Persembahan tarian sumazau menyambut ketibaan
Timbalan Pegawai PPD keningau, di SK. Penagatan, Keningau.
Sebagai rakyat Sabah, terasa sedih apabila Tarian Tradisional Sabah iaitu Sumazau diperkecilkan, dikatakan bahawa tidak wajar apabila pemimpin negara menari tarian ini bersama rakyat. Ini isu yang ditimbulkan, sehingga rakyat Sabah terkejut dan masing-masing menyuarakan pendapat serta mahukan ada usaha segera menyelesaikan isu sentimen ini. Dan pada masa ini isu ini sedang hangat dibincangkan, ekoran ramai dari kalangan rakyat serta pemimpin yang tidak puas hati termasuk parti politik di negeri Sabah.
Konsep pemimpin negara kita antaranya ialah cuba mendekati rakyat di mana-mana di negara Malaysia. Sesuai dengan slogan "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Jika kita lihat pemimpin negara kita ini juga sangat mementingkan kemajuan pelbagai golongan termasuk menitikberatkan peranan belia golongan muda dalam usaha membangunkan kemajuan negara. Kerana katanya golongan belia muda ini merupakan pelapis jentera pentadbiran negara, maka pemimpin kita dalam satu acara sukan berbasikal mengayuh bersama - sama dengan para belia itu. Ini satu bukti bahawa PM kita amat berfikiran terbuka dalam usaha mendekati rakyat. Oleh itu rasanya PM bersama menari sumazau biarpun tidak secantik yang dilihat tidak mengejutkan dan juga tidak menjatuhkan maruah kerana sudah banyak kali aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh rakyat bersama PM. Terbaru PM bersama Agung Malaysia meriahnya dan gempaknya tarian dari barisan golongan remaja belia di Hari Kemerdekaan pada 31hb Ogos 2012 di Putarajaya Kuala Lumpur. Dilihat PM begitu seronok melihat acara perarakan dan salingan persembahan tarian yang pelbagai bentuk oleh para belia, PM hanya melihat dengan penuh gembira, rasanya rakyat Malaysia yang melihat di kaca TV merasa gembira melihat PM kita gembira bersama-sama rakyat di acara sambutan kemerdekaan yang lalu.
Berkaitan dengan tranformasi 1 MALAYSIA yang PM perkenalkan itu antaranya bertujuan sebagai usaha kearah perpaduan kaum di Malaysia agar keharmonian dan kedamaian berterusan. Maka rasanya tidak hairan jika pemimpin besar negara turun bersama rakyat menarikan tarian Sumazau secara beramai-ramai di majlis hari raya baru-baru ini.
Berkaitan dengan tarian sumazau, tarian ini sudah diserap masuk sebagai salah satu tarian rakyat di Malaysia. Lihat sahaja apabila acara-acara kebangsaan seperti sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan, sebagai satu acara yang memeriahkan suasana merdeka ialah persembahan tarian dari etnik Malaysia termasuk tarian sumazau dari Sabah dan tarian etnik dari Sarawak diiramakan dengan lenggok serta gaya para penari menarikan tarian ini dengan cara moden.
Harus diingat bahawa tarian sumazau itu salah satu dari budaya rakyat Sabah yang dipolopori oleh suku kaum KadazanDusun. Inilah antara tarian yang akan diketengahkan oleh rakyat Sabah apabila menyertai acara-acara persembahan disamping persembahan tarian serta budaya dari negeri-negeri lain di Malaysia. Maka pada masa ini tarian sumazau lebih dimodenkan,cara mempersembahkan tarian ini juga dimodenkan hiasan pakaian serta dari segi corak persembahan dengan tidak mengubah cara irama dan ayunan tari.
Seorang murid berpakaian pakaian tradisional Sabah
iaitu pakaian sumazau telah bersama menyambut
ketibaan wakil pegawai dari PPD Keningau di SK.Penagatan, Keningau.
Sudut pandang etuza
rakyat Sabah.
5 Pesona Kata Hati Mereka:
setiap kaum mempunyai identiti tersendiri yang terserlah melalui pakaian, tradisi nenek moyang serta tarian itu sendiri... sejajar dengan 1 Malaysia.. kita haruslah hormat menghormati identiti sesuatu kaum dan bukanlah memperkecil2kan lambang kaum tersebut..
Itulah namanya politik, bila pemimpin dari parti A menari utk mengambil hati rakyat hebohlah penyokong parti B menyerang personaliti pemimpin parti A..Dan bila pemimpin parti B pula menari juga utk mengambil hati rakyat hebohlah juga penyokong parti A menyerang personaliti pemimpin parti B. Semuanya kerana politik...
Sepatutnya budaya dan agama kaum lain tak boleh dipersendakan atas apa alasan sekalipun, termasuk perbezaan politik. Mari kita belajar menghormati budaya dan agama kaum lain utk kesejahteraan Malaysia...
selalu tau nur tgk tarian ni di tv..seronok juga..lenggang lenggoknya penuh seni.. :)
M suka sgt tengok tarian sumazau ngan tarian ngajat..unik la...
teringin nak belajar tarian ni..
Catat Ulasan