Karnival NILAM masih berlangsung hari ini
dengan slot RESENSI BUKU yang diceramahkan oleh
Pegawai BTP Cik Rasmina Emin yang bertempat
di Bilik Gerakan SMK Agama Mohammad Ali Ranau
yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Saya mengambil kesempatan mengudated entry blog
kerana dalam bilik gerakan ini ada meja dan ada
capaian internet.
Ini ialah teman-teman guru pengiring yang mengiring peserta
dari sekolah masing-masing. Masa ini kami bersama rombongan
Karnival Nilam membuat lawatan di SABAH TEA di Daerah
Ranau, pada 20hb Mac 2013.
Guru-guru pengiring dari Zon Sandakan, Sabah
berbaju merah yang sangat mempersona.
Terima kasih kepada Cg Desmond,Cg Linda
Cg Sabariah dan Cg Ng kerana sudi
Cg Sabariah dan Cg Ng kerana sudi
bergambar dengan saya ..
Ini pula ialah gambar saya bersama dengan teman
sebelajar dahulu di UMS iaitu Cg Asman.
Dia orang Ranau dan kini telah dinaikkan pangkat
menjawat jawatan di Pejabat Pelajaran Daerah Ranau,
Cg Asman sudah naik pangkat berjawatan..
tetapi saya tetap pula guru biasa..
apapun saya bersyukur pada tugas saya
sekarang. Tahniah kepada Cg. Asman..
Kami berjumpa semasa pernilaian Pemilihan
Tokoh NILAM pada 19hb Mac 2013
di Pusat Sumber SMK Agama Ranau, Sabah.
12 Pesona Kata Hati Mereka:
sambil menyelam sambil minum air cikgu...ada masa terluang,boleh berinternet..:)
wah jejak kasih & menambah kenalan..sambil jadi pengiring kan
seronokkan dapat berkumpul ramai2 mcm ni..
oh cikgu belajar di UMS dulu ye. sepupu solehah da je belajar kt sne. tp rasanya cikgu xknl kot, dy kira junior cikgu la
wah asyik, maa cik gu jarang berkunjung karena sedang sibuk
kiranya skali dgn jejak kasih la ni
Memang seronok jumpa kawan2 lama, berkongsi nostalgia silam bersama...
Wah!! seronok dapat jumpa ya cikgu....hehehe
Btl....jejak kasih ini..kikikiki.
Mesti byk cerita tentang life sekarang dan imbas kembali zaman belajar..
Assalammualaikum uncle.. :)
Alhamdulillah untuk kawan UMS uncle yg naik pangkat tu.. takpa, rezeki uncle dtg menyusul di masa akan dtg..kita taktahu kan perancanganNya.. :)
lawalawa cekgu kat sane ye. putih je kulit. ;)
seronoknya dapat bertemu sahabat lama dan baru.....
Catat Ulasan