Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 1 Mei 2012

Kuih Lenggang Versi Pesona Blog ( kekalkan resipi tradisional kita )

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

 
Parut kelapa digoreng
bersama gula melaka @ gula merah
agar nampak warna dalam gambar.


Tepung gandum setengah kilogram
dikacau bersama air pandan atau
pewarna hijau.
Kacau sehingga tiada ketulan tepung.


Panaskan kuali dengan api sederhana
dan renjiskan sedikit  minyak atas kuali 
agar lapisan kuih tidak melekat,gunakan
sudu yang sederhana dan mulakan 
memasak kuih lenggang ini seperti
dalam gambar.


Kelapa yg telah digoreng letak tengah
kuih dan mulakan untuk mengelungnya
seperti dalam gambar.
Hidang dengan secawan teh untuk
seisi keluarga.


Dua di tengah adalah puteri2 etuza.
Dan yang bertudung hijau muda serta
senyum itulah punya air tangan kuih
lenggang versi Pesona Blog yang telah 
menyempurnakan hidangan sarapan pagi 
kami hari ini, sempena cuti hari pekerja.
Ok ke tak ok..inilah sememangnya
Kuih Lenggang Tradisional orang-orang
Melayu.


Resipi ( bahan2 Kuih Lenggang )
Versi Family Etuza.

RM 2.00 kelapa parut putih
setengah kilo tepung gandum
2 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu gula 
sedikit pewarna hijau ( jika hendak warna hijau lebih terang)
gula melaka hancur.

Cara2 membuat sudah dinyatakan bersama gambar2.
Selamat mencuba.

Kekalkan warisan.
Resipi versi family etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

18 Pesona Kata Hati Mereka: