Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 16 Disember 2012

Ujian Mendidik Jiwa dan Taqwa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pengalaman itu sukar untukku lupakan, kerana kesempatan itu telah membuka mindaku betapa setiap daerah dan lokasi yang aku datangi punyai budaya dan sosial kehidupan masyarakat yang berbeza di daerahku sendiri.

Betullah kata bidalan bahawa "jauh berjalan luas pengetahuan", jika tidak keluar dari kelompok sendiri bermakna sampai bila pun kita tidak akan tahu bahawa kehidupan manusia  ini sebenarnya dalam keadaan berbagai bentuk. Yakni senang, susah, mewah dan himpitan kemiskinan, bahagia derita, tawa dan tangis.

Apabila kita pergi berkunjung ke tempat lain, yang memang jauh dari daerah kita, kita akan nampak sosial masyarakat di sana -sini. Ini terbukti ketika aku dan anak-anakku berjalan-jalan melihat2 satu kawasan yang dinamakan Pasar Ramai-Ramai di satu bandar di Sabah. Dalam keriangan dan kegembiraan melihat2 pelbagai barangan dagangan, kuih muih yang menyelerakan, tiba-tiba aku didatangi oleh kanak-kanak peminta sedekah. dia mahukan duit, kerana bila ku hulur makanan kanak-kanak itu tidak mahu. Kanak-kanak itu tahu aku orang asing di tempat mereka. Sebab itu kanak-kanak itu tampil mendekati ku dan meminta sedekah.

Aku dan anak-anak teruskan persiaran melihat2 apa lagi yang menarik di Pasar Ramai-Ramai itu, wow! aku tengok lambakan buah-buahan dan barangan kemas serta beg2 tangan yang aku tak tahu mahal kah atau adakah harga berpatutan. Aku tengok durian begitu banyak, sesekali aku tutup hidung kerana aku memang tak lalu jika terhidu durian yang akan menyumbat aroma harumnya penuh ke lubang hidungku.

Aku terkejut lagi, ramai kanak-kanak berbaris menghulur tangan meminta sedekah ke arahku. Dan aku tahu ramai deretan mata manusia yang sedang berdagang, menyaksikan kelibatku bersama anak-anakku di kawasan itu. Tipulah kalau tidak ada belas ihsan ku kepada mereka. Kan mereka juga kanak-kanak hambaNya. Dan itu barangkali cara mereka untuk mencari rezeki untuk mengisi perut kala pagi, tengahari, petang dan malam, lebih baik meminta dari mencuri. Dalam benakku waktu itu adalah nama Allah, bahawa " Sebenarnya ini ujian Untuk Mendidik Jiwaku agar Lebih Bertaqwa" maka tanpa berfikir aku beri mereka duit walaupun sedikit. Aku beri atas dasar rezeki itu untuk dikongsi apabila kita melihat ada yang lebih memerlukan.

"Ya Allah....rupanya macam2 ragam kehidupan hamba2Mu, aku mohon ampun kepadaMu ya Allah, ampunkanlah dosa kami". Sebaik menaiki kereta aku mengenangkan semula peristiwa itu. Dan aku sedut nafas lega, kerana aku bersyukur aku dapat menghulur sedikit rezeki kepada kanak-kanak itu dengan mengharap keampunan dariNya. " Sedekah itu kan amal jariah". Dan hatiku berkata " Kalaulah aku berjalan di bumi Allah dalam keadaan langkah ANGKUH dan SOMBONG maka siapa yang melihat, kesombongan ku itu, terlebih dahulu Allah mengutuk aku, dan mata manusia yang ramai di laluan itu akan menyatakan " kedekutnya orang asing itu" dan di tambah lagi kanak-kanak yang hampa itu akan mendoakan kehancuran bagiku" Allahhuakbar.

Bukan kah lagi buruk yang menimpa kita jika kita angkuh dan sombong. Selepas itu aku sekali lagi mengucapkan Syukur Alhamdulilah. Aku berjaya melawan hawa nafsu tamakku. Marilah teruskan menjana amal-amal yang baik biarpun kecil tetapi sesungguhnya Allah akan menghitungnya. 
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

Tanpa Nama berkata...

Syukur dengan apa yang ada...
#da besar header tuh..^_^

Solehah Shamsuddin berkata...

betul tu cikgu,tanpa ujian kita tak akan sedar tentang erti hidup ni

JR berkata...

Kita tak dpt menikmati erti rasa sakit jika kita belum pernah diuji dgn kesakitan itu...Tak rugi berderma walau dgn kadar yg kecil tetap akan dpt pahalanya. Dan jgn pikirkan sangat siapa org yg memohon derma krn ia cuma akan menimbulkan prasangka...

Si Matatajam berkata...

Bertuah cikgu dpt bermuhasabah camtu

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

ujian tu yg membuatkan kita belajar tntang erti hidup kan cikgu

Hermanbagus berkata...

ujian itu bagian dari hidup cik gu:)

Unknown berkata...

tanpa ujian kehidupan ni seakan kosong.. :)

p/s : dah dpt duit dari cikgu.. bank in 70 kan??

Miss N™ berkata...

kalau tidak di uji, kita tak tahu kemampuan diri kitakan...

Mrs Velentine berkata...

pekan ramai2 ni di mana cikgu??

Cikrosecute berkata...

Nanti beri log masuk gan pasword ya...Saya nak masuk blog Etuza..

9n0L4 berkata...

lame tak berkunjung ke sini. tgk tgk dh cantik blog cekgu. ;)