Kuih muih & Puding air tangan etuza
pembuka selera berbuka puasa
di bulan Syawal..
Zahirkan niat & dailog kami
( hari isnin minggu ke 2 bulan syawal 2012 )
Etuza : Asalamualaikum Nasrul..
Nasrul : Walaikumsalam ( hulur tangan bersalaman )
Etuza : Nanti jam 10.20 pagi hari ini ada open house di Pusat Sumber ya, datanglah kita meriahkan bersama semua pengawas2 Pusat Sumber.
Nasrul : Terima kasih sajalah, saya puasa 6 baru nak mula ni. ( minggu ke 2 bulan syawal )
Etuza : Oh ya kah ..kalau macam tu, boleh bah tapau saja, ambil juadah mana2 untuk berbuka petang nanti. Saya belum mula lagi ni puasa syawal..nak tunaikan janji dengan murid ( pengawas PSS ) mereka nak ajak saya buat raya di Pusat Sumber sekolah.
Nasrul : Rugi tidak puasa 6 di bulan Syawal ni, kan 6 hari sahaja dan imbalan pahala yang Allah bagi kepada orang Islam yang berpuasa tu lebih kurang setahun ibadat kita. Apa sebab dan alasan tak puasa!.
Etuza : Betul tu Nas!..benar2 rugi. Puasa 6 Syawal ni pelengkap kepada puasa Ramdhan kita, yakni kita dicabar berpuasa 6 Syawal ketika ramai orang bersuka ria berhari raya. Raya kan sebulan...siapa yang berpuasa tu insyaallah benar2 orang yang sabar dan kuat pegangan.
Nasrul : Lebih baik puasa tu berturut2, jadi saya nak puasa berturut2 senang hati dan mudah.
Etuza: Rasa cemburu pula ni Nas..dah mulakan..minggu hadapan saya mula puasa.
Nasrul : Baguslah..masih ada 2 minggu.
Etuza: Tahun lalu ada juga puasa 6 Syawal ni Nas..tapi tak lah berturut2 selang seli.
Nasrul : sama lah kita...
( Perbualan kami ini ketika kami berada di Pusat sumber sekolah. Duduk di sofa awal pagi, tunggu jadual P & P di kelas masing2 )
Alahmdulillah etuza dah tunaikan puasa 6 Syawal 2012. Syukran kepadaMu ya Allah, sejauh mana puasa ku itu hanya engkau yang maha mengetahuinya.Namun telahku rasakan peritnya lapar dan dahaga, peritnya tanpa seteguk air membasai tekak.Semuanya hanya kerana memohon rahmatMu dapat juga terlaksana puasa ini.
Tiga juadah di atas itu, merupakan makanan yang etuza siapkan untuk membuka selera etuza sendiri semasa berbuka puasa pada hari ke lima. Selain nak makan bersama seisi keluarga. Rasa bahagia kerana anak2 etuza amat menyukai makanan kegemaran etuza.
Segmen dailog orignal
etuza & kawan.
12 Pesona Kata Hati Mereka:
masih bulan syawal kah sekarang ni..rasanya dah berakhir..apapun kita disunatkan puasa isnin khamis ya...
iye betol tu etuza.cendol pn naseb baik sempat puase 6 tu.dpt kekuatan dari mak ayah yg puase,kalo cendol sorang je tak jadi ah.haha
Ramai yang tahu akan kebaikkan Puasa 6. Namun, tidak ramai yang menjalankanya. Seperti juga saya. Terasa rugi pulak.
p/s : Entri baru akan keluar sedikit masa lagi, maaf kerana kekangan masa dan kerja kurang mengizinkan saya menghadap blog :)
Hurm, nampaknya sy antara yg rugi, sebab x sempat nk berpuasa enam.
Tahniah cikgu :)
tahniah cikgu...;)
sedpnye
untungnya wife cikgu dpt hubby rajin ke dapur
Hari ini hari terakhir saya berpuasa enam. Minggu pertama Syawal banyak jamuan Raya, sbb tu tak dpt berpuasa. Minggu kedua Syawal baru saya mula berpuasa enam, saya tak buat hari2 sebab banyak kekangan, seminggu cuma 2-3 hari saja saya berpuasa. Alhamdulillah..hari ini hari terahir saya berpuasa enam. Kpd yg sdg berpuasa enam, masih ada beberapa hari lagi krn Syawal terakhir ialah pd hari Ahad ini...
tahniah juga kepada cikgu etuza..
wahhhhh cekgu pun pandai buat kueh yeee. tabik lahhh. ;)
Cikgu, jealous tengok puding tu nampak sedap sgt...
Catat Ulasan