Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 29 April 2012

Two n One Veri 6 - Rawatan Kulit Berminyak & Kini Akhirnya! bak kata lagu Anita Sarawak..

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


     Tahu tak kalau buat entry sampai begini ( two n one ) mesti cepat2 klik untuk segera tengok dan baca ya, manalah tahu ada ilmu baru untuk di apply kan. Apapun inilah identiti blog Pesona EWWK yang antara lainnya ya. Sebab sudah sampai versi 6 saya letak two n one. Terus kepada entry pertama, pernah tak baca kulit berminyak. Risau kekadang kulit berminyak terutama kaum hawa, betulkan. Sama juga para lelaki, sedangkan seusia saya risau lah kulit berminyak. Apa hal banyak minyak ni?..Adalah saya baca dalm sebuah buku yang anak saya beli untuk ibunya baca2. Jemput baca ya..

Kulit berminyak antara penyebabnya ialah kelenjar minyak yang terlalu aktif, sehingga pengeluaran minyak pada kulit menjadi berlebihan. Biasanya penyebab lain adalah faktor genetik, hormon, cara pemakanan, udara dan gaya hidup seperti kebiasaan merokok.  ( maaf ya saya tidak pula merokok ) but why berminyak juga. Sebab itu tak boleh kalau jalan tak bawa saputangan. Faktor lain pula ialah pori kulit besar sehingga berjerawat dan tentu sahaja sangat cepat berminyak sehingga make up ( wanita ) biasanya tidak tahan lama.

Kepada yang kulit muka berminyak, mari kita sama-sama amalkan 3 cara  mudah mengelak sekurang-kurangnya kurang minyak di kulit muka kita iaitu:-
1. Usap wajah satu atau dua kali seminggu dengan air panas yang sudah dititiskan  chamomile oil atau lavender oil untuk menenangkan kulit wajah anda.
2. Cuci muka dengan air suam. Air yang panas justeru hanya akan mengikis kadar kelembapan semulajadi kulit.
3. Rajin2lah berwuduk sama ada solat wajib mahupun solat sunat kerana dapat membersihkan wajah daripada debu yang menempel sehingga mencegah terjadinya penutupan debu pada pori-pori kulit wajah.

Ha..mudahkan tak payah bazirkan wang kan untuk membeli bermacam-macam alat pembersih muka yang mahal2. Mari kita amalkan sama-sama dengan penuh keikhlasan untuk kulit lebih sihat dan berseri. Insyaallah.

    Apa pula entry ke 2. nak juga kah kongsi. Saya dah lama berniat hal ini, tetapi tak tahu apa benda yang sesuai untuk penghargaan kepada orang yang berhati ikhlas. Tapi AKHIRNYA!!! syukran terlaksana sudah dan tertunai hasrat hati ini, bukan mudah nak dapatkan benda ni terpaksa meredah lautan semudera ke Labuan.Offf!! jangan pula sangka saya dan keluarga ke Labuan semata-mata nak pergi membeli sekadar benda ini. Tidak ya ada hal yang lebih penting iaitu menjemput anak balik ke desa.

Jalan-jalan, masuk kedai ke satu kedai, ternampak satu benda tersorok di atas rak buku. Macam benda lama tapi masih elok dan sangat2 teringin nak beli. Bila saya tanya berapa harga kepada pemilik kedai buku,tu ( di Labuan ya ) katanya stok lama dan nak habiskan stok. Dia bagi lah ofer murah dan kristel bulat macam bola di atas tupun penghabisan stok. Putih dan senang mata memandang. Nampak kan pic di atas tu.  Nak ke kalau kulit muka berseri licin macam tu, tak ada secalit jerawat dan kesan minyak. Tapi bola bulat tu krital saja bukan ubat ya. 

Oklah dipendekkan cerita saya jemput tengok pic di bawah ni...
*
*
*
INILAH HADIAH 
kerana 
Keikhlasannya dengan rela 
membuat
header blog PESONA EWWK
*

Dulu header blog BUNGA HATI MAMA seolah macam ini tau..
Beratap macam bentuk ini..kerana itu saya sangat tertarik
nak bagi hadiah fram gambar dari jenis kayu ini kepada 
Mama Arina Shamsuldan kristal bulat seolah bentuk bola itu adalah untuk
suami Arina Shamsul. Saya harap terima dengan ikhlas ya..tetap cantik 
hadiah ni bila dimasukkan gambar si kecil mereka yang comel.
Tahniah ya. Suka ke tak saya tak kisah...
So Mama Arina Shamsul sila lah bagi alamat nanti di ruang komen ya.
tamat dah 2n1

selagi ada nilai kemanusiaan.
Dari hati ikhlas etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

12 Pesona Kata Hati Mereka:

Etuza berkata...

muka berminyak..info sihat. tahniah yg dapat hadiah.

Miss N™ berkata...

a'ah...header mama arina macam tu...hehehe..!

pandai cikgu buat.. :)

Kancil 8349 berkata...

cantik hadiah tu...tahniah yang dapat hadiah tu...

Unknown berkata...

Cik nur perasan ya. ingatan masih kuat header dia..
Cik nur ni baik hati ya..tq sangat2
Kancil tq juga ya

JR berkata...

"Rajin2lah berwuduk sama ada solat wajib mahupun solat sunat kerana dapat membersihkan wajah daripada debu yang menempel" - ia memang petua yg menarik nih..sambil bersyukur kpd Allah, sambil menyerikan wajah...

dieyna berkata...

bagus info muka berminyak... tahniah juga kpd mama arina yer..

Abang Karu berkata...

Haaa betul2....berwuduk mmg menjadikan wajah2 berseri seri.

Tahniah juga ye mama arina :)

Unknown berkata...

InsyaAllah akan saya amalkan cara2 tu.. terima kasih kerana sudi berkongsi.. :)

Hanif berkata...

Thank info untuk kulit berminyak tu dan tahniah buat rakan Etuza yang dapat hadiah spesial dari Etuza..
Support me by daily vote me for blogger of the year..

Arina Shamsul berkata...

subhanallah..

saya betul2 terkejut cikgu,baiknya hati cikgu sekeluarga..saya tidak sangka akan dapat penghargaan sampai begitu sekali dari cikgu sekeluarga..


maaf ya cikgu,sebenarnya apa yang saya buat dan apa yang saya beri untuk semua sahabat2 maya saya adalah berlandaskan keikhlasan semata2 bukan kerana mengharafkan sebarang balasan.

saya sangat2 terharu dan banyak2 terima kasih saya ucapkan kepada cikgu dan keluarga :)

sebenarnya saya sangat segan untuk menerima pemberian dari cikgu sekeluarga,rasanya tidak setimpal sama sekali dengan header yang saya berikan..

terima kasih cikgu..terima kasih banyak2..Hanya ALLAH yang dapat membalas setiap kebaikan ini.

mudah2an ALLAH murahkan rezeki dan permudahkan setiap urusan cikgu sekeluarga..amin~

Unknown berkata...

MAS,
Syukran alhamdulillah dah tertunai niat ikhlas kami ya, terima kasih doa tulus.
Terlalu menghargai pemberian header. Apa lagi header tu menepati naluri saya sebagai muslim. Terima kasih sudi terima ya.

9n0L4 berkata...

wahhhhhhh cantik tuh cekgu. best lah awak arina. ;)