Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 28 September 2012

Antara yang menarik di Daerahku



     Masih segara rasanya dalam ingatan bahawa pada 11hb Sept hingga 13hb Sept 2012 serentak seluruh Negara Malaysia murid tahun 6 tiap sekolah menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2012. Pada 11hb Sept 2012  tulah etuza rancang diadakan Projek Melawat Sambil Belajar bagi pengawas Pusat Sumber sekolah etuza melawat ke Pusat Stesen Pembiakan Ternakan Haiwan Keningau yang bertempat di jalan Jabatan Hendry Gerny.

Kertas kerja dah siap, peruntukan dah ada green light. Maka kesempatan membawa pengawas PSS dari tahun 2, 3, 4 dan 5 bertolak ke pusat lawatan seawal 7.30 pagi. sebelum bertolak Cg Rosdi Rusiman membaca kan doa sebaik Cg. Nasrul Hakim memberi taklimat disiplin. Sementara Cg. Bryan Midir dimandatkan sebagai jurugambar di aktiviti menarik ini.

Kelihatan semua pengawas yang terlibat dan guru2 amat seronok menyertai lawatan sambil belajar, hampir kesemua pengawas yang mengikuti mengatakan bahawa inilah "First" time mereka masuk ke kawasan pembiakan ini. Biasanya mereka melalui jalan ini bila menuju ke Daerah Sook dan Nabawan serta hanya melihat dari jauh binatang ternakan di kawasan ini.

Pelbagai haiwan yang ada di sini iaitu rusa, itik, angsa, burung dodo, kambing serta lembu. Kata salah seorang pegawai yang bertugas boleh kaya jika 
jual susu segar lembu ni. Satu tong biasanya dianggarkan RM 80.00, maka jika 10 tong sehari bukankah sudah dapat RM 800 dalam tangan. Kalau 10 hari dengan jualan 10 tong cuba darabkan dengan RM 800. Hebatkan. Pegawai tu kata lagi dah kaya raya penternak lembu yang setiap hari jual susu segar ke stesen pembiakan ternakan ini. Info yang paling best ialah ladang lembu tenusu En. Yap di daerah Keningau juga telah dinobatkan sebagai Ladang Lembu terbesar di Malaysia dan telahpun di perakukan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak sempena lawatan menteri di Keningau pada pesta keamatan yang berpusat di Keningau baru-baru ini.

Kepada murid atau pelajar di daerah Keningau dan di mana-mana, kenapa tak melawat tempat menarik ini?. Kadang2 tempat sendiri pun kita tidak tahu daya tarikannya apa, inilah masanya nak melawat sekitar keningau. Dan salah satu yang menarik ialah Stesen Pembiakan Ternakan Keningau ini.



Panorama alam
Pesona etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

Chic Na berkata...

masa sekolah dulu seronok sgt kalau dpt ikut lawatan sekolah. :)

Kamsiah yusoff berkata...

salam
itu harga susu lembu...daging lembu pula bagaimana cikgu...

kat temapt anak sedara saya di Miri..daging lembu mencecah harga rm40-60 1kg...daging rusa pulak murah harganya...dia kata kalau sapa yg ada membela lembu..bagaikan memiliki mereta merc hehe

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

Alhamdulillah. Rezeki penjual susu tu

~Cik Sweety~ berkata...

wow..kena pergi sana cuti nanti ne cikgu.. saya suka pergi ke tampat2 mcm ne.. zoo lok kawi cikgu sudah pergi..di sana pun macam2 ada..heheee

Ayuni berkata...

nk sgt gi Sabah....

Zieka berkata...

meriahnya blog hubby ni..teruskan usaha murni. berkongsi apa yg baik..

Bapak berkata...

biasanya yang dekat dengan kita, tu yang jarang pergi melawat..hehehhe

Unknown berkata...

to kamsiah, biasa saya beli daging lembu kurang sekilo around RM 14 - RM 20. mahal jg kat sini. Daging rusa setakat ni beli sup ja yg dah masak RM 5.00 macam tu, sup kosong saja, kadang ada isi daging rusa.kadang x ada isi.

Cik Ai berkata...

wah..mcm tu mmg kaya lah kan suma penternak lembu skrg :)

THE AUTHOR berkata...

Lawatan sambil belajar...best

9n0L4 berkata...

susu kambing cmne pulak ye cekgu? sunnah nabi tu. ;)