kepada aktiviti -aktiviti murid dan guru yang dapat membantu meningkatkan prestasi akademik sekolah khasnya UPSR tahnun 6. Timbalan Pegawai pelajaran juga mencadangkan program yang boleh dibuat di Pusat Sumber seperti membuat sudut sejarah, sudut budaya dan sebagainya. Kelihatannya semua peserta menumpukan perhatian semasa sesi ucapan perasmian oleh Pn. Jamilah Padli.
Ceramah dan bengkel berakhir hingga ke petang. Makan tengahari juga disediakan dan memang banyak info yang diberi maka sebagai guru Pusat Sumber seperti saya, harus memikirkan yang terbaik untuk Pusat Sumber sekolah saya. Terima kasih para pegawai BTP/ PKG Keningau yang memberikan ceramah.
Untuk kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih kepada En. Irwan dan En. Mustafah yang berjaya menyampaikan ceramah dan bengkel IQPSS dan iNILAM. Klik gambar untuk lebih besar! Terima kasih.
6 Pesona Kata Hati Mereka:
alhamdulillah..bermanfaat ilmu yg ditimba...deqla zaman skolah suka ke pusat sumber.. tiba2 rindu pulak zaman skolah...sobs..
Salam Etuza,
memandangkan akak ni bukan seorang guru, jadi tak faham sangatlah apa yang Etuza catatkan dalam N3 kali ni.
Apa pun semoga apa yang dirancangan berjalan dengan lancar.
selamat petang cikgu. selamat beristirehat bersama keluarga :)
oh cikgu ni cikgu pusat sumber...MV keja library..
teringin lak nk hndle kem mcm ni..hehe
alhamdulillah...akhirnya bro dapat jugak ilmu dari penceramah tersebut dan secara tak langsung kiteorg tumpang memahaminya....
Catat Ulasan