Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 8 April 2012

Entry Etuza Two in One ( Dua info di wall catatan ) Untuk Blog Dieyna ( TQ3x)

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Ada dua perkara yang hendak saya kongsikan petang ini iaitu tepat 15.23 bersamaan hari ahad.
Sangat tertarik membeli bahan bacaan QUDWAH dan rasanya masyarakat di Tanah Semanjung lebih arif dan sudah dahulu memiliki bahan bacaan ini. Syukur kerana pertama kali membeli dan membaca terasa jiwa dan hati saya diasuh dan dididik agar wajib berwaspada dengan kelicikan makhluk yang perosak solat kita dan penyongsang akidah kita.

Dia diciptakan dari bahan api, maka inilah dia ego dan durhaka pada Allah, manakala manusia diciptakan oleh Allah dari jenis tanah. Allah akhirnya telah bersabda bahawa manusia yang mengikut syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka di Akhirat.Maka kita disuruh berwaspada dengan segala tipu dayanya yang antaranya ialah :-
A) Menyuntik rasa was-was, rasa keraguan dan syaitan akan menggangu manusia ketika solat, dengan cara menghadang di saf solat.
B) Syaitan menyelit di saf. Kerana itu imam biasanya katakan " sila rapat-rapatkan saf ya ahli jemaah" Nabi Muhammad pernah bersabda "Luruskan saf-safmu, rapatkan bahu-bahumu( didalam solat)
C)Tidak khyusuk saat membaca bacaan solat. Buktinya ialah kita tersasul bacaan surah dan salah bacaannya.Marilah beringat dan yakin benar hanya pada Allah agar lebih khyusuk.
D) Melihat ke kiri dan  dan kanan ketika solat. Dengan sedar atau tidak seseorang yang sedang solat memandang ke kiri kanan, itu akibat godaan syaitan. Uruskan pandangan agar pandang satu titik pusat di tempat sujud.

Nota : Etuza sekadar mengingatkan ilmu ini untuk diriku,anak2 dan isteri. Jikalau ada umum yang membacanya bersyukurlah sama-sama diperingatkan, dan katakan mencuba yang terbaik untuk SOLATKU. Amin.

Wallahualam.

CANTIK DIHIAS RAPI
PESONA JUGA AURA BLOG INI TERSERLAH
KLIK APA SAJA PASTI ADA ITU INI
SESUAI DISINI RUANGKU BERKONGSI
kliklah sekarang ya..

( nak link2kan -perlu saya belajar lagi)
Harapan
*
*
Semoga blog Dieyna mengukir sejarah dalam komunikasi global.
Tahniah Dieyna hanya ini mampu terungkap setulus2 hati kami.

Penghargaan yang setinggi-tingginya untuk blog Dieyna. Saya merasa amat kecil berbanding mereka, tetapi sangat dihargai hanya kerana Pesona EWWK memuatkan komentar2 di blog ini. Jujur saya katakan hanya menyatakan apa2 saja yang baik, jika ada sekalipun dalam bahasa , ayat saya yang mengundang kesinggungan mana-mana blogger, semua itu atas dasar saya Manusia Lemah yang tidak lari dari kesilapan. Saya salurkan komen membuktikan saya selesai dan tuntas membaca, apa saja saya baca yg pasti akan ambil yang baik dan yang kurang baik kita tinggalkan dan berusaha sentiasa positif. Lastly, Group Follower Segar secara tidak sengaja terukir PESONA blog lelaki satu-satunya dalam lingkungan blog2 indah ini. Tidak mengapa kerana itu saya anggap anugerah terhebat sepanjang berinformasi di alam maya. Lepas baca jemput klik DIEYNA blog . Terima kasih.


Ikhlas kongsi Etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

6 Pesona Kata Hati Mereka: