Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 30 April 2012

BERSIHKAN hati dari hasad dengki dan dendam.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

piss untuk teman2 blog yang selalu
bersihkan hati dan jiwa dari dendam & hasad dengki.
( gambar hanya hiasan)

    Pagi kelmarin dan pagi hari ini, saya sekali lagi mengimbas semula peristiwa Bersih versi 3.0. Lautan manusia berkonsepkan warna kuning di Ibu Negara detik 28hb April 2012. Pagi 27hb April 2012 saya ada sempat mendengar dan menyaksikan Datuk Hisyamudin seorang Menteri   di dalam Negeri di rancangan TV 1 ( SPM ) menegaskan dengan keras agar jangan terlibat dalam BERSIH yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Tindakan undang-undang akan diambil katanya jika ada yang terlibat dalam BERSIH ini.

Saya lihat BERSIH tetap dikotakan, seolah-olah wajib dizahirkan ketidak puasan kepada pucuk pimpinan. Ya Tuhan, Malaysia kini sudah terasa tidak aman. Sesama sendiri bercakaran kerana dendam kesumat yang sukar dibendung lagi. Di manakah nilai marauh orang-orang Melayu kini. Terasa amat simpati kepada yang menjadi mangsa korban, cedera, yang kurang uapaya seperti warga emas juga cedera, harta benda rosak binasa,kerosakan kereta, kelihatan manusia rakus ingin melihat darah mengalir di jalanan. Sungguh ngeri melihat di UTube. 

Di blog2 juga terhampar warna-warna kuning, keji mengeji dan sumpah seranah. Bila imbas kembali asal kita terasa amat rugi melakukan hal-hal yang merosakkan kedamaian dan keharmonian kehidupan bernegara. Hakikat sebenar hati kitalah yang wajib diBERSIHkan, dibasuh agar terhapus hasad dengki dan dendam. Pemimpin itu manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan masing-masing. Doakanlah mereka agar mereka boleh memimpin dengan adil, doa dan terus doa agar tiada kekecohan berlaku. Bukan dengan cara memborontak seakan mahukan tumpahan darah kita sebagai warga Malaysia. Hakikatnya untuk puaskan hati semua orang yang hidup ini, rasanya mustahil, kerana apabila ada yang baik untuk semnua nikmati ada saja hasad dengki dan dendam. Cukuplah bersihkan hati dan jiwa kita, kerana dunia kini semakin tenat, hadapkan diri banyak2 kepada hadrat Allah. Sesungguhnya kehidupan yang aman dan damai hanya di AKHIRAT.

Kata hati,BERSIHKAN jiwa raga.
 muhasabah etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka: