Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 30 September 2012

Ingatan ini bukti rindu kami


Baca tentang bajet 2013 klik blog MyAdha
Iqra ~ bacalan nescaya kita akan tahu.



     Anak itu anugerah dariNya, merupakan amanah yang perlu dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Sejak dalam kandungan siibu sudah ada resah dalam sanubari. " Syukran ya Allah aku bakal menjadi seorang ayah, akan ada insan panggil aku ayah tak lama lagi, lelaki kah atau perempuan kah anakku ini, ya Allah bila dia lahir sihatkan dia dan perelokkan sifatnya. Amin" Inilah kata dan doa dalam hati kala mengetahui isteri menunjukkan tanda pra kehamilan dan merupakan kandungan pertama yakni juga anak pertama pada suami isteri.

Riuhnya bila anak-anak menangis, tertawa dan berlari kejar2an di ruang rumah. Almaklumlah masih kecil semuanya. Bila dan besar sekolah tinggi-tinggi dan berjaya memasuki Universiti aduhai sunyinya suasana rumah. Masing-masing dengan karenah sendiri, macam-macam gaya diperlihatkan. Ayah dan ibu tiap detik tak pernah kering bibir mengucapkan doa kepada ilahi. 

Jauh sebenarnya .....tetapi teramat dekat dalam ingatan terpahat dihati senyummu dan wajahmu. Mesir tu jauh sungguh, Universiti Al Azhar tempat dia menimba ilmu. Ilmu dalam bidang yang memang dia impikan selama ini. Bila ayah meletakkan harapan agar kerjaya ayah perlu diwarisi, kerana mendidik itu mulia, suci murni. Rupanya tak sama dengan citarasa anak. Anak mahukan cita-cita lain, bukan dalam kerjaya ayah, tetapi dalam bidang perubatan itu kemahuannya. Ayah nak kata apa selain beri dia peluang, beri dia kebebasan memilih apa yang terbaik baginya, apabila baik niatnya ayah dan ibu akan memberi sokongan apa sahaja termasuk kewangan dan sebagainya.

Sungguh ingatan kepada anak dikejauhan ini tak pernah ada hentinya, selagi ada nafas berhembus segar ditiap detik sebaik sedar dari lena. Ingatan kepadamu selalu ada. Kala ingat padamu, doa dikirim diangin lalu. Ya Allah sampaikan padanya agar kami tenang dan dia sejahtera di negara para ambia ini. Tunaikan hajatnya datang memijak di BumiMu di Bumi para ambia. 

Ingatan ini tulus murni dan ikhlas serta bukti kami mengharapkan ada khabar darimu wahai anak. Khabar dalam bentuk apa sahaja, dengan menggunakan kecanggihan teknologi zaman kini, kita boleh bersua muka, berbicara biarpun seketika cuma. Akan terubat rindu kami, tetapi sebaik putus bicara kata ingatan ini kembali mengisi ruang hati. Kami rindu melihatmu bersama kawan-kawanmu di negara ambia, subahanallah akan tenang jiwa kami, akan kami tatap sebagai tanda kami amat menyayangimu. Sesungguhnya inilah takdirmu, inilah kudratmu bahawa kau terpilih memijak di Bumi ambia dan Dia lah yakni Allah yang maha besar mengurniakan impianmu tercapai hingga kini kau berada di Bumi Mesir. Semoga kau tabah dalam mengharungi cabaran berada di sana dan gembira serta selesa bersama kawan-kawan sebilikmu.Ayah dan ibu akan selalu mendoakan kesejahteraanmu.

" Maha suci Tuhanku yang maha tinggi dan segala puji bagiNya"


melihat gambar2 indah masjid ini
menyantap rohani bagaikan 
mendapat sinar cahaya iman.
Kliklah tak rugi.

Simponi ingatan
etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

6 Pesona Kata Hati Mereka:

Cendol berkata...

salam,
anak cikgu nama perempuan ke?nama ape?ehehe nak kwn ngan dia . cendol pun di u al azhar,cairo . amik perubatan jgk.

~Cik Sweety~ berkata...

Syahdunya cikgu.. anak cikgu belajar di mesir ya?? moga ank cikgu tabah belajar di tempat orang dan berjaya menamatkan pelajarannya disana..

Aimacomel berkata...

ibubapa sayangkan anak2.. mesti rindu kan terpisah jauh. semoga anak tu berjaya dgn cemerlang insyaAllah..
~singgah follow ini

Unknown berkata...

Cendol n sh..syukran dia dah update blog dia. terubat rindu kat dia. Medic bidang pergigian dan pembedahan dia ditawarkan tu.

Solehah Shamsuddin berkata...

Semoga anak cikgu dapat jaga diri elok2 kat sana. Belajar rajin2 supaya dapat kejar segala cita2 yang diimpikan

9n0L4 berkata...

bidang medic pun bagus kan cekgu. nnt dah abis blajar, boleh rwt cekgu sekeluarga. ;)