Inilah antara gambar yang diupload oleh anak
etuza di Bumi Mesir. Memang banyaak beza di
Bumi Malaysia yang kaya dengan kehijauan
yang saujana.
8 orang, mana satu orang Sarawak ni?
Harap semua sentiasa bekerjasama ya, bantu
membantu dan saling menyayangi sebagai
hamba Allah dan Umat Nabi Muhammad SAW.
Nampak happy dan tenang saja kalian di
sana, tahniah kerana sudah mulai kuliah,
lecter in BI harap2 dapat difahami ya.
Ingat pesan mak ayah, berbuat baiklah dengan
semua kawan2 bibah ya, usah perlihatkan
kalibat atau sikap yang menyinggung hati
kawan2 sebilik dan sekuliah juga seuniversiti.
Ayah dan mak serta adik2 akan selalu mendoakan
agar bibah beroleh keberkatan dan dilindungi
oleh Allah di Bumi Mesir. Begitu juga halnya
dengan semua kawan2 bibah di Universiti Al
Azhar. Semoga semuanya mampu menghadapi
cabaran hidup sebagai pelajar di Mesir.
Saya percaya dan yakin sangat ini pilihan
kamu semua. Ini keputusan muktamad kamu
demi mengejar cita2 agar suatu masa
akan menjadi orang yang berguna
di Dunia dan di Akhirat.
Salam sayang dari kami.
Berita ukuhuwa
dari Mesir
Bumi Ambia.
15 Pesona Kata Hati Mereka:
assalam uncle.... cemburu melihat kejayaan anak2 uncle..... anyway semoga anak2 uncle menjadi anak2 yang soleh dan solehah....
wasalam alimaz, tq masih ingat uncle. Tiap anak itu ada rezekinya sendiri. yakinlah bahawa pasti Allah memelihara anak kita semua.
Jauh belajar.....semoga semuanya sukses dan diberkati Allah
Alhamdulillah...semoga cita2 anak kita menjadi kenyataan..
salam
berbahagianya menjadi ibubapa yg punya anak2 yg menyejukkan mata dan jiwa...
tahniah utk sweet heart...
bestnya dapat pergi ke Mesir. Solehah terpaksa tolak semua twaran sebab kesempitan duit. Belajar elok2 ye pada sapa2 yang dapat sambung belajar ke luar negara
Alhamdulillah semuanya elok ja kat sana..M tumpang seronok tengok anak cikgu dapat study kat sana...moga dia dapat study ngan baik dan capai impian dia kat sana...
gembira berbaur risau bila melihat anak2 melanjutkan pelajaran di negara orang ni kan cikgu.
tapi marilah kita sama2 doakan keselamatan dan kejayaan mereka di sana.
semoga saja mereka baik2 disana dan pulang dengan kejayaan yang diimpikan..amin~
Good luck n semoga segala urusan anak kpd saudara etuza dipermudahkan
bertuahnya cikgu punya ank2 yg membanggakan mcm ni.. tahniah ya cikgu...
alhamdulillah..semuanya dalamm keadaan baik2 belaka. jgn risau cikgu, insyaALLAH.anakda cikgu pandai jga diri di sana... dia pasti ingt setiap pesan yg cikgu dan isteri titipkan..
gunakan teknologi yg ada untuk sentiasa pantau anakda cikgu dari masa ke semasa ye..
moga ank cikgu kan berjaya dunia dan akhirat....amiiinn...tahniah buat cikgu juga.
terbaik...semoga menjadi insan yang berguna untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat
wahhhhh. anak cekgu kat sane ye. untungggg cekgu. moge die berjaya. ;)
semoga anak cekgu berjaya di dunia dan akhirat..=)
Catat Ulasan