Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 12 September 2012

Taklimat Pengurusan Kewangan & Audit Dalaman Oleh En. Jasme Salleh Dari Akauntan PPD Keningau.




Tarikh Taklimat : 12hb Sept 2012 ( rabu )
Tempat : Bilik Guru SK. Penagatan, Keningau.
Guru & Staff hadir : 30 Orang
Pegawai : En. Jasme Salleh

En. Jasme Salleh sedang memberi taklimat
seawal Jam 8.30 pagi hari ini.

Kakitangan sokongan Pn Nurhaini & Noratiqah
sedang mendengar taklimat ini.

Hari ini, rabu bersamaan 12hb Sept 2012, seorang Pegawai Akauntan PPD Keningau datang ke SK. Penagatan, Keningau memberikan taklimat berkenaan Pengurusan Kewangan audit dalaman dan inventori sekolah. Taklimat yang sangat penting mengenai pengurusan kewangan ini telah disampaikan oleh Encik Jasme Salleh, merupakan pegawai di bahagian Akauntan Jabatan Pelajaran Daerah, Keningau.

En. Jasme Salleh telah memulakan taklimat seawal 8.30 pagi dengan menekankan kepentingan ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan kewangan di sekolah. Hal kewangan sekolah merupakan satu sumber yang beroudit dan sepatutnya pihak sekolah wajib mengetahui dan semua guru perlu diberi makluman hal sebenar bagaimana tatacara mengurus kewangan yang sebenarnya. Pengurusan kewangan yang antaranya melibatkan PCG harus diurus mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan. Dan katanya banyak perkara kesalahan cara menggunakan kewangan di sekolah akibatnya pihak sekolah tertentu dan individu tertentu diberi tindakan serta disiasat.

Berkenaan antara syarat bagaimana menggunakan kewangan dari PCG jika dalam bentuk aktiviti Lawatan Sambil Belajar, pihak organisasi tertentu harus mengikut syarat iaitu:-
            * Menyediakan kertas kerja projek Lawatan Sambil Belajar tersebut.
            * Kemukakan kepada pihat pentadbir sebaik-baiknya seminggu 
               sebelum aktiviti dijalankan.
            * Buat perancangan kewangan kos lawatan( makan, cenderahati,
               hadiah dan peralatan )
            * Pastikan menggunakan kenderaan berlesen serta membolehkan
               tuntutan insuran.
            * Hubungi pembekal makanan dan syarikat yang berlesen bagi menye
               diakan makanan dan bahan keperluan lain.
            * Isi borang nota minta serta dapatkan invois yang sebenar.
            * Jangan sesekali tandatangan borang kosong.
            * Pihak pengurus program adalah dilarang mengurus hal kewangan 
               aktiviti yang dirancang tetapi menyerahkan kepada pihak yang
               berlesen.

Berkaitan dengan aset serta inventori sekolah, antara syarat yang perlu dibuat ialah, semak borang dekumen yang dihantar dan pastikan aset diterima itu ada, dengan cara disemak dan ditimbang. Pastikan aset dalam keadaan baik dan turunkan tandatangan apabila semua dokumen berkaitan aset dihantar adalah lengkap.

Invonteri merupakan apa sahaja alat yang dihantar di sekolah. Pastikan ada senarai dan buat rekod keluar dan penggunaan. Menyentuh tentang penghapusan aset harta modal pastikan menggunakan borang yang diguanakan  itu adalah borang khas. Ini adalah antara lain yang etuza fahami berkaitan talimat oleh En. Jasme Salleh berkaitan Pengurusan Kewangan & Audit Dalaman.

Masih belajar,
Etuza Blogspot.Com

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

JR berkata...

Semoga cikgu dpt memanfaatkan ilmu yg diperolehi dari ceramah kewangan dari pegawai tersebut.

Mengenai permintaan cukgu utk link blog saya ke FB cikgu saya sungguh terharu dan mengucapkan terima kasih...

Si Matatajam berkata...

baru tau apa tu ivonteri

Unknown berkata...

serasa best pulak jd cikgu..hihi..

Nurul Says berkata...

wah wah wah