Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 27 September 2012

Sifat Amanah Membawa Kejayaan Dan Bahagia


Sejak zaman remajanya lagi Nabi Muhammad SAW. telah terkenal di kalangan masyarakt Mekah sebagai seorang yang berbudipekerti luhur. Budi bahasanya yang baik, tingkah lakunya yang sopan, prinsip hidupnya yang suka menolong orang dan kesungguhanya melaksanakan sesuatu urusan dengan penuh tanggungjawab menjadikan baginda disayangi dan dipercayai oleh seluruh masyarakat.

Sifat istemewa yang dimiliki oleh rasulullah SAW. tersebut mendorong masyarakat Mekah memberi gelaran "AL-Amin" ( orang yang beramanah) kepadanya senagai melambangkan tanda penghormatan serta penghargaan masyarakat terhadap nilai akhlaknya yang begitu tinggi lagi mulia. Kemuliaan akhlak baginda turut terakam di dalam al-quran seperti mana yang terkandung pada ayat 4 surah al - quran, yang antara lain maksudnya :-

"sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) memiliki akhlak yang mulia"

Dengan itu Allah menganjurkan kita semua supaya menteladani keseluruhan hidup Rasulullah SAW. Hikmahnya adalah untuk menjadikan kita umat yang berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat. Salah satu sifat baginda yang wajar kita contohi dalam mencapai matlamat berkenaan adalah sifat AMANAH, di mana sifat ini sangat bernilai dalam hidup kita. dan di dalam sifat amanah terdukung makna JUJUR, IKHLAS, DEDIKASI dan BERTANGGUNGJAWB. Wallahualam.

Tazkirah agama
etuza larut malam.

Gambar di atas Flight MAS yang lalu.
Pengalaman naik pertama kali MAS.
Syukran kepadaNya..

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

19 Pesona Kata Hati Mereka:

Muttallif berkata...

Sangat Betul Etuza. Amanah Adalah Salah satu sifat asas yang melahirkan sifat-sifat terpuji yang lain. Dari amanah datang Ikhlas, dari Amanah datang sabar, dari amanah datang kerja keras dan banyak lagi.

ejulz berkata...

Insyaallah..

Mrs Velentine berkata...

nice entry cikgu...tq atas perkongsian

Unknown berkata...

nice entri cikgu.. sy tgh tekun menyiapkan keje yg diamanahkan ni..insyaAllah.. sama2 kita memperolehi rezeki yg berkat..kalo tak amanah, susah org nak percaya kita lagi. rasul kita adalah contoh terbaik utk kita..

lelamaisara berkata...

Rasulullah SAW memang contoh teladan yag paling baik..:)

Kancil 8349 berkata...

betul tu...rezeki akan bertambah jika kita amanah

Kamsiah yusoff berkata...

cikgu...saya suka naik flight malam...nampak bintang2..cantik sgt..

Miss N™ berkata...

betul..tak kiralah apapun terjadi.. amanah tetap amanah.. teladanilah rasul kita...

Unknown berkata...

to kamsiah , rasanya dapat saya bayangkan keindahan suasana malam kat udara

JR berkata...

Alangkah baiknya jika semua rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup beramanah. Tidaklah seperti sekarang, rasuah berleluasa di negara ini kerana ramai yang tak amanah. Ranking Malaysia sebagai antara negara paling tinggi rasuah di dunia juga sangat memalukan. Segalanya kerana kita kurang amanah!!

~Cik Sweety~ berkata...

Insyaallah cikgu..

Tapi foto cikgu tu yg paling manangg.. hehehhe

Sheila Adziz berkata...

er... betul tu... insyaAllah... semoga kita sentiasa mengikut perbadi rasulullah...

caliph shuriken berkata...

org yg benar2 amanah sukar nk jumpa skrg ni...

Saya Disini berkata...

Insyaallah

Arina Shamsul berkata...

RASULULLAH S.A.W ikutan terbaik :)

moga kita tergolong diantara umat nabi yang amanah ..amin~

Cendol berkata...

semoga kite semua bersifat dgn sifat amanah.setiap org ada amanah yg mesti djlnkan.

ewanthology berkata...

sama sama lah kita mencuba mengikut sifat Rasulullah. kalau tak bleh semua, skit2 pun okey..

Cik Ai berkata...

amanah dlm segala hal..tu yg penting yg.moga kita semua sama2 berusaha ke arah itu :)

9n0L4 berkata...

saye pun pertama kali naik flite MAS akhir tahun lps. ;)