Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 20 Mei 2012

Syukran dan terima kasih Allah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

terima kasih Allah beri ruang masa mempelajari cara membina
kraftangan ini. Syukran
Kepada blogger yang setia ke laman Pesona Blog.
Teka air apa di dalam gelas ni ya!..

     Memang ada rasa kerinduan ingin terjah selalu ke blog sendiri, ingin setiap entry kawan-kawan blog di baca dan di ambil manfaatkan mana-mana yang baik untuk dijadikan pedoman selagi hayat di Dunia ini. Ingin setiap ruang yang ada hendak saja ada informasi baru untuk di kongsikan bersama. Sebab seandainya ada sesuatu yang bermanfaat kepada sesiapa yang membaca informasi dari kita pasti kita akan mendapat imbalan berbentuk pahala jariah. Kerana memang kita perlu dan berkewajiban menyebarkan apa sahaja yang baik. hari ini jam 9.48 minit pagi ahad, terubatlah rindu terjah ke blog pesona sendiri. Syukran ya Tuhan.

Dalam gambar 1 di atas merupakan produk anyaman kraftangan dari jejari familiy etuza. Bahan terbuang dan amat seronok membuatnya ketika ada masa senggang. Sambil duduk menonton TV ( semalam live Mania Superstar) sambil menganyam melipat dan mengikat setiap satu hasil anyaman inilah hasilan  akhirnya, kepada yang pernah menerima HADIAH dari kraftangan seperti di atas, etuza hendak mohon maaf jika tangsi yang mengikat tak kuat ya, sebab kalau tak kuat ikatan tu boleh lerai zip pada beg kraftangan yang dihasilkan. Kepada mereka usahakanlah agar zip dikukuhkan dengan cara jahit perlahan2 ya. 

Etuza amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana dengan kurniaNya kami dapat hasilkan  beg anyaman ( kraftangan bahan terbuang ini) banyak kegunaannya, dan rasa selesa jika kita memiliki beg bahan terbuang ini. Ada kualiti tersendiri. Antara kebaikan beg kraftangan ini ialah :-

1. Duit kertas akan terus licin, tak kusut kerana duit tak kena lipat bila kita masukkan ke dalam beg ini.
2. Sesuai juga untuk simpan buku2 bank, kad2 bank, atau duit syiling.
3. Boleh simpan alat solek wanita, butang baju seperti korongsang dan apa saja yang sesuai di simpan untuk lebih selamat dari hilang. ( sebab ada juga antara kita meletakkan hanpon atau pin baju serta duit siling merata kat rumah)
4. Boleh jadi tempat alat-alat tulis seperti pen, pensel, peraut, pembaris , pemadam dan note book yang saiz kecil. ( best kan)

Gambar kedua tu air jernih dalam gelas kaca. Siapa yang sudi teka. Kalau berani nak teka cepat-cepat ya. Klik untuk melihat gambar agar lebih besar.


Etuza suka nak bertazkirah ringkas pagi ahad berdasarkan air jernih ini. Tentunya ramai yang suka minum air putih kan. Apa tazkirah etuza pula ni?

KALAU.

1. Kalau rasa hati nak marah cepat2 teguk segelas air putih.
2. Kalau dahaga ambillah air putih yang jernih hilangkan dahaga, lebih baik dari air kopi manis pekat.
3. Kalau suami marah cepat2 lah si isteri ambilkan air jernih beri suami minum, sejuk hati.
4. Kalau anak ke sekolah bekalkan dengan air jernih lebih baik dari air sirap yang berwarna serta bergula manis.
5. Kalau mahu solat cepat2lah ambil air wuduk dengan air jernih mengalir.
6. Kalau masih marah selepas minum seteguk air putih, cepat2lah ambil air wuduk guna air jernih mengalir.
7. Kalau mahu jamah makanan jangan lupa bersihkan dulu tangan guna air jernih yang bersih.
8. Kalau nak ke mana-mana bawalah sebotol air jernih lebih baik dari sebotol air cocola.
9. Kalau lah ada air zam-zam minumlah kerana air zam-zam banyak khasiatnya.
10. Kalaulah dapat marilah kita semua amalkan meminum 8 gelas air putih bersih sehari demi membina kesihatan fizikal kita.

KALAU lah macam itu apakah alasan untuk tidak suka minum air jernih yang bersih. Hargailah air yang bersih jangan dibazirkan, kerana kita diberi oleh Allah anugerah air jernih untuk dimanfaatkan dalam layar kehidupan kita.

KALAU lah anda tahu apakah pula jenis air jernih di dalam gelas kaca di dalam gambar. Saja nak bersantai dengan teman blog yang baik hati. Terima kasih kepada yang sudi follow blog pesona. Gembira serta bersyukur mengenali blog anda semua. Salam hormat. Jumpa lagi di entry lain.

Salam ukuhuwa fillahi.
Dari etuza.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

19 Pesona Kata Hati Mereka:

~Cik Sweety~ berkata...

wahh..rindu rasa nak baca entry terbaru cikgu etuza yg penuh informasi.. beg kraftangan yg cikgu bgi masih kukuh lgi.. sayang nk pakai..sy bt letak duit syiling..hehe..

Air tu tentu air bacaan yassin..mmg air putih byk manfaat utk sistem tubuh.. sama ada secara fizikal mahupun spirit..

Selamat hari guru ya cikgu..(^_^)

Unknown berkata...

Syukran ya Allah, ada saudara muslimah menegur etuza pepagi ahad ni. Sungguh baik orang ni. Terima kasih menanti entry saya ya SH. Air jernih tu..try klik cuba dan cuba ya dek..manalah tahu ada sesuatu yang menarik dari kami..

~Cik Sweety~ berkata...

dah klik dan tgk betul2..semacam ada benda di dalam tu.. mcm buah laici pun ada.. mcm bawang putih pun ada..apa yea?? huhu.. geram sungguh tak dpt teka..(^_^)

Unknown berkata...

baca doa bisimillah dulu, niat nak cuba..insyaallah dapat tu. apapun saya sanagt bangga SH yg first menyahut cabaran .. ya. Try lagi..relex ja ya dek..

Kamsiah yusoff berkata...

cikgu...yg saya nampak,mcm buah laici...:)

Arina Shamsul berkata...

Assalammualaikum cikgu :)

terasa lama tidak ke laman pesona,minggu ini saya pun jarang buka blog, baru sihat dari demam.semoga cikgu dan keluarga sihat walafiat hendaknya.amin~

dengan lafaz bismillah saya teka air dalam manguk itu rasanya air laici.betul ka cikgu?haha.


haraf2 betul ya cikgu ..hihihi.


selamat hari guru buat cikgu etuza dan isteri :)

Arina Shamsul berkata...

hadiah dari cikgu telah selamat kami terima pada khamis lepas.

kami sangat sukakannya terutamanya frame itu yang sangat kreatif dan cantik :)

terima kasih banyak2 buat cikgu dan keluarga :)

Ayuni berkata...

Sye rs air zam-zam!

Unknown berkata...

Assalamualaikum cikgu..
telah saya zoom..air apa belum pasti..tapi firasat saya kuat menyatakan...air kelapa... barangkali..betul tak?

Tinta Lana berkata...

Salam uncle..sempat lgi ke tak ya..saya lambat baca komen uncle..huhu, takpa, cuba saja..untuk seronok2 kan? :)

Saya rasa macam, air dalam gambar tu, air untuk basuh tgn, celup tgn dalam tu, sebelum dan selepas makan. teka jelah,wahahaha.

dieyna berkata...

tadi dah baca entri kat sekolah pagi tadi.. tapi tak dapat jawab sebab kekangan masa.. skang ni nak jawab.. tapi bukan kat sini tapi kat entry Dieyna ye...

dieyna berkata...

INI DIA JAWAPAN DIEYNA.. DIEYNA TULIS DALAM BLOG KEDUA DIEYNA.. http://dieynajoincontest.blogspot.com/2012/05/teka-teki-cikgu-etuza.html

Unknown berkata...

air zam zam eh cikgu?? betol takk?? sbb bg deqla air zam zam yg terbaik..baru2 ni hubby x sht, deqla bg dye minum air zam zam..baca bismillah, selawat nabi 3x..esoknya dye kembali bertenaga...hihi..alhamdulillah..Allah maha berkuasa.. :)

Unknown berkata...

tapi kan...deqla tgk ada sesuatu dalam gelas tu pulak...hurm...isi kelapa ke tu??? haihh...rumit jugak ni...hihihi

Hanif berkata...

dah lama tak singgah sini...entri yang menarik..
rasa macam bunga ..tapi susah nak cakap bunga apa..hehehe

9n0L4 berkata...

air ape ye? air limau nipis eh?? huhu.

Masha Meisters berkata...

alahai...air apalah 2 yea...
Masha agak2 la air zam zam kew? huhu

Unknown berkata...

Ya Allah hu rabbi..mereka yg drop komen dan mencuba menjawab teka teki air dalam gelas tu rupanya mendapat perhatian. SYUKRAN dan kepada yng mencuba menjawab bersyukurlah kerana semua saya anggkat darjat blog anda memang BENAR2 BAIK HATI. Tahniah ya..nanti ada free time saya akan buat entry tentang jawapan dan blog anda semua.Sabar tu iman ya, tengah exam di sekolah ni.

Cendol berkata...

boleh teka lagi tak? mcm ade laici je dlm air tu.ke isi kelapa?ape bnde putih tu?xkn kapas kot?teringin nak tau..

btw,mmg air putih bnyk manfaatnye :)
nice info,